Perkhidmatan Penulisan Review Bagi Meningkatkan Jualan Produk dan Servis

by sabree hussin on May 30, 2015

in Servis Advertorial

Salah satu perkara yang akan membuatkan pelanggan rasa berbelah bahagi dan berat hati untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah entiti perniagaan ialah apabila tiada tempat rujukan untuk bakal pelanggan mendapatkan maklumat lanjut tentang produk tersebut.

 

Proses jual beli secara online adalah berbeza dengan proses jual beli secara offline. Dalam transaksi online, pelanggan

1. Tak dapat melihat siapa jurujual, justeru bakal pelanggan tidak dapat membuat penilaian sendiri sama ada seseorang jurujual itu boleh dipercayai atau tidak.

2. Pelanggan juga tak dapat melihat produk. Jadi bakal pelanggan tidak dapat untuk menilai produk tersebut secara fizikal.

3. Pelanggan hanya bergantung kepada penerangan dan gambar yang diberikan oleh jurujual. Jika penerangan dan gambar yang diberikan itu menarik, maka kebarangkalian untuk pelanggan tersebut buat pembelian lebih tinggi. Jika penerangan dan gambar tidak menarik, maka agak sukar untuk dapat jualan.

 

Jual beli secara online banyak melibatkan element of trust. Sejauh mana anda boleh dipercayai?

 

Saya percaya, ada ramai usahawan diluar sana yang tak ada masalah untuk setup perniagaan mereka. Lebih-lebih lagi, perniagaan yang dibina berdasarkan konsep perniagaan online. Saya percaya, semua orang boleh lakukannya. Prosesnya juga tidaklah sesukar mana.

 

Anda hanya perlukan

1. Sebuah laman web.

Boleh gunakan laman web dari blogspot, atau jika anda tidak mahu guna laman web, boleh gunakan sahaja laman web facebook.

 

2. Gambar-gambar produk

Lebih banyak gambar produk lebih baik. Sebaik-baiknya sediakan gambar dari pelbagai sudut.

 

3. Serba sedikit pengenalan dan penerangan mengenai produk

Saya sarankan tuliskan penerangan dalam bentuk penceritaan. Daripada eksperimen yang saya lakukan, saya dapati orang lebih suka baca penerangan dalam bentuk cerita berbanding dalam bentuk iklan semata-mata.

 

perniagaan_yang_sempur

Walaupun prosesnya begitu mudah, akan tetapi, bukan semua orang berupaya untuk menghasilkan jualan. Anda masih lagi perlu berusaha keras bagi menarik trafik atau pelawat yang berkualiti, dan mempunyai kuasa membeli, barulah produk yang anda promosikan mampu terjual.

 

Terdapat dua kaedah yang anda boleh lakukan bagi menarik potential buyer ke halaman jualan produk anda. Kaedah tersebut adalah pengiklanan berbayar & kaedah percuma.

 

Kaedah pengiklanan berbayar

Cara yang popular ialah menggunakan platform pengiklanan seperti Google Adwords ataupun Facebook Advertising (FB Ads). Antara Google Ads ataupun FB Ads, mana satu yang lebih baik dan memberi pulangan yang lebih lumayan?

 

Google Ads dan Facebook Ads ada bezanya. Iklan menggunakan Google Ads, kita akan target kata kunci tertentu, manakala untuk iklan Facebook Ads, kita akan target minat atau interest pengguna akaun Facebook. Mana satu yang patut kita pilih?

 

Pada saya, saya akan syorkan beriklan menggunakan Google Ads. Saya berpendapat ianya lebih targeted, kerana pengguna internet masih lagi bergantung kepada search engine, untuk mencari maklumat. Jika maklumat tersebut adalah berkaitan dengan menyelesaikan masalah tertentu, dan produk anda jual mampu untuk selesaikan masalah pengguna tersebut, maka disini berpotensi untuk hasilkan jualan.

 

Walaubagaimanapun, tak kiralah sama ada Google Ads ataupun FB Ads, satu “masalah” dengan dua-dua kaedah pengiklanan ni ialah, ianya untuk jangka masa pendek, dan ia kurang sesuai untuk para peniaga yang tidak mempunyai bajet pengiklanan yang khusus atau mereka yang tidak mempunyai modal yang banyak.

 

Konsep pengiklanan ini mudah sahaja sebenarnya.

 

Selagi anda ada duit, dan sanggup terus menerus membayar kepada Google Ads dan FB Ads, selagi itu iklan anda akan disiarkan. Apabila anda kehabisan bajet, atau anda dah tak mampu untuk membayar kepada pihak google ataupun FB, maka pada saat itu iklan anda akan berhenti disiarkan.

 

Bukan semua iklan berbayar itu menjadi dan akan convert kepada sales

Ramai sebenarnya yang beranggapan, bila mereka guna iklan berbayar, mereka akan dapat tarik lebih ramai trafik atau pelawat ke laman jualan mereka, dan seterusnya, kesemua pelawat yang masuk ke laman jualan mereka akan ditukarkan kepada jualan.

 

ANDA SALAH!

 

Salah seorang pakar dalam bidang penulisan iklan, Claude C Hopkins (menulis buku berjudul Scientific Advertising pada tahun 1923) menyarankan para pengiklan untuk menyediakan lebih daripada sebuah iklan dalam satu-satu masa.

 

Kemudian, lakukan split testing, bagi melihat iklan yang mana satu yang betul-betul perform dan lebih convert kepada sales. Maknanya?

 

Anda bukan sahaja memerlukan bajet untuk kempen iklan utama anda, malah pada masa yang sama, anda juga memerlukan bajet untuk melakukan split testing bagi mengetahui iklan yang mana satu yang patut anda fokuskan.

Contohnya,

Situasi pertama

Anda ada bajet sebanyak RM500.

Cara biasa yang dilakukan oleh peniaga yang kurang berpengalaman ialah, dia akan hasilkan satu iklan, kemudian dia menggunakan keseluruhan RM500 untuk dibayar kepada syarikat pengiklanan.

Jika nasib baik, iklan itu menarik, maka dia mungkin akan untung.

Tetapi, jika dia kurang bernasib baik, tersalah target audience, risikonya ialah dia akan kerugian RM500 itu tadi.

 

Situasi kedua

Bagi peniaga yang berpengalaman, keadaan dan tindakan mereka mungkin sedikit berbeza.

Sekurang-kurangnya, dia akan sediakan 3 set iklan yang berbeza.

Daripada bajet pengiklanan yang dia miliki, RM300 diperuntukkan untuk tujuan iklan, yang mana setiap satu iklan di set kepada RM100.

Selepas satu sela masa tertentu, analisa dibuat.

Daripada ketiga-tiga iklan itu tadi, mana satu yang

  • Banyak menghasilkan jualan?
  • Langsung tak ada jualan?
  • Langsung tak ada respons

Dengan adanya maklumat-maklumat ini, peniaga itu tadi boleh cancel dua iklan yang tak beri sebarang manfaat, dan hanya fokus pada iklan yang benar-benar convert kepada sales sahaja.

… dan baki RM200 itu tadi, boleh digunakan sebagai bajet untuk memastikan iklan yang sentiasa memberi sales terus berjalan.

Dengan ini, keuntungan daripada aktiviti pengiklanan dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya.

 

Untuk tujuan penerangan, saya dah pun simplify contoh diatas. Hakikatnya, bukan semua peniaga ada modal untuk beriklan cara diatas. Maka sebab itu, sebahagian daripada mereka menggunakan kaedah pengiklanan tanpa kos.

 

Kaedah pengiklanan tanpa kos

Betul ke ada kaedah pengiklanan tanpa kos ini? Sebenarnya, walaupun anda tak membelanjakan wang ringgit, anda tetap perlu membayar sesuatu. Dalam bentuk masa dan tenaga anda.

 

Tiada yang betul-betul PERCUMA didunia ini. Jika anda mendapat sesuatu secara percuma, tak bermakna ianya adalah percuma. Besar kemungkinan orang lain telah bayar bagi pihak anda. Ianya tak mungkin percuma.

 

Ok kita kembali kepada perbincangan asal. Kaedah pengiklanan tanpa kos adalah seperti anda menulis di laman sosial, penulisan di blog dan sebagainya. Kaedah pengiklanan seperti ini sememangnya berkesan! Walaubagaimanapun, ianya sangat time consuming! Jika anda ada banyak masa, silakan.

 

Anda memang memerlukan masa yang banyak untuk

1. Mencari konten bagi disiarkan sama ada di wall FB ataupun di laman web anda

2. Mencari tajuk yang catchy dan menarik minat bakal pelanggan

3. Mempelajari selok belok dan teknik-teknik penulisan yang boleh menghasilkan jualan

4. Memahami apa itu teknik pemasaran SEO

5. Menulis sebuah artikel yang lengkap

 

Hakikatnya? Tak semua orang ada masa untuk buat semua ini.

 

Anda pernah dengar tentang teknik Pemasaran SEO? Ianya satu kaedah pemasaran yang cukup terkenal dalam kalangan penulis blog. Walaubagaimanapun tak semua penulis blog tau guna teknik ini. Ya, anda boleh belajar apa itu teknik pemasaran SEO, jika mahu. Itu pun kalau anda ada banyak masa.

 

Apa kata kalau saya beritahu anda, terdapat satu lagi cara dimana anda tak perlu berbelanja mahal untuk tujuan pengiklanan, dan pada masa yang sama, iklan anda akan tetap masuk ke halaman web google dan berterusan menghasilkan jualan untuk produk dan servis yang anda tawarkan.

 

Ok… bagaimana caranya?

.

..

Outsource!

 

Untuk makluman para pembaca sekalian, jika ada yang masih belum tahu, saya juga menawarkan perkhidmatan penulisan artikel review ataupun servis advertorial, bagi memperkenalkan perniagaan anda kepada target market anda. Berikut pula adalah antara perniagaan dan syarikat yang pernah mendapatkan perkhidmatan advertorial dari saya.

 

1) Pusat Rawatan Islam Al Qayyum

Klik: Pengalaman sesi rawatan di Pusat Rawatan Islam Al Qayyum

pusat rawatan islam al qayyum

 

2) KLezBike

Klik: Perkhidmatan sewa motor Harley Davidson dengan KLezBike

cari_motor_harley_davidson

 

3) Homestay Solehah Dungun

Klik: Homestay Solehah Dungun – Destinasi Penginapan PILIHAN di Dungun

homestay_dungun_solehah_homestay

 

4) Ebook Teknik Sannin

Klik: Review lengkap tenik sannin v2

review_teknik_sannin

 

5) Laman web Advertorial.my

Klik: Review dan pengalaman menggunakan servis advertorial.my

review_advertorialmy

.

..

Baiklah, apa yang saya paparkan diatas ini ialah sebahagian daripada artikel review ataupun advertorial yang pernah saya hasilkan untuk klien saya dalam blog ini.

 

Boleh kata setiap artikel yang saya tulis, berjaya tersenarai di laman web carian google, dan kesannya? Selagi artikel tersebut masih wujud, selagi itulah perniagaan mereka ini mendapat promosi berterusan dari saya. Ada antara artikel-artikel review dan advertorial milik klien mendapat kedudukan tempat pertama di page google.

 

Yang BEST nya, klien ini tak perlu bayar mahal-mahal kepada google untuk masukkan iklan tentang perniagaan mereka di page pertama google.

.

..

Mungkin ada yang tertanya-tanya, berkesan ke kaedah pengiklanan menggunakan advertorial ini?

 

Kalau setakat masuk ke page pertama google, tetapi tak ada sales, pun tak ada gunanya jugak. Betul tak? Bukankah sesuatu perniagaan itu matlamatnya adalah untuk memaksimakan keuntungan dan menjimatkan perbelanjaan?

 

Secara peribadi, ada artikel advertorial yang saya sendiri tak dapat nak semak sama ada ianya convert kepada sales atau tidak. Lebih-lebih lagi untuk perniagaan yang dijalankan secara offline.

 

Contohnya seperti homestay, perniagaan sewa motor, pusat rawatan Islam dan sebagainya. Lazimnya, pelanggan akan terus berurusan dengan pemilik perniagaan tanpa perlu melalui saya.

 

Akan tetapi, untuk perniagaan yang dilakukan secara online, dan pada masa yang sama, pemilik perniagaan turut mengesyorkan saya untuk jadi ejen (affiliate) kepada perniagaan mereka, yang ini saya boleh semak sejauh mana keberkesanannya. Sebagai contoh

 

1. Laman web ToneXpress

Klik: Tonexpress

apa itu tone express

 

Artikel review ToneXpress ini dihasilkan pada 9 September 2014 dan sehingga hari ini, artikel tersebut masih lagi tersenarai di page pertama google bagi carian kata kunci “review Tonexpress“.

 

Siapa yang akan memerlukan review ini? Siapa yang akan baca artikel advertorial ni?

Sudah tentu mereka yang baru pertama kali dengar tentang ToneXpress. Mereka yang berminat nak join tetapi masih lagi belum yakin dan teragak-agak nak sertai. Hingga catatan ini saya tulis, artikel advertorial yang saya hasilkan telahpun menghasilkan sekurang-kurangnya 43 jualan secara automatik!

 

Ini buktinya

komisyen_tonexpress

 

Contoh yang lain.

2) Sistem autoresponder PERCUMA emelmatik

klik: Laman web utama emelmatik

review_autoresponder_emelmatik

 

Artikel review tentang sistem autoresponder ini ditulis pada 27 April 2014. Sasaran pembaca bagi artikel advertorial ini ialah mereka yang masih belum buat keputusan untuk memilih autoresponder yang sesuai untuk kegunaan perniagaan dan aktiviti pemasaran mereka.

sistem_autoresponder_percuma_emelmatik_baguske

Daripada artikel advertorial yang saya hasilkan, 7 jualan telah pun berjaya dihasilkan.

 

Walaubagaimanapun, amount ini mungkin tidak tepat. Ini kerana saya masih tidak mengambil kira pelanggan yang membuat belian terus kepada pemilik produk ataupun yang tidak membeli menerusi link affiliate saya. Ada juga keadaan dimana pembaca artikel tersebut terus buat pembelian dengan menghubungi terus syarikat yang menjual servis ini.

 

Fungsi artikel review/ advertorial

Artikel review dihasilkan bukan sekadar untuk menghasilkan jualan.

 

Sebaliknya, fungsi artikel review adalah lebih besar dari itu. Ia sebenarnya sangat-sangat membantu bakal pelanggan untuk membuat keputusan sama ada ingin teruskan dengan pembelian ataupun sebaliknya.

 

Selain itu, dengan adanya artikel review yang menceritakan tentang perjalanan bisnes anda, bakal pelanggan yang baru pertama kali mendengar tentang perniagaan yang anda jalankan akan jadi lebih yakin untuk memilih anda berbanding pesaing anda, yang tidak ada sebarang review.

.

..

Kenapa perlu upah orang lain sedangkan boleh tulis artikel advertorial sendiri…

Jika perniagaan anda bukan suatu yang penting untuk anda, saya faham kenapa anda berpendapat sedemikian. Saya juga tak terkejut jika anda katakan yang sebenarnya anda tidak meletakkan sebarang bajet tertentu bagi tujuan pengiklanan untuk mengembangkan perniagaan anda.

 

Tetapi, jika anda benar-benar serius nak kembangkan dan luaskan lagi capaian perniagaan anda, anda patut memandang serius apa yang saya nak ceritakan ni.

 

Ya.

 

Saya percaya, ada ramai yang mampu untuk menghasilkan penulisan yang berkali ganda lebih baik berbanding yang saya hasilkan. Itu saya tak nafikan.

 

Cuba anda lihat dari perspektif bakal pelanggan.

Apa agaknya yang bakal pelanggan akan rasakan apabila pemilik perniagaan itu sendiri yang beriya-iya kata, produk keluaran syarikatnya adalah yang terbaik, paling berkualiti dan menjadi pilihan ramai?

 

Kalau saya lah yang berada ditempat pelanggan tu, dah tentu saya akan jadi lebih skeptikal.

 

“Ala… ko nak jual barang ko, dah tentulah ko akan cakap yang elok-elok je pasal produk yang ko jual. Ko cuma minat nak dapatkan duit aku je kan, padahal produk ko belum tentu sama seperti yang dikatakan…”

.

..

TETAPI… semua ini boleh berubah apabila ada pihak ketiga yang bercerita tentang produk anda. Pihak ketiga ini pula adalah seseorang yang tak ada kena mengena dengan perniagaan anda. Bukan staf anda, dan bukan juga ahli keluarga anda. Beliau adalah individu bebas yang memberi ulasan dengan ikhlas mengenai kelebihan yang ditawarkan oleh produk anda.

 

Sumber maklumat seperti ini sebenarnya lebih mempunyai kredibiliti dan lebih dipercayai berbanding anda sendiri yang lakukan self claim. Dah jadi macam masuk bakul angkat sendiri pulak bila anda selaku pemilik produk atau servis memuji produk anda, sedangkan orang lain tak sependapat dengan anda.

 

Maka disini, peranan penulis advertorial seperti saya dapat melengkapkan keperluan tersebut.

 

In Shaa Allah, saya akan berikan perkhidmatan yang terbaik untuk kembangkan perniagaan anda sekaligus membantu anda mendapatkan jualan. Bukankah ini yang anda perlukan?

 

 

Buat pembaca sekalian yang memiliki perniagaan sendiri dan memerlukan perkhidmatan artikel review dari saya, lihat tawaran perkhidmatan iklan yang saya sediakan disini. Anda boleh hubungi saya menerusi pautan ini ataupun boleh emelkan pada saya di sabreehussin@gmail.com

 

 

Be Sociable, Share!

{ 17 comments… read them below or add one }

kak yatiadam June 1, 2015 at 7:16 pm

salam.. ilmu yg menarik ni.. kak suka baca blog kamu..banyak ilmu..jemput ke blog kak yr..tq

Reply

anuar June 1, 2015 at 10:29 pm

Review melalui blog memang best… syukur Alhamdulillah.. saya dah berjaya membantu rakan2 saya untuk mempromosikan homestay mereka melalui blog..

Reply

Suriya June 3, 2015 at 4:06 pm

bila ada ilmu pasal ni, memang boleh buat income

Reply

sabree hussin June 4, 2015 at 10:25 pm

In Shaa Allah, boleh buat duit 😀

Yang blogger boleh dapat upah, manakala yang pemilik perniagaan pun boleh dapat sales berterusan

Reply

musadun June 7, 2015 at 6:37 pm

masih tak ada rezeki nak dapatkan income melalui jualan produk digital di alam maya..

Reply

sabree hussin June 8, 2015 at 3:28 pm

Cuba lagi, kalau 10 artikel tak cukup, tambahkan jadi 100 artikel promosi

Reply

titan June 11, 2015 at 12:54 am

sebab tu, servis review ni semua orang kena tahu terutamanya blogger.

baru senang nak tambah pendapatan sampingan yang lumayan.

Reply

onlajer June 12, 2015 at 6:40 pm

aku kena banyak lagi belajar dan membaca supaya ilmu review aku semakin bagus

Reply

Azzahairi June 15, 2015 at 10:59 am

Banyak betul idea untuk menulis ye. Nampaknya, kena byk belajar lagi ni 🙂

Reply

sabree hussin June 24, 2015 at 11:12 am

Tips nya mudah je, hargai setiap idea yang datang tu tanpa prejudis

Reply

brofami June 15, 2015 at 12:05 pm

nak buat iklan kerepek boleh gak ke ..? hehe 😀

Reply

sabree hussin June 24, 2015 at 11:12 am

Boleh

Reply

Amir "Zil-el-Saif" Abdullah June 24, 2015 at 2:15 pm

Assalamualaikum tuan Sabree.

Saya biasa buat advertorial ni sekitar 2006-2009 dulu. Tapi bukan dalam blog direct. Saya buat e-zine dakwah dan advertorial dalam e-zine tu. AlhamdulilLah sempat merasa hasilnya walaupun tak lama lepas tu saya jadi malas dan tak konsisten.

Reply

sabree hussin June 25, 2015 at 1:37 pm

Wasalam, wah bagus Encik Amir sebab ada pengalaman. Mungkin lepas ni jika ada kesempatan boleh cuba pula buat servis advertorial menerusi platform blog

Reply

sensasi2020 June 25, 2015 at 10:01 pm

Dah banyak review tentang produk orang lain, cuma tidak tahu setakat mana keberkesanannya. Biasa review produk bila adanya contest. Sambil sertai contest sambil review produk untuk penaja.

Reply

sabree hussin June 26, 2015 at 11:42 am

Macam tu nampaknya tuan kena contact owner produk tu untuk dapatkan testimoni. Mana la tau, nanti dapat lagi banyak job review produk nanti

Reply

aiwut January 25, 2016 at 2:55 pm

Salam Sejahtera,

Untuk makluman tuan, saya dalam perancangan nak buat business tour guide ke Thailand dan Guangzhou. Saya akan membuat FB Page dan blog untuk tujuan memperkenalkan business saya kepada pelanggan. Tetapi masalahnya saya tidak pandai dalam membuat ayat-ayat. Mohon tuan Whatsapp saya di talian 0134691857. Terima Kasih

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: