Blog Sabree Hussin

Cara ajak orang join Tone Excel

Bagaimana cara nak ajak kawan-kawan dan orang ramai untuk join Tone Excel dan yang paling penting nak bawak mereka masuk ke rangkaian kita?

 

Ini adalah salah satu persoalan yang bermain dalam fikiran saya. Sekarang ni saya dah pun jadi pengguna simkad Tone Excel. Jika sekadar nak jadi pengguna pasif, lebih baik saya guna simkad Tune Talk biasa. Tetapi, saya bukannya sekadar nak jadi pengguna. Sebaliknya, saya nak jadi usahawan. Saya nak buat duit. Itu matlamat asal kenapa saya sanggup bertukar daripada pengguna Maxis kepada pengguna Tone Excel.

 

Dalam program ni, kalau nak buat duit, mesti kena ajak orang untuk join sebagai ahli Tone Excel. Kalau ada yang kata kat anda, join Tone Excel tak payah cari orang… nampak sangat dia tu pembohong. Mungkin dia dah gila. Ataupun dia kurang siuman dan tak tau apa benda yang di tengah cakap sebenarnya.

 

Ada macam-macam cara yang saya sendiri gunakan untuk dapatkan orang untuk join dalam rangkaian saya. Biasanya, setiap bulan saya akan gunakan strategi yang berbeza. Dalam post kali ini, saya akan kongsikan satu atau dua cara yang saya pernah gunakan untuk dapatkan orang untuk join rangkaian saya di Tone Excel.

 

Setiap satu strategi saya akan fokus dan akan stick dengan strategi tersebut untuk satu tempoh masa. Katakanlah untuk tempoh masa sebulan. Selepas tu, saya akan ubah pendekatan dan cara yang lain pulak. Masa sebulan inilah kena buat betul-betul dan psiko bakal pelanggan kita habis-habisan supaya dia join menerusi rangkaian kita, dan bukannya join dengan orang lain.

 

Strategi 1: Bina sebuah laman web khas untuk tawarkan bonus penyertaan

Ada beratus-ratus ribu orang yang dah join Tone Excel, kenapa orang yang masih belum join ni mesti kena join menerusi anda? Apa yang special sangat dengan anda ni sampaikan orang perlu join menerusi anda?

Laman web seperti ini saya bina menggunakan perisian percuma dari Blogspot2Minisite. Kandungan website ini hanya semata-mata menyenaraikan hadiah-hadiah dan bonus yang saya akan berikan jika prospek menyertai Tone Excel menerusi rangkaian saya.

 

Hadiah penyertaan adalah dalam bentuk buku panduan, merchandise Tone Excel, ebook, software, servis bina website dan sebagainya. Jadi, kalau prospek minat nak dapatkan kesemua hadiah-hadiah ni, kenalah join Tone Excel menerusi rangkaian saya. Untuk yang dah join TE sebelum ni, faham-faham je la… semua ini hanya istimewa bagi mereka yang nak join group saya sahaja.

 

Strategi 2: Join sekarang dan PERCUMA sistem autodownline

Zaman sekarang ni, orang suka sesuatu yang bersifat automatik. Kalau boleh nak dapat duit secara automatik dan nak bina rangkaian pun secara automatik jugak. Tak salah dan ia pun tak mustahil untuk dilakukan. Semuanya boleh, asalkan anda tau nak guna laman web dan juga skrip apa.

 

Jika anda join Tone Excel menerusi link ini, anda juga layak dan berhak untuk menjadi pengguna kepada sistem autodownline seperti yang saya sedang bincangkan ini.

 

Mana satu lagi mudah? Join tanpa ada sistem autodownline ataupun join dengan sistem autodownline? Sebenarnya ini hanyalah satu pilihan semata-mata. Tanpa sistem autodownline anda boleh berjaya. Dengan sistem autodownline juga, In Shaa Allah anda juga boleh berjaya. Apa yang lebih penting sebenarnya adalah anda ada tindakan, dan bukan sekadar mengharap kepada keajaiban.

 

Memandangkan, orang ramai lagi cenderung untuk join apabila dia tau yang dia boleh dapat downline secara percuma dan secara automatik, maka dengan menawarkan sistem autodownline secara PERCUMA apabila prospek menyertai Tone Excel menerusi rangkaian anda, ini juga boleh dijadikan salah satu cara macam mana nak ajak orang untuk join Tone Excel.

 

Saya pernah tulis tentang sistem autodownline sebelum ini.

Baca: Team AutoDownline: Strategi bina rangkaian Tone Excel dengan lebih pantas

.

..

Baiklah, rasanya cukup la dulu dua kaedah ini. Saya dah aplikasikan kedua-dua kaedah ini untuk ajak orang join saya dalam bisnes Tone Excel, dan Alhamdulillah strategi ini memang ada hasil.

 

Kalau anda memang masih belum ada sebarang strategi, bolehlah cuba kedua-duanya, ataupun at least cubalah salah satu.

 

[monkeytools msnip=”http://memochimp.com/memo.php?u=870&p=1541″]

Exit mobile version