Blog Sabree Hussin

Homestay Tangkak pilihan saya yang selesa dengan kadar sewa bawah RM200

Mencari tempat penginapan di Tangkak pada hari biasa, tidaklah begitu sukar. Ada macam-macam pilihan yang tersedia, sama ada nak menginap di hotel, motel atau nak menginap di homestay.

 

Namun, jika anda berkunjung ke Tangkak, ketika musim pendaftaran para pelajar yang ingin mendaftar masuk ke Kolej Matrikulasi Johor, anda mungkin akan menghadapi sedikit kesukaran untuk mencari tempat menginap di Tangkak.

 

Adakah anda sedang mencari tempat penginapan disekitar Tangkak? Jika jawapan anda adalah ya, mungkin saya boleh kongsikan beberapa maklumat yang berguna untuk anda.

 

Daripada hasil carian yang saya lakukan menerusi laman web Agoda ini, terdapat beberapa hotel yang anda boleh tempah, yang menawarkan harga yang agak rendah, antaranya ialah

1. Mawaddah Inn Stay

2. D Anjung Inn

Sekiranya anda mencari tempat penginapan jenis homestay, disekitar Tangkak ini juga terdapat beberapa homestay yang anda boleh jadikan pilihan.

 

Ini antaranya

1. AndongHome @28 d’Tangkak

2. AndongHome @23 d’Tangkak

3. Homestay D’Teratak Saujana

4. Tangkak Greenville Homestay

Anda boleh semak kekosongan homestay ini pada hari anda ingin menginap dengan membuat semakan di laman web Agoda ini. Andai kata anda nak buat tempahan terus pun tak ada masalah.

 

Baru-baru ni, saya berkunjung ke Tangkak atas urusan kerja. Dalam kunjungan ini, saya memilih untuk menginap di Homestay Tangkak yang terletak di Taman Mega Ria 2.

 

Homestay ini dikenali dengan nama Homestay D’Ledang.

Ini jalan masuk untuk ke homestay tersebut. Bawah ni pula adalah alamat penuh homestay di Tangkak ini.

No 374, Jalan Mega 15 Taman Mega Ria 2, 84900 Tangkak Johor

GPS Koordinat >> E: 102º31’29.8 N: 2º15’7.8

 

Bagi memudahkan anda mencari lokasi homestay ini, boleh juga gunakan GPS koordinat yang saya dah berikan kat atas tu.

 

Ataupun kalau anda merupakan pengguna waze, boleh waze terus nama homestay ini.

In Shaa Allah waze akan bawa anda betul-betul dihadapan homestay ini.

 

Inilah dia gambar homestay di Tangkak tempat saya menginap. Untuk pengetahuan anda, homestay ini baru mula beroperasi pada bulan September 2017 yang lepas. Kiranya homestay ini masih agak baru, ketika saya menginap di sini.

 

Homestay ini merupakan rumah kediaman jenis teres. Dalam rumah ni, ada 3 buah bilik tidur dan 2 bilik air. Bawah ni saya kongsikan serba sedikit gambar-gambar bahagian dalam homestay ini.

Homestay ni mempunyai ruang tamu yang agak luas. Saya rasa, kalau bawa budak kecik menginap disini, mesti dia seronok bila dapat peluang berlari-lari dalam homestay ni.

 

Bila tengok dari sudut ni, memang nampak luas. Saya rasa, kalau ada yang nak buat majlis kenduri doa selamat, ataupun mungkin nak buat majlis bacaan yaasin, kenduri kesyukuran, majlis pertunangan dan sebagainya juga boleh dilakukan di homestay ni.

 

Sebaik-baiknya anda bincang dulu dengan pemilik homestay ini terlebih dahulu, sama ada sesuai atau tak kalau nak diadakan majlis-majlis sedemikian ya. Almaklumlah, majlis yang melibatkan kehadiran tetamu yang ramai mungkin akan mengganggu jiran sekeliling. Lagi satu homestay ini terletak dikawasan taman. Memang perlu ada toleransi sesama jiran.

 

Apa pun, ruang tamu homestay ini memang luas, dan pada satu-satu masa, ramai yang boleh masuk dalam homestay ni.

 

Bawah ini pula merupakan bilik utama. Masterbedroom ini terletak berdekatan dengan pintu masuk.

Dalam bilik utama ni ada bilik air. Ya, seperti yang anda dapat lihat, dalam bilik ini disediakan katil jenis queen size, dan ada juga penyaman udara, serta kipas angin untuk keselesaan pengunjung yang menginap disini.

 

Satu yang saya suka dengan homestay ni ialah, pemilik homestay telahpun menyediakan penanda arah kiblat.

Ini suatu tindakan yang patut dipuji. Jadi tak perlulah kita sebagai pengunjung nak tanya kat mana arah kiblat atau terpaksa guna kompas untuk cari arah kiblat. Setiap bilik memang dah disediakan penanda arah ni.

 

Selain itu, sejadah dan kain pelikat juga ada disediakan untuk kegunaan pengunjung. Boleh dikatakan, homestay di Tangkak ini memang mesra pengunjung yang beragama Islam. Ini satu kelebihan bila kita menginap di homestay yang dimiliki oleh pemilik muslim. Mereka ini amat peka dengan keperluan pelanggan yang beragama Islam.

 

Ini pula bilik nombor dua.

Bilik kedua dilengkapi dengan dua buah katil jenis single. Seperti bilik utama, bilik ini juga dilengkapi dengan penyaman udara dan juga kipas angin.

 

Kat lantai tu adalah tilam tambahan. Jika anda datang ke Tangkak dengan jumlah yang agak ramai, bolehlah gunakan tilam tambahan tu. Ada dua tilam yang disediakan untuk kegunaan tetamu yang menginap di homestay ini.

 

Ini pula bilik nombor tiga.

Dalam bilik ini disediakan katil jenis single dan kipas angin. Bilik nombor tiga ni memang dekat dengan ruang makan keluarga. Bukak pintu je dah boleh nampak meja kerusi.

 

Inilah dia ruang makan yang disediakan dalam homestay ni. Kebanyakkan aktiviti saya semasa berada di Tangkak ni, saya habiskan di luar. Saya juga berpeluang mengunjungi beberapa tempat-tempat menarik antaranya Gunung Ledang Resort dan bersiar-siar di sekitar Bandar Tangkak.

 

Makan tengahari diluar, makan malam di luar, dan sarapan pagi pun dekat luar. Jadi memang tak guna sangat ruang dapur ni.

 

Jika ada pengunjung yang ingin masak sendiri makanan, boleh gunakan kelengkapan yang telah disediakan. Ada dapur gas untuk memasak, periuk, pinggan semua ada.

 

Kalau anda tak pasti sama ada kelengkapan tersebut disediakan ataupun tidak, boleh hubungi dulu pemilik homestay ni sebelum mendaftar masuk ke homestay ni.

 

Antara kemudahan dan kelengkapan dalam rumah yang disediakan adalah seperti berikut

  1. Peti sejuk
  2. Mesin basuh
  3. Seterika
  4. Dapur memasak
  5. Televisyen
  6. Kipas angin
  7. Air cond di masterbedroom dengan bilik kedua
  8. Kelengkapan solat

 

Dari segi geografi, Tangkak terletak tidak begitu jauh dengan Melaka. Anda hanya perlu memandu lebih kurang 20 – 30 minit untuk sampai ke Jasin yang terletak di Melaka.

 

Sekiranya anda mempunyai urusan di daerah Jasin, contohnya seperti urusan pendaftaran untuk kemasukkan di MRSM Jasin atau di mana-mana insititusi pengajian tinggi yang terdapat di sekitar Jasin atau Merlimau, anda juga boleh cari tempat penginapan di sekitar Tangkak. Lagipun jarak antara Jasin dengan Tangkak tidaklah terlalu jauh.

 

Homestay D’Ledang ini pula terletak dikawasan perumahan bernama Taman Mega Ria. Taman Mega Ria ini sebenarnya sangat dekat dengan Pekan Tangkak.

Kalau memandu dari homestay untuk ke pekan Tangkak, akan ambil masa lebih kurang 5 – 10 minit sahaja. Disini ada macam-macam kemudahan, seperti kedai makan, kedai serbaneka, bank, klinik kesihatan, masjid, kedai pakaian, pasaraya dan banyak lagi.

 

Sebenarnya, di sekitar Pekan Tangkak ini juga terdapat beberapa buah hotel. Kebanyakkan hotel adalah jenis hotel bajet atau tiga bintang.

 

Sebelum ni, saya pernah ada pengalaman menginap di hotel bajet yang lebih kurang sama seperti yang terdapat di Tangkak ni. Masa tu saya ada urusan di Mersing.

 

Satu yang saya kurang berkenan bila perlu menginap di hotel bajet ini ialah mereka tak menyediakan tempat letak kereta yang khas untuk pelanggan hotel. Kalau ada disediakan sekalipun, petak parking yang ada amatlah terhad. Siapa cepat dia dapat. Semasa saya check in dihotel bajet di Mersing, saya perlu letak kenderaan ditepi-tepi jalan. Ya, memang ada kotak parking yang disediakan. Namun, sesekali terlintas juga di fikiran… “selamat ke kereta saya malam ni?”

 

Maklumlah, kita datang ke tempat orang, dan tak biasa dengan kawasan tu. Bukanlah saya nak kata tempat tu tak selamat. Kadang-kadang rasa risau tinggalkan kenderaan kat tepi jalan mesti ada.

Tetapi kalau kita menginap di homestay, tak perlu rasa risau tentang keselamatan kenderaan lagi. Kita boleh parking kereta kat tempat yang disediakan.

 

Rasa lebih tenang kan, kalau dibandingkan dengan kita parking kat tepi-tepi jalan. Ini salah satu sebab kenapa menginap di homestay adalah satu pilihan yang baik. Dari segi keselamatan, ia lebih terjamin. Rasa lebih tenang bila kita dapat parking kereta dekat dalam kawasan berpagar macam di homestay ini.

 

Bila bercerita tentang Tangkak, biasanya ada dua perkara yang akan terlintas di fikiran. Pertama, Gunung Ledang dan yang kedua adalah tempat untuk shopping pelbagai produk tekstil.

 

Sebenarnya kunjungan ke Tangkak ini agak sentimental bagi saya. Saya masih ingat lagi, sekitar tahun 90an ketika saya masih bersekolah rendah dulu, saya pernah ikuti rombongan bersama dengan orang kampung saya untuk ke Tangkak, Johor. Pada waktu itu, Tangkak memang cukup terkenal dengan hasil keluaran produk tekstil.

Kalau nak cari kain yang cantik-cantik, pelbagai design, berkualiti dengan harga yang murah, Tangkak adalah salah satu destinasi yang pastinya akan dijadikan tumpuan.

 

Tapi sekarang zaman dah berubah. Kini ada banyak tempat yang boleh dijadikan tumpuan untuk mendapatkan hasil tekstil. Misalnya di Nilai 3, Jalan TAR, GM Klang dan sebagainya. Malahan kalau nak beli secara online pun dah tak menjadi satu masalah sekarang.

 

Kemudian Tangkak juga popular kerana disini terdapat tempat tumpuan pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negeri iaitu Gunung Ledang.

Tempat ini memang sangat sesuai untuk dijadikan tempat riadah bagi seisi keluarga.

 

Dari segi jarak, ianya terletak kira-kira 19KM sahaja dari homestay atau lebih kurang 25 minit pemanduan.

 

Ini pula suasana waktu malam di homestay Tangkak ini. Actually saya pun tak tahu kat mana tempat yang menarik untuk kita jalan-jalan pada waktu malam di Tangkak. Jadi, saya cuma bersiar-siar disekitar kawasan homestay sambil menikmati angin malam.

 

Saya sempat juga ambil gambar kenang-kenangan waktu malam di kawasan sekitar homestay ni pada waktu malam.

 

Kalau ada yang perasan, sebenarnya dekat depan homestay ni ada tiang lampu. Memang betul-betul depan rumah.

Memang cerah dekat depan rumah ni. Kalau malam-malam nak duduk luar rumah pun tak ada masalah.

 

Homestay ini dimiliki oleh Tuan Sh Haffie.

Beliau boleh dihubungi menerusi saluran berikut

En Sh Haffie

Call/ SMS/- 0137622115

Klik untuk Whatsapp – https://api.whatsapp.com/send?phone=60137622115

 

Sewa untuk menginap di homestay ini ialah RM180 sahaja pada hari biasa.

Manakala pada cuti umum, Jumaat – Sabtu – Ahad ialah RM200.

Harga mungkin dah tak sama, bergantung kepada bila anda baca posting ini.

 

Jika anda ingin menginap di homestay ini untuk satu tempoh yang agak lama, silalah hubungi En Haffie untuk dapatkan quotation harga.

 

Jadi, jika anda mencari tempat penginapan, terutamanya homestay di Tangkak, bolehlah menginap disini. In Shaa Allah, anda akan berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh tuan rumah.

 

Buat ibu bapa yang ada anak, yang sedang belajar di Kolej Matrikulasi Johor juga sesuai untuk menginap disini, memandangkan lokasinya tak begitu jauh dengan kolej tersebut.

 

Kalau dari Homestay D’Ledang ini ke Kolej Matrikulasi Johor, jaraknya adalah lebih kurang 7KM sahaja. Kalau memandu, akan mengambil masa lebih kurang 10 – 15 minit sahaja bergantung kepada keadaan trafik. Justeru, kalau ada antara pembaca yang mencari homestay berdekatan dengan Kolej Matrikulasi Johor, bolehlah menginap disini.

 

Untuk tujuan tempahan, anda boleh terus berhubung dengan En Haffie di talian 0137622115. Ataupun cara kedua, anda boleh juga buat booking menerusi laman web Airbnb.

 

Anda boleh pergi ke pautan ini pula untuk buat tempahan. Pautan ini akan bawa anda ke laman web Airbnb. Buat tempahan disitu.

Harga di laman web Airbnb ni memang berubah-ubah. Dari pembacaan yang saya buat, pihak Airbnb menggunakan sistem smart pricing dalam menetapkan kadar harga.

 

Contohnya, pada waktu saya semak harga di laman web Airbnb, ianya hanya RM160 sahaja. Kalau saya tak terus buat tempahan, harganya mungkin akan berubah menjadi RM180, RM190 dan menjadi RM200. Dari apa yang saya faham smart pricing ini mengambil kira berapa ramai jumlah pelawat yang mengunjungi laman web Airbnb itu.

 

Kalau ramai yang sedang mencari homestay di Tangkak, maka harga akan naik sedikit. Tapi kalau tak ramai yang cari homestay di lokasi yang sama, harganya akan jadi lebih murah. Konsep yang digunapakai disini adalah konsep demand and supply.

 

Saya hanya menginap satu malam sahaja dihomestay ini. Esoknya saya check out dan terus bertolak balik ke Selangor.

 

Apapun, kalau anda baca perkongsian saya ini dan seterusnya menginap di Homestay D’Ledang ini nanti, harap boleh sampaikan salam saya pada En Haffie ya. Jangan lupa untuk beritahu dia yang anda tahu pasal homestay milik beliau melalui blog saya.

 

Saya doakan semoga perjalanan anda ke Tangkak nanti lancar dan sentiasa dilindungi Allah SWT.

 

 

Exit mobile version