Blog Sabree Hussin

Bagaimana cara paling mudah nak join Tone Excel?

Macam mana cara nak join Tone Excel? Adakah anda perlu datang ke HQ di Sri Petaling? Atau anda perlu ke branch, berjumpa dengan Junior Center atau Service Center? Atau sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk join Tone Excel?

 

Ada banyak cara untuk anda join Tone Excel. Ada cara yang mudah, dan pada masa yang sama, ada juga cara yang agak susah. Walaubagaimanapun, saya tak berapa berkenan nak bincangkan cara yang susah-susah ni. Bagi saya, bisnes ini tersangatlah mudah, jadi kenapa perlu kita nak susah-susahkan diri?

 

Ok salah satu cara yang susah untuk ajak orang join Tone Excel ialah kita set masa untuk jumpa kemudian kita buat sesi table talk atau sesi opportunity sharing. Saya rasa kaedah ni agak susah sebabnya, sesi tersebut boleh jadi suatu sesi yang langsung tak produktif.

1. Prospek anda tu blur semacam dan berlagak seolah-olah tak pernah dengan Tone Excel tu apa benda?

2. Prospek akan tanya macam-macam dan drag masa.

3. Prospek akan order macam-macam, dari minum sampai la makanan. Paling kurang ajar bila dapat prospek yang kaki lepak lepas tu order air dua tiga gelas siap order nasi goreng kampung telur mata lagi.

4. Bila tiba part closing, mulalah prospek tu buat cerita sedih, gaji tak masuk lagi, nak kena bayar yuran adik dan macam-macam lagi.

5. Ada juga kes, prospek yang konon-konon bijak siap nak suruh kita ni tandatangan agreement kalau nak dia masuk under kita. Satu surat perjanjian yang kita akan sentiasa back up dia tanpa sebarang alasan.

6. Pernah juga saya jumpa, prospek tu belum join pun lagi, dah sibuk nak tau apa strategi, macam mana nak buat pemasaran, dan macam-macam lagi soalan

7. Ringkasannya… kaedah ini BUANG MASA dan BUANG TENAGA

 

Ni saya nak share satu quotation

“Bagaimana cara anda join Tone Excel, begitu jugalah caranya prospek anda akan join anda nanti…”

 

Tak semestinya betul. Namun kebiasaannya begitu la. Kalau masa mula-mula anda join dulu, upline anda yang akan uruskan 100 peratus untuk anda, dari segi simpanan stok simkad, buku panduan, merchandise dan sebagainya, most likely, perkara yang sama yang akan diturunkan kepada anda. Proses ini kita namakan sebagai proses duplikasi.

 

Jika anda join Tone Excel ketika ada orang buka booth, nanti bila anda dah join, anda juga akan diminta untuk buka booth juga untuk dapatkan pelanggan baru dalam bisnes Tone Excel anda nanti. Walaubagaimanapun, macam yang saya cakap la, ia tak semestinya betul, dan boleh jadi saya silap. Apa yang saya sebutkan ini hanyalah proses duplikasi dari upline kepada downline yang biasa berlaku dalam mana-mana rangkaian.

 

Sebagai contoh, saya sendiri lebih banyak dapatkan prospek daripada kaedah pemasaran secara online. Saya kurang bergantung pada laman web seperti facebook, sebaliknya saya lebih banyak dapat prospek yang berkualiti daripada laman blog seperti ini. Sama macam yang saya sedang buat sekarang ni. Kemudian untuk proses follow up pulak, saya gunakan kuasa emel marketing, dan selalunya peluang untuk dapat prospek yang minat nak join memang lebih cerah.

 

Baru-baru ni je saya guna pendekatan yang sedikit berbeza. Kali ini saya gunakan servis dari laman web Sistem Autodownline123

Pastikan, bila anda klik pada link ini, nama saya yang keluar dibahagian atas sebelah kanan ya.

 

Inilah dia, salah satu cara termudah untuk anda join Tone Excel. Ia bukan sahaja memudahkan anda untuk join Tone Excel, malahan pada masa yang sama, ia juga memudahkan proses untuk anda dapatkan downline dalam bisnes ini.

 

Dengan menggunakan sistem autodownline ini, ada sekurang-kurangnya 3 cara bagaimana anda boleh dapat downline.

1. Anda dapat downline hasil daripada kerja-kerja promosi yang anda jalankan sendiri

2. Anda dapat downline dari upline yang telah mempunyai cukup kuota 10 orang downline. Kita namakan ia sebagai spillover from upline.

3. Anda adpat downline daripada hasil usaha promosi downline anda di level 1. Ini saya rujuk kepada downline di level 2 dan juga level 3.

 

Anda boleh juga baca artikel saya sebelum ini, untuk dapatkan penjelasan yang lebih mendalam tentang Team Autodownline. Boleh klik sini untuk baca.

 

Untuk 2015 dan sehingga diberitahu kelak, Tone Excel menawarkan pakej Internet yang menarik. Bukan itu sahaja, malahan untuk setiap kali anda lakukan tambah nilai sebanyak RM30, anda juga akan terima internet percuma sebanyak 1GB.

Jadi, sepatutnya tak timbul lagi isu yang mengatakan internet Tone Excel ni mahal. Jika habis kuota, anda boleh langgan data dengan kos RM38 sahaja. Harga ini saya percaya adalah satu harga yang kompetitif, kerana kebanyakkan pakej data untuk syarikat telco adalah dalam range harga seperti ini.

 

Jadi, apa tunggu lagi, cepat lock posisi anda disini dan dapatkan sim permulaan Tone Excel anda hari ini.

 

 

Exit mobile version