Blog Sabree Hussin

5 Masalah berkaitan pemasaran online yang boleh diselesaikan dengan bantuan Fiverr.com

Semua orang ada masalah. Apa yang membezakan setiap orang yang berhadapan dengan masalah ialah cara bagaimana dia selesaikan masalah tu. Adakah anda lebih suka selesaikan sendiri masalah tersebut, atau adakah anda lebih kepada jenis yang akan upah orang lain untuk selesaikan masalah anda?

 

Sepanjang saya bergiat dalam pemasaran online, ada banyak masalah yang saya hadapi. Setengahnya, saya akan selesaikan sendiri. Mana yang saya tak tau apa penyelesaiannya, saya akan buat research sendiri dan seterusnya bermulalah proses self learning. Ya cara ini sangat memakan masa, dan atas sebab itulah ada ketikanya saya akan mendapatkan perkhidmatan daripada laman web Fiverr.

 

1. Masalah untuk hasilkan design ecover yang menarik

Untuk edarkan produk digital, anda perlukan ecover. Ecover inilah perkara pertama yang orang akan lihat sebelum mereka buat keputusan sama ada mereka berminat atau tidak dengan produk digital yang anda ingin edarkan. Apabila design ecover anda menarik, barulah orang akan terpikat untuk memuat turun produk digital tersebut. Ini contohnya

Kalau kena bayar sekalipun orang akan masih rasa ianya berbaloi.

 

Sebelum ni, kalau saya perlukan ecover macam ni saya akan buat sendiri. Walaupun hasilnya agak buruk. Saya juga ada pengalaman membeli macam-macam jenis software yang boleh hasilkan design ecover yang menarik. Dari yang semudah klik hinggalah yang memerlukan saya mempunyai perisian adobe photoshop.

Kadang-kadang tu, saya habiskan sampai 4 – 5 jam cuma untuk hasilkan satu design ecover, walhal saya patut sedar yang saya sememangnya tak ada bakat kearah tu. Dah la banyak luangkan masa, lepas tu hasilnya pulak langsung tak memuaskan hati. Maknanya, kena terima lah yang diri tu memang tak ada bakat sangat dalam kerja-kerja design.

Walaupun sekarang ni, saya ada beberapa software yang boleh saya gunakan untuk design ecover, sekarang saya lebih selesa tempah sahaja di fiverr. Selesai masalah, dan hasilnya juga lebih baik dan lebih cantik berbanding kalau saya buat design ecover sendiri.

 

2. Masalah menghasilkan design FB Timeline yang memikat

Untuk sesetengah orang, FB Timeline ni tak berapa penting untuk dia.

 

Tetapi, kalau anda adalah jenis yang bergantung sepenuhnya pada FB untuk mendapatkan pelanggan, sudah tentu anda akan lebih memandang serius untuk mencantikkan lagi design timeline anda. Ya memang ada software yang boleh buat design ni dalam masa yang sekejap. Tetapi macam biasalah, jika anda tidak ada kemahiran yang baik, saya percaya anda akan pening kepala untuk hasilkan design yang memukau.

 

Outsource sahaja kerja-kerja design yang tak mendatangkan duit ni. Sebabnya, anda ada kerja lain lagi yang lebih penting, iaitu untuk membuat pemasaran dan mendapatkan jualan. Fokus pada kerja-kerja yang boleh menghasilkan duit.

 

3. Masalah menulis artikel

Penggunaan artikel adalah salah satu strategi pemasaran yang sangat berkesan untuk menghasilkan jualan di internet. Sama macam yang saya sedang buat sekarang ni. Walaupun saya tidak mempromosikan apa-apa produk secara spesifik, namun dengan menulis artikel, saya dapat berkongsi idea dan pada masa yang sama, bakal pelanggan akan lebih mengenali saya dengan lebih dekat. Itulah satu bentuk komunikasi yang tak sepatutnya anda abaikan jika nak pergi lebih jauh dalam bidang pemasaran online ni.

Kalau artikel dalam Bahasa Melayu, mungkin tak ada masalah sangat. Cuma kalau nak melangkah ke pasaran antarabangsa, dengan berbekalkan artikel dalam bahasa Melayu semata-mata mungkin tak cukup. Boleh dapatkan servis penulisan artikel macam yang ditawarkan seperti kat atas ni.

 

4. Masalah untuk melakukan promosi dan pembinaan backlink

Ya masa selalu akan mencemburui kita. Kita tak akan ada masa nak buat semua benda dalam satu-satu masa.

Maka atas sebab tu, perlu juga sesekali kita dapatkan servis dari fiverr untuk bantu mempromosikan laman web jualan kita dan juga untuk bina backlink bagi memudahkan laman web kita dikenali dan tersenarai di kedudukan yang bagus di search engine seperti google.

 

Buat masa ni saya masih belum pernah ambil sebarang servis pembinaan backlink seperti ini dari fiverr. Saya lebih selesa buat sendiri proses pembinaan backlink ni daripada upah orang. Kalau buat sendiri, kita boleh kawal, backlink tu datang dari sumber mana.

 

5. Masalah terputus income dari perniagaan online 

Benda ni adakalanya boleh berlaku pada anda. Memang anda tak mau dan tak merancang untuk benda ni terjadi. Tapi percayalah, ianya bukan sesuatu yang mustahil.

Fiverr ni, selain daripada platform untuk dapatkan servis daripada freelancer, ia juga bagus untuk anda jadikan platform untuk buat duit. Kalau sebelum ni, anda hanya fokus untuk dapatkan servis di fiverr, apa kata kali ini anda tukar kepada anda pula yang jadi penyedia servis.

 

Anda mungkin mempunyai sesuatu kemahiran yang boleh dikomersialkan. Cubalah jual kemahiran anda tu di Fiverr. Ini caranya.

 

Fiverr ni, kalau anda benar-benar faham dari segi konsepnya, anda sebenarnya boleh buat duit sebagai seorang pembeli, dan anda juga boleh buat duit sebagai seorang penjual servis. Kat Malaysia, ada beberapa laman web yang menjadi alternatif kepada Fiverr. Dari segi pengoperasian, ia juga tak jauh bezanya dengan Fiverr. Tetapi, jika anda fokus untuk mendapatkan jualan di Fiverr, anda mungkin berpeluang untuk nikmati upah yang lebih lumayan, kerana anda akan dibayar dalam matawang USD.

 

Exit mobile version