Adakah anda tahu, kat mana tempat yang paling sesuai dan TERBAIK yang menyediakan perkhidmatan sewa motor Harley Davidson untuk area Kuala Lumpur?
“Kalau boleh nak dapatkan yang caj sewaannya MURAH lagi berpatutan.”
Ini antara soalan yang bermain dalam fikiran saya.
Nak tahu kenapa tiba-tiba saya berminat dengan motor Harley Davidson? Teruskan baca, nanti saya ceritakan sebabnya.
Pencarian bermula di laman carian google
Bukan senang nak cari orang perseorangan atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan sewa motor Harley Davidson rupanya.
Walaupun saya ada jumpa beberapa laman web, yang menawarkan servis sewaan motor Harley Davidson, namun ia nampak kurang meyakinkan.
Apa yang buat saya kurang yakin dengan servis mereka?
Pertama, saya tak pasti apa model yang available.
Kedua, saya pun tak tahu, berapa banyak motor yang available untuk disewa. Adakah untuk satu-satu model, hanya ada satu unit sahaja, atau lebih dari itu. Maklumat ini PENTING, just in case ada penyewa yang berminat nak menyewa dalam kuantiti yang agak banyak.
Ketiga, tak ada testimoni daripada pelanggan terdahulu. Adakah mereka puas hati dengan servis? Bagaimana pula dengan kualiti motor? …dan macam-macam lagi.
Dari google ke Mudah!
Percayalah.
Ia tak semudah seperti yang anda sangkakan. Bukan mudah nak cari servis sewa motor Harley Davidson di Mudah.my
Anda kena tahu nak guna kata kunci apa untuk mencari.
Kalau anda cuma taip Harley Davidson di laman web mudah.my, maka hasilnya, anda akan dapati ada sekurang-kurangnya 682 hasil carian yang anda perlu tapis semula. Serius, memang time consuming.
Pada waktu carian ini dibuat, saya menggunakan option for sale, walaupun sebenarnya saya sedang mencari Harley Davidson for rent.
Bila saya set kepada for rent, rupa-rupanya, pada waktu entri ini saya buat, tak ada seorang pun yang mengiklankan servis menyewa motor Harley Davidson.
Walaubagaimanapun, bila saya guna option for sale, saya dapat beberapa maklumat yang berguna tentang Harley Davidson.
Harga!
Mahal rupanya motor ni haha
Patutlah tak ramai orang muda yang mampu pakai… (penyelesaiannya ada dibawah, orang muda, sila teruskan baca)
Saya perkenalkan,
KLezBiKe
Laman web: http://klezbike.com/
Apa yang menarik tentang laman web KLezBiKe ini?
Pertama, masalah tak tau nak sewa motor Harley Davidson kat mana SELESAI.
KLezBike adalah merupakan anak syarikat kepada KLEZCAR TRAVEL & TOURS SDN BHD. Ia merupakan salah satu jenama yang terkemuka dalam industri perkhidmatan kereta sewa.
Tentang KLezBike
KLezBike is a subsidiary of KLEZCAR TRAVEL & TOURS SDN BHD which is leading’s brand car rental service in Kuala Lumpur (KL), Malaysia. We base in Petaling Jaya and consist of 52 branches servicing car rental , car hire and car leasing around Klang Valley, Kuala Lumpur, Penang, Kedah, Johor Bharu, Negeri Sembilan Terengganu and Kelantan, providing car rental services with variety of fleets from compact car, sedan, mpv and luxury cars. On Sept 2014, KLezCar have 900++ fleets operating at 8 states in Peninsular Malaysia.
KLezBike offering a luxury bikes service likes street bikes, cruising bikes, touring bikes, and easy rider type of bikes. We have 8 units of Harley Davidson for rent in Kuala Lumpur.
You can rent our Harley Davidson for sightseeing, wedding escort, photography session or for test ride before make decision on which model to buy.
We also provide a delivery service to deliver the bike straight to in front of your house.
sumber: KLezBiKe
5 Sebab kenapa orang sewa motor Harley Davidson dengan KLezBike
Sebab pertama, harga!
Anda sendiri boleh lihat, berapa kos untuk memiliki sebuah motorsikal Harley Davidson. Itu baru harga motor, belum lagi termasuk dengan aksesori dan kos untuk maintenance kenderaan tersebut. Serius, orang biasa yang kerja makan gaji, dengan pendapatan bawah RM3,000 memang tak akan mampu.
Jadi, lebih baik sewa. Harganya lebih murah berbanding anda beli sendiri.
Sebab kedua, anda nak berkonvoi dengan geng-geng motor dan Kelab pemilik Harley Davidson (HOG)
Jelas sekali, kalau anda nak join konvoi, anda perlu ada sebuah Harley Davidson. Tetapi, bukannya setiap masa ada konvoi. Dalam sebulan, mungkin hanya sekali. Jadi, daripada anda perlu tanggung kos yang mahal untuk monthly installment dan maintenance, hanya untuk join konvoi sekali dua dalam setahun, lebih baik anda sewa je.
Melainkan, anda memang ada income yang berlebih-lebih. Itu lain cerita.
Sebab ketiga, anda memerlukan team semasa wedding escort.
Benda ni memang jarang orang buat. Kalau anda buat, mesti happening dan meriah. Ditambah dengan deruan bunyi enjin Harley Davidson yang kuat, pasti menggamatkan dan memeriahkan lagi susana!
Sebab keempat, anda boleh buat sesi photoshoot.
Contohnya seperti pasangan dalam gambar ini.
Baca lagi tentang sesi wedding photoshoot dengan KLezBike disini.
Sebab kelima, anda merancang untuk membeli motor Harley Davidson anda sendiri.
Sebelum anda beli sebarang model, ada baiknya anda test ride beberapa model yang terdapat di KLezBike terlebih dahulu.
Tips beli motorsikal Harley Davidson
Tips ini sebenarnya saya dapat dari seseorang yang memang memiliki motosikal jenis ini. Kiranya, dia kongsikan tips ini bedasarkan pengalaman dia sendiri menunggang motosikal jenis Harley Davidson.
“Jangan beli motosikal entry level tetapi terus beli model Softail, Road Glide atau Road King jika mahu merasakan keseronokan menunggang motosikal Harley Davidson sebenar”.
Menurut beliau, ramai orang yang baharu hendak berjinak-jinak dengan motosikal Harley Davidson biasanya membeli model entry level seperti Sporster yang lebih murah, mudah dikendalikan dan ringan, namun akhirnya terpaksa mengeluarkan kos yang lebih tinggi apabila bertukar kepada model lebih berkuasa untuk mendapat kepuasan menunggang.
“Mereka yang membeli model Sporster tidak akan merasa ummph seperti menunggang model Softail. Kalau mampu, elok terus beli model yang bagus seperti softail dan Road Glide,” – Wee Choo Keong
Jadi, sekiranya anda masih baru dan ingin biasakan diri menunggang motor Harley Davidson, anda boleh berlatih dengan model Sportster.
Dengan KLezBike, anda boleh sewa sahaja model ini, dan tungganglah motor ini sehingga anda mahir. Bila dah yakin dan anda dah sedia nak beli motorsikal Harley Davidson anda sendiri, anda boleh beli model yang lebih advance seperti softail dan Road Glide.
Anda boleh terus ke pautan berikut untuk membuat tempahan sewa motor Harley Davidson Model Sportster Iron 833. [Klik sini]
Ada yang bertanya, adakah motor Harley Davidson ni hanya untuk golongan tua dan vateran sahaja?
haha
Anda rasa?
Apa kata anda kongsikan pandangan anda di ruangan komen.
Sebelum berpisah, apa kata anda layan dulu video dibawah ni. Dari team KZezBike
blogger lelaki says
fuh..memang bergaya dapat buat photoshoot guna motor harley davidson nie…walaupun sekadar sewa
sabree hussin says
Betul tu bro, even kalau tak dapat nak ride, dapat photoshoot pun masih mengancam lagi ni
klezbike.com says
Wow! Terima kasih atas review tuan yang sangat2 terbaik..kami di klezbike sangat menghargai atas apa usaha yang tuan lakukan..terima kasih sekali lagi kami ucapkan.. 🙂
sabree hussin says
Sama-sama. Semoga bisnes tuan semakin sukses 🙂
Suriya says
wahhh ni kalau tahu ke en suami mak, sah dia lompat bintang
sabree hussin says
Macam tu kena bagitahu lekas-lekas ni
titan says
nak naik harley ni..kena pakai lesen apa? B full ka?
sabree hussin says
Kena ada lesen B Full. Kalau ada lesen L B full pun ok 🙂
zara says
murah ke sewaannya..huhu cik abang memang mengidam nak beli motor ni..beri dia sewa pon ok la kan buat buang mengidam..
sabree hussin says
Sewa je kak zara, lainlah kalau nak pakai motor ni hari-hari 🙂
Kalau cuma nak pakai seminggu sekali atau sebulan sekali, baik sewa je dulu. Orang laki ni cepat bosan haha
onlajer says
hahaha kalau buat – buat ada lesen B full boleh , hehehe
sabree hussin says
Haha kalau aku, jangan harap nak dapat pinjam :p
ikhwan says
sewa kejap buat shooting pun dah puas hati 🙂
sabree hussin says
Betul tu bro Ikhwan, kalau nak buat photoshoot, sewa kejap je pun dah ok
hani says
motor ni berat. sy suka Kawasaki, tp husband nak beli Yamaha… huhu
hahaha
sabree hussin says
amboi… motor superbike belaka 🙂
Anuar says
Teringin juga nak merasa bawa Motor Harley Davidson… Tapi kena tunggu anak-anak besar dulu.. Supaya berpeluang naik motor berdua dengan isteri.. 😉
sabree hussin says
wah itu sudah bagus. Yang penting ada lesen ya
Abdur says
Motor besar = duit besar
Banyak belanjanya.
sabree hussin says
Itu sudah semestinya, jadi untuk kawal kos, ada baiknya kita sewa sahaja motor Harley Davidson ni
Zul says
harga dia boleh tahan kalau nak sewa…kalau utk majlis2 kahwin ke memang sangat berbaloi..kalau nak beli mmg tak ler…fulus2
sabree hussin says
Itu la, saya pun nak rekemen kat kawan-kawan dan pembaca blog ni supaya sewa je dulu. Beli kang, jadi masalah kewangan pulak nanti
Zul says
setuju..kasar kot maintenance motor HD ni…kalau ada fulus xpe..peluang yg bagus utk bergaya dengan motor besor..
sabree hussin says
Itulah isu yang biasa… kos 😀
zaini says
Salam,
Nak tahu lebih lanjut tentang sewa motor harley…
sabree hussin says
Wasalam En Zaini, silakan terus berhubung dengan pihak KLezBike
madir says
sebab tu sy semangat nk buat lesen B Full, supaya nak gi showroom buat test ride dan nak menyewa motor besar jadi smooth jer. Motornya beli kemudian tak apa..hehehe 😀