Blog Sabree Hussin

Cara mudah dan pantas buat duit di laman web Fiverr.com

Ada tak cara mudah dan pantas nak buat duit di internet? Jawapannya memang ADA. Tidak syak lagi.

 

… dan cara tersebut adalah menerusi laman web fiverr.com

 

Menerusi laman web ini, anda boleh menjual perkhidmatan dan kemahiran yang anda ada, kepada seluruh dunia dan pada masa yang sama anda akan dibayar upah minima 5 USD untuk setiap transaksi.

 

Saya katakan minima, sebabnya anda boleh kenakan caj yang lebih tinggi dari itu, bergantung kepada jenis servis yang anda mahu tawarkan disana. Jika servis tersebut memang agak complicated, dan memerlukan ketelitian yang tinggi, anda sebenarnya boleh tawarkan harga yang tinggi.

 

Apa? Anda tak pernah dengar tentang Fiverr sebelum ini? Apa kata anda ke laman web ini untuk download panduan buat duit dengan fiverr terlebih dahulu.

 

Soalan yang paling popular…

Kalau nak buat duit di fiverr, kena cari-cari orang ke?

.

..

Terpulang.

 

Sebenarnya, ia bergantung juga kepada apa servis yang anda tawarkan. Jika servis yang anda tawarkan memang terbukti HOT dan memang ada banyak permintaan di laman web fiverr, selalunya orang yang akan cari anda. Anda hanya perlu rileks, semak emel untuk lihat senarai tempahan yang masuk kemudian siapkan tempahan tu.

 

Apabila job yang anda perolehi dah berjaya disiapkan, tunggu sahajalah duit masuk ke akaun anda.

 

Dalam catatan kali ini, saya ingin kongsikan sekurang-kurangnya 7 cara mudah dan praktikal yang diamalkan oleh peniaga di fiverr untuk buat duit online.

 

Walaupun saya katakan ini adalah cara yang mudah nak buat duit di fiverr, namun pada asasnya ia juga memerlukan kemahiran yang khusus. Jika anda tak ada kemahiran ni, mungkin ia akan jadi sesuatu yang agak sukar untuk anda.

 

Maka, satu perkara yang anda kena clear terlebih dahulu. Benda ni mudah, tapi bukannya mudah untuk setiap orang. Kalau anda mempunyai kemahiran atau skil yang diperlukan, ia akan jadi mudah. Tapi kalau anda tak ada kemahiran tu, ia akan jadi susah.

.

..

1) Servis berkaitan Facebook dan pemasaran media sosial

Lazimnya, servis paling popular adalah servis berkaitan laman web Facebook.

 

Sama ada servis design timeline page, cover photo, mahupun servis tarik likes ke fanpage pelanggan.

Sampai bila servis seperti ini akan jadi servis yang HOT?

 

Saya pun tak tau.

 

Mungkin yang boleh saya katakan, selagi orang masih lagi bergantung pada laman web facebook untuk tujuan marketing, branding dan advertising, selagi itu servis ini akan jadi sangat popular dan dicari-cari.

 

Kalau melihatkan pada situasi semasa, laman web Facebook itu sendiri sangat kukuh. Selagi orang masih lagi guna facebook, maka saya kira selagi itulah servis seperti ini akan sentiasa dicari-cari.

 

Lagipun saban tahun, teknologi makin berkembang, dan dari segi design pun, orang akan selalu mencari-cari design yang lebih cantik dan lebih memukau berbanding sebelum ini. Lazimnya, orang tak akan gunakan design yang sama selama bertahun-tahun.

 

Sesetengah orang akan tukar design setiap sebulan atau mungkin setiap minggu bergantung kepada kesesuaian.

 

2) Servis design ebook ecover

Saya sendiri SELALU tempah design ebook ecover di fiverr.

 

Ini antara design yang pernah saya tempah.

 

Design bagi ebook Panduan Dominasi FB Group Version 3.0

dan juga 100 Rahsia Psikologi Pelanggan

Kedua-dua design ini saya tempah dari orang yang sama.

 

Ini yang bagusnya jika anda menawarkan servis design yang berkualiti. Lazimnya, orang yang sama pasti akan tempah lagi servis yang sama dari anda.

 

Contoh terdekatnya ialah diri saya sendiri. Disebabkan saya dah terbiasa, dah selesa berurusan dengan designer yang sama, maka apabila saya ada projek ebook lain, saya akan terus cari dia.

 

Klien yang sama, biasanya akan berikan job berulang-ulang kali, sekiranya dia puas hati dengan servis yang anda tawarkan. Sebab tu kena buat cantik-cantik dan bersungguh-sungguh.

 

Sebenarnya ada banyak software yang boleh anda gunakan untuk menghasilkan design ebook ecover yang profesional. Saya juga ada beberapa software dan action script yang saya boleh gunakan untuk kerja-kerja design ebook ecover. Walaubagaimanapun, saya lebih suka tempah dari orang lain sebab pada saya ia lebih menjimatkan masa.

 

Pada masa yang sama, mereka yang memang seorang designer ni lebih kreatif dan mampu menghasilkan design yang lebih memukau berbanding saya yang tak begitu mahir dengan kerja-kerja design.

 

3) Servis menulis produk review

Ini juga adalah servis yang mempunyai demand yang tinggi.

 

Sebagai peniaga online, servis seperti ini memang dicari-cari. Golongan peniaga memang memerlukan individu yang sudi untuk memberi review mengenai produk mahupun perkhidmatan yang mereka tawarkan.

 

Ini adalah kerana review ini akan dijadikan panduan dan rujukan oleh bakal pembeli sama ada ingin membuat tempahan dengan anda atau sebaliknya. Jika banyak review, bakal pembeli akan lebih selesa untuk berurusan dengan anda.

 

Saya juga begitu.

 

Sebelum nak beli apa-apa barangan yang saya sendiri tak berapa pasti berkaitan dengan kualiti barangan tersebut, saya akan cari terlebih dahulu sebarang review dari pengguna sebelum ini.

 

Kalau review tersebut boleh dipercayai dan menyakinkan, barulah saya akan beli barang tersebut. Jika sebaliknya, maka saya akan cari penjual lain, atau pun mungkin saya tak akan beli terus produk tu.

 

4) Servis hasilkan video

Video juga digunakan dengan sangat meluas untuk tujuan pemasaran.

 

Potensi video juga sangat bagus untuk menarik trafik berkualiti dari laman web seperti Youtube ke laman web anda, sama ada laman web jualan, FB Fanpage dan sebagainya.

 

Walaubagaimanapun, bukan semua orang ada kepakaran untuk hasilkan video. Jadi, opsyen paling mudah ialah untuk tempah video dari laman web fiverr dengan kos yang murah.

 

Video untuk tujuan pemasaran ini juga boleh dihasilkan dengan menggunakan software khas.

 

Malahan, jika anda sudah mahir, untuk hasilkan sebuah video yang profesional, ia mengambil masa tak sampai setengah jam pun.

 

5) Servis setup blog wordpress dan blogger

Sebenarnya ada terlalu ramai diluar sana yang memang berminat nak ada blog sendiri, tetapi mereka tak mahir dalam hal-hal teknikal.

 

Inilah peluang anda.

 

Walaubagaimanapun, saya cadangkan anda turut tambah nilai seperti

1. Tawarkan servis setting SEO

2. Install premium plugin

3. Install premium theme

 

Manakala untuk blog percuma dari blogger pula, anda boleh juga tawarkan servis pembinaan laman blog berkonsepkan minisite.

 

Mudah sahaja, untuk bina laman web seperti ini anda hanya perlukan perisian blogspot2minisite atau ringkasnya BS2MS.

 

6) Servis penulisan artikel

Artikel adalah salah satu cara bagaimana internet marketer mendapatkan trafik dan bakal pembeli bagi produk yang dipasarkan.

 

Untuk menghasilkan satu artikel, adakalanya ia memakan masa yang amat lama. Boleh jadi, untuk menghasilkan artikel sepanjang 1000 patah perkataan, ia boleh mengambil masa paling minima 1 jam.

 

Ianya boleh jadi sesuatu yang counter productive untuk sesetengah marketer yang kurang mahir menulis artikel pemasaran.

 

Sebab itu untuk sesetengah orang, lebih baik upah orang daripada tulis artikel sendiri.

 

Pemasaran menggunakan artikel adalah kaedah pemasaran long term. Hari ini tulis artikel, tak bermakna pada hari yang sama juga anda akan dapat pelanggan. Ia mungkin akan ambil masa yang agak lama.

 

7) Servis siapkan research paper, term paper untuk student universiti atau kolej

Servis macam ni pun ada ke?

 

Ya.

 

Memang ada. Ini buktinya.

 

Anda tak ada masa nak mengarang esei? Tak ada masalah. Pada bila-bila masa, anda boleh upah sahaja orang di fiverr untuk tuliskan untuk anda.

 

Kali pertama saya terjumpa servis macam ni, saya pun rasa agak kelakar. Tapi sebenarnya, asalkan sesuatu perkara atau perkhidmatan tu memang ada demand, maka tak salah untuk kita tawarkan khidmat tersebut.

 

Saya rasa, kalau bayarannya tepat, servis tulis tesis pun ada orang sanggup buat.

.

..

7 cara yang saya kongsikan ini sebenarnya hanya sebahagian sahaja cara yang anda boleh lakukan untuk buat duit di fiverr.

 

Sebenarnya ada banyak lagi cara.

 

Jika anda ada kesempatan, saya syorkan anda study laman web fiverr tu sendiri dan lihat sendiri servis-servis yang ditawarkan disana.

 

Anda mungkin akan temui servis yang pelik-pelik yang anda sendiri pun tak percaya, ada yang tawarkan servis macam ni.

 

Apa pun, jika anda memang serius nak buat duit di fiverr dan anda memerlukan panduan yang spesifik yang anda boleh rujuk, maka saya cadangkan anda muat turun panduan buat duit di fiverr disini.

 

 

 

 

Exit mobile version