Blog Sabree Hussin

Bagaimana cara MUDAH buat perbandingan harga dan pakej untuk hotel pilihan?

“Bagaimana cara anda membuat tempahan hotel? Adakah anda akan terus buat tempahan, atau adakah anda akan buat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tempahan untuk hotel pilihan anda?”

 

Sedarkah anda, untuk bilik yang sama dari hotel yang sama, adakalanya anda akan dapati harga yang berbeza akan ditawarkan. Persoalannya ialah, mengapa bayar lebih sedangkan untuk bilik yang sama, yang exactly the same, anda sebenarnya boleh bayar dengan kos yang lebih jimat.

 

Walaubagaimanapun, ramai yang terpaksa bayar lebih mahal sedangkan alternatif yang lebih murah ada disediakan.

 

Jika anda “ter”bayar lebih mahal, ia bukan salah anda. Mungkin informasi dan cara-cara untuk dapatkan perbandingan harga sukar untuk diperolehi. Kalau benda yang kita tak tau, semua perkara memang kita akan rasa susah!

 

Mari saya perkenalkan, laman web enjin carian khusus untuk buat carian Best Deal untuk hotel. Sila layari laman web Trivago Malaysia.

Jika anda ingin mendapatkan best deal dan tawaran harga terendah beserta dengan review serta feedback mengenai hotel yang anda ingin tempah, anda boleh dapatkan kesemua maklumat tersebut dengan menggunakan servis dari Trivago.

 

Sebagai contoh, jika anda ingin bercuti ke Pulau Tioman dan merancang untuk menginap di Kampung Paya. Kat sini, salah satu resort yang agak terkenal ialah Paya Beach Spa & Dive Resort.

Cara tradisional untuk buat tempahan bilik bagi resort ini ialah dengan menghubungi terus pihak pengurusan resort. Cara ini juga boleh digunakan, namun adakalanya anda akan terlepas promosi-promosi yang dijalankan oleh ejen tempahan dan sekaligus terlepas potongan harga dan tawaran diskaun.

 

Ya… Ada ketikanya, anda akan dapat harga dan tawaran yang lebih murah apabila buat tempahan menerusi ejen daripada buat tempahan terus dari pengurusan resort.

 

Tetapi, dengan adanya servis dari laman web Trivago, anda kini boleh buat perbandingan harga dan melihat sendiri pakej-pakej yang ditawarkan.

Dengan bantuan laman web Trivago ini, anda boleh terus buat perbandingan harga serta perbandingan pakej seperti yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tempahan online seperti di booking.com, expedia.com, airasiago.com dan hotels.com

 

Kalau sebelum ini, anda mungkin terpaksa buat perbandingan satu per satu dan perlu buka laman web mereka satu per satu, namun kini tidak perlu lagi. Dari paparan yang kita boleh lihat di Trivago sahaja, kita dah boleh lihat mana satu tawaran yang paling menarik.

 

Dah jumpa? Selepas dah jumpa, terus sahaja proceed dengan tempahan. Cara ini, bukan sahaja dapat menjimatkan masa anda, malahan pada masa yang sama ia juga dapat menjimatkan wang anda.

 

Jadi, duit lebihan tu tadi, bolehlah dibelanjakan ketika anda bercuti nanti.

 

Adakah anda merancang untuk pergi bercuti dalam masa terdekat ni? Cubalah layari laman web Trivago ini dan buat perbandingan harga. Anda mungkin akan temui bilik yang nampak mewah dan eksklusif tetapi hanya perlu bayar murah sahaja.

 

Bonus! Siap dengan breakfast pulak tu.

 

 

 

 

Exit mobile version