Blog Sabree Hussin

Jobdirumah: Sumber pekerjaan untuk mereka yang tak pandai cari kerja dari rumah

Bekerja hanya dari rumah sudah menjadi suatu trend di era internet seperti sekarang ini. Buat sesetengah individu, bekerja dari rumah bukan lagi suatu pilihan, sebaliknya ia telah menjadi suatu kemestian. Mereka mungkin kehilangan kerja ataupun sekadar ingin menjana pendapatan tambahan sementara menunggu peluang lain yang lebih baik.

 

Walaubagaimanapun, bukan semua orang mempunyai kemahiran untuk mendapatkan sendiri pekerjaan yang boleh dijalankan dari rumah. Sedikit sebanyak, anda memerlukan pengalaman untuk mengenalpasti majikan yang sudi untuk menggaji anda.

 

Penyelesaian kepada masalah tak tau cari sendiri pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah ada di Program Latihan Jobdirumah. Jika anda termasuk dalam kalangan mereka yang tak berapa pandai nak cari sendiri kerja-kerja yang boleh dilakukan hanya dari rumah, maka anda boleh pertimbangkan untuk menyertai program ini.

 

Program latihan jobdirumah bukan untuk semua orang. Program jobdirumah ini lebih sesuai untuk mereka yang memang tak pandai nak cari sendiri pekerjaan dari rumah.

 

Melalui jobdirumah, anda akan diberi pendedahan tentang cara kerja sebagai seorang freelancer. Kalau dalam bahasa Melayu, freelancer biasanya dipanggil sebagai seorang pekerja bebas. Mereka tidak terikat untuk bekerja dalam satu-satu bidang semata-mata. Mereka bebas untuk bekerja dalam apa-apa kerja yang mereka rasa seronok untuk lakukan dan mereka juga bebas untuk bekerja bagi mana-mana majikan yang difikirkan sesuai dengan cara kerja mereka. Majikan yang mereka boleh pilih juga tidak terhad hanya untuk majikan di Malaysia semata-mata. Majikan boleh jadi dari dalam negara, dan boleh juga dari luar negara.

 

Asalkan anda mempunyai komputer, sambungan internet, dan juga boleh berkomunikasi dalam bahasa inggeris, anda bebas untuk bekerja dari rumah dan bekerja untuk mana-mana majikan pilihan anda dari seluruh dunia.

 

Step by step prosedur permohonan kerja dari rumah. Menerusi program latihan Jobdirumah, salah satu laman web carian kerja yang akan anda gunakan adalah laman web freelancer.

Menerusi laman web ini, anda boleh

1. Memohon pekerjaan dari pelbagai majikan yang datangnya dari seluruh dunia

2. Mencari pekerja untuk membantu anda menyiapkan projek-projek tertentu dengan kadar bayaran yang kompetitif.

 

Dalam konteks perbincangan kali ini, kita akan lebih fokuskan kepada mencari pekerjaan dari rumah.

 

Ada beberapa perkara yang anda perlu beri perhatian yang serius jika ingin menjadikan laman web freelancer sebagai medium untuk anda mendapatkan pekerjaan dari rumah. Saya akan kongsikan serba sedikit berdasarkan pengalaman saya berurusan di laman web tersebut.

 

1. Online resume

Sama seperti apabila anda ingin mendapatkan kerja dimana-mana syarikat, bakal majikan akan meminta anda menyediakan resume terlebih dahulu. Dari resume ini, bakal majikan dapat membuat penilaian awal tentang diri anda dan dapat mengetahui sama ada anda adalah individu yang layak untuk pekerjaan tertentu.

Dalam konteks bekerja dari rumah, anda juga perlu menyediakan online resume.

 

2. Sistem bidding 

Sesetengah pekerjaan, anda perlu lalui sistem bidding. Sistem bidding ini sebenarnya lebih memihak kepada pihak majikan, kerana mereka boleh dapatkan pekerja yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan pada masa yang sama hanya perlu membayar upah yang tidak terlalu mahal.

Sebelum anda layak untuk dianugerahkan suatu pekerjaan tertentu, anda perlu bid pekerjaan tersebut. Dalam kes ini, anda yang perlu nyatakan berapa tawaran anda kepada bakal majikan. Anda yang tentukan berapakan kadar upah yang anda sanggup terima untuk menyiapkan pekerjaan tersebut.

Jika anda meletakkan kadar upah yang terlalu rendah, bakal majikan mungkin akan fikir yang hasil kerja anda kurang berkualiti, dan jika anda letakkan kadar upah terlalu tinggi, majikan tidak akan mendapatkan servis dari anda.

 

3. Online exam

Dari masa ke masa, anda perlu menduduki peperiksaan online. Keputusan daripada peperiksaan tersebut bakal dimasukkan dalam online resume anda. Jadi dari situ, bakal majikan boleh lihat, adakah anda mempunyai kemahiran yang diperlukan atau tidak.

Pihak freelancer sendiri ada menyatakan dilaman web mereka, yang mereka yang mempunyai ceritification dalam bidang tertentu mempunyai peluang yang lebih baik untuk diterima bekerja berbanding mereka yang tak pernah menduduki sebarang peperiksaan. Selain itu, ini juga bagi mengelakkan seseorang individu itu menipu dalam resume mereka.

 

4. Pilih kerja-kerja yang mudah diperingkat awal

Salah satu perkara yang anda perlu beri perhatian yang serius diperingkat awal ialah pembinaan profile anda. Seseorang yang banyak menyelesaikan kerja-kerja yang ditawarkan dilihat sebagai seorang pekerja yang lebih baik berbanding profile seorang pekerja yang langsung tak pernah menerima dan menyiapkan sebarang kerja dari mana-mana majikan.

Walaupun orang yang tak pernah menerima dan menyiapkan sebarang kerja tu adalah seorang CEO dan menyandang jawatan penting di syarikat tempat dia bekerja.

Yang penting sekali ialah profile dan track record anda perlu kemas, barulah majikan yakin untuk memberi job kepada anda.

Ada banyak juga sebenarnya kerja-kerja yang mudah yang anda boleh lakukan seperti data entry, penterjemahan dan sebagainya.

 

5. Jangan tamak

Pada masa-masa tertentu, anda mungkin akan temui pelbagai pekerjaan yang nampak mudah untuk diselesaikan dan membayar upah yang agak lumayan. Walaubagaimanapun, sebaik-baiknya anda jangan tamak. Siapkan satu kerja dalam satu-satu masa. Kemudian barulah anda memohon kerja yang lain.

Jika anda hanya ingin bekerja dari rumah sebagai aktiviti part time, dikhuatiri anda tak sempat nak siapkan semua kerja yang anda mohon sebelum ini. Tetapi, jika anda ingin jadikan ini sebagai karier full time anda, ia mungkin bukan satu masalah besar untuk anda.

.

..

Anda tak perlukan jobdirumah jika anda faham dan tahu macam mana nak cari sendiri peluang kerja dari rumah. Suka untuk saya kongsikan, bahawa sebenarnya tanpa jobdirumah, anda masih lagi berpeluang untuk dapatkan kerja-kerja dari rumah. Cuma, untuk mereka yang tak biasa, atau yang baru pertama kali ingin berkecimpung dalam bidang ini, ia agak sukar untuk anda.

 

Walaupun semua ini anda boleh belajar sendiri, daripada hal-hal pemasaran untuk mendapatkan klien, berurusan dengan klien, menyiapkan tugasan, menerima bayaran dan sebagainya… namun semua ini memerlukan masa yang lama dan anda perlu belajar sendiri. Jadi untuk lebih memudahkan anda, bukankah lebih baik anda belajar daripada sumber yang memang confirm boleh bantu anda untuk dapatkan pekerjaan terus dari rumah seperti menerusi platform jobdirumah.

 

Exit mobile version