Blog Sabree Hussin

Pengalaman Bekerja Dari Rumah Menerusi Jobdirumah

Sebelum ini saya telah mencuba sendiri pengalaman bekerja dari rumah sebagai freelancer.

Sebenarnya ada banyak laman web yang menawarkan peluang pekerjaan dari rumah, namun kita kena berhati-hati ketika hendak memilih.

Kita sedia maklum, ada laman web yang menipu, dan ada juga laman web yang tak membayar ahlinya.

Macam mana kita nak kenalpasti sama ada suatu laman web itu menipu atau tidak.

Maaf. Saya tak ada jawapannya.

Memandangkan saya dah pernah beli program latihan Jobdirumah, apa yang saya buat sekarang ialah saya hanya perlu buat semakan di member area. Jika laman web tersebut tersenarai sebagai laman web yang membayar ahlinya, barulah saya akan join.

Jika tak tersenarai, saya juga tak nak ambil risiko.

Dalam post ini, saya akan kongsikan salah satu laman web yang dicadangkan oleh jobdirumah sebagai laman web pilihan untuk bekerja dari rumah.

Laman web diatas adalah laman web microWorkers. Ia boleh dilayari menerusi link url

https://microworkers.com/index.php

Saya sertai laman web ini sebagai pekerja maya dah agak lama. Tapi disebabkan saya kurang beri fokus untuk bekerja, maka earning saya dari program ini masih lagi kurang.

Kerja-kerja yang tersenarai di laman web ini semuanya senang-senang.

Ada yang cuma perlu like.

Ada yang hanya perlu daftar akaun di laman web.

Ada yang hanya perlu tweet dan sebagainya.

Upah untuk setiap kerja yang kita siapkan juga tak sebesar mana. Dalam anggaran 0.10 – 0.50 USD sahaja.

Anda boleh lihat senarai kat atas ni. Mana yang ada tulis sign up tu maknanya kita kena akses laman web tu kemudian buat pendaftaran.

Lepas buat pendaftaran, kita kena buktikan dengan menghantar bukti tugasan telah disiapkan.

Upah untuk kerja-kerja ni memang tak banyak. Jadi memang padan lah dengan namanya. Microworker.

Macam mana nak dapatkan job yang berharga 10USD – 100 USD upahnya?

Senang je.

Dapatkan senarai penuh job tersebut di laman web Jobdirumah.

Oh ya, ruangan payment disebelah menandakan jumlah upah yang anda akan terima setelah menyelesaikan tugasan tersebut.

Mudah sahaja.

 

Exit mobile version