Mencari homestay di Kuala Terengganu tidaklah sesukar mana. Jika anda buat carian di internet, anda akan temui macam-macam pilihan.
Tetapi, jika anda tanya pada saya, kat mana nak dapatkan homestay yang selesa, dekat dengan kawasan bandar dan menawarkan harga yang jimat di Kuala Terengganu, saya boleh cadangkan anda untuk menginap di Homestay Fetih Ezzehra.
Update: Perkhidmatan homestay ini sudah tidak ditawarkan lagi kerana perubahan terhadap perniagaan yang dijalankan oleh syarikat. Harap maklum.
Homestay Fetih Ezzehra ini terletak di alamat
No.33 taman Teratai Off Jalan Sultan Omar, 20300 Kuala Terengganu
Koordinat GPS 5.3219 N, 103.1426 E
Memandangkan dah ada GPS koordinat disediakan, jadi senanglah untuk cari homestay ni. Anda pasti tak sesat dan tak perlu nak pusing-pusing sekeliling bandar Kuala Terengganu untuk cari arah. Ikut sahaja koordinat yang dah diberikan tu ya.
Untuk makluman para pembaca yang ingin mencari tempat penginapan di Kuala Terengganu, Homestay Fetih Ezzehra ini merupakan kediaman jenis rumah teres double storey.
Terdapat 3 buah bilik yang dilengkapi dengan penyaman udara bagi memberi keselesaan kepada tetamu yang ingin check in di homestay ini.
Ini adalah bilik pertama.
Dalam bilik ini ada disediakan katil jenis queen size, sebuah almari, meja untuk make up, dan penyaman udara. Dalam bilik utama ini juga ada disediakan bilik air yang dilengkapi dengan alat pemanas air.
Rasa-rasa kalau nak mandi pagi tu sejuk sangat, boleh guna pemanas air yang disediakan tu.
Dalam bilik utama ni juga, tuan rumah ada sediakan bahan bacaan untuk tetamu yang menginap. Jadi, sebelum tidur tu, kalau rasa susah nak lelapkan mata, bolehlah baca dulu beberapa helai muka surat. Maklumlah sesetengah orang ni, kalau baca buku memang cukup mudah rasa nak terlelap kan.
Pada saya pulak, homestay yang ada sediakan bahan bacaan, or maybe ada mini library memang awesome. Kadang-kadang bila duduk kat rumah tak buat apa-apa boring juga. Siaran dekat tv pulak, belum tentu ada yang menarik untuk kita tonton.
Jadi, bila ada buku-buku dan bahan bacaan macam ni, dapatlah isi masa terluang.
Ini pula adalah gambar dibilik nombor dua.
Seperti bilik utama, bilik kedua ini juga dilengkapi dengan pendingin udara. Bilik ini, disediakan katil jenis double decker. Saya agak mungkin sebab pemilik homestay ini nak pastikan ruang dalam bilik jadi lebih luas.
Bilik kedua ini juga turut disediakan almari pakaian, meja untuk make up, dan cermin.
Gambar diatas ini pula adalah gambar dibilik nombor 3.
Dalam satu-satu masa, homestay ini boleh memuatkan 8 orang pengunjung. Tetapi kalau anda bawa lebih ramai orang bersama anda, boleh juga kalau nak sumbat sampai 15 orang sekali.
Seperti yang para pembaca semua dapat lihat, dalam setiap bilik memang ada banyak lagi ruang-ruang kosong. Jika anda datang dalam bilangan yang agak ramai, boleh hampar toto atas lantai dan tidur sahaja atas lantai.
Kat ruang tamu pun boleh tidur juga. Nampak kan? Ada sofa bed disediakan di situ.
Bagi pengunjung yang ada merancang untuk masak, anda juga boleh berbuat demikian di homestay ini. Kemudahan-kemudahan asas untuk menyediakan makanan seperti rice cooker, induction cooker, kelengkapan pinggan mangkuk, periuk dan sebagainya turut disediakan.
Dibawah ni pula adalah ruang untuk makan.
Selain kemudahan-kemudahan asas yang biasa terdapat di mana-mana homestay, sama ada dikawasan sekitar Kuala Terengganu, ataupun di mana-mana lokasi seluruh Malaysia, Homestay Fetih Ezzehra ini turut menyediakan beberapa servis tambahan yang patut saya highlight disini.
(1) Khidmat pengangkutan (transport) dan sewa kenderaan
Jika anda tidak merancang untuk memandu sendiri untuk ke Kuala Terengganu, anda sebenarnya boleh dapatkan kereta sewa dari pemilik homestay ini. Mungkin anda akan datang dengan bas atau mungkin dengan menaiki kapal terbang.
Bagi memudahkan pergerakkan anda sepanjang berada di Kuala Terengganu, bolehlah sewa kenderaan.
Buat masa ini, anda boleh sewa kereta jenis Viva, Axia, Myvi, Saga, Iriz, Alza dan juga Exora. Kadar sewa adalah seperti dibawah
Viva
12 jam RM80
24 jam RM100
48 jam RM180Axia
12 jam RM80
24 jam RM100
48 jam RM200Myvi 1.3
12 jam RM100
24 jam RM130
48 jam RM260Proton Saga 1.3
12 jam RM100
24 jam RM130
48 jam RM260Proton Iriz
12 jam RM100
24 jam RM130
48 jam RM260Myvi 1.5
12 jam RM130
24 jam RM150
48 jam RM300Alza
12 jam RM150
24 jam RM200
48 jam RM400Exora
12 jam RM170
24 jam RM250
48 jam RM450Caj hantar RM10
Caj ambil balik RM10
di mana-mana lokasi dalam bandar Kuala Terengganu
Atau mungkin anda perlukan kenderaan yang lebih besar, seperti sebuah van misalnya?
Kadar sewa van adalah seperti berikut
24 jam RM300 (Pandu sendiri)
12 jam RM500 (beserta dengan pemandu)
Kalau anda tak biasa dengan kawasan sekitar Kuala Terengganu, dan inginkan khidmat pemandu yang lebih mahir dengan selok belok jalan di Kuala Terengganu, bolehlah dapatkan pakej yang disertakan pemandu.
(2) Khidmat urutan SPA tradisional ala Bali untuk wanita sahaja
Saya rasa, ini mungkin satu-satunya homestay di Kuala Terengganu yang menyediakan khidmat urutan tradisional kepada pengunjungnya.
Selepas seharian penat berjalan-jalan di sekitar bandar Kuala Terengganu, atau pusing-pusing di sekitar pasar payang, malam tu bolehlah dapatkan khidmat urutan ini. Perkhidmatan ini untuk wanita sahaja ya.
Nak tahu berapa caj untuk perkhidmatan ni?
Update: Perkhidmatan homestay ini sudah tidak ditawarkan lagi kerana perubahan terhadap perniagaan yang dijalankan oleh syarikat. Harap maklum.
(3) Bilik mesyuarat
Berita baik buat para pengunjung yang ingin ke Kuala Terengganu atas urusan kerja. Anda juga boleh menyewa bilik mesyuarat sepanjang masa anda menginap di homestay ini.
Kalau ada yang nak buat family day, kemudian nak bincang-bincang hal keluarga, tak kiralah sama ada hal-hal berkenaan pembahagian harta, nak rancang aktiviti, atau sebagainya dan anda inginkan suasana perbincangan yang agak formal, bolehlah sewa bilik mensyuarat ni.
Kadar sewa yang dikenakan juga tidaklah begitu mahal. Hanya RM20 sahaja untuk 1 jam yang pertama. Manakala untuk jam berikutnya, hanya RM8 untuk setiap jam penggunaan.
(4) Percuma WIFI
Ini satu lagi kemudahan yang bagus. Anda boleh jimatkan penggunaan data sepanjang anda menginap di Homestay Fetih Ezzehra ini. Sebabnya pemilik rumah ini telahpun sediakan sambungan perkhidmatan WIFI untuk anda menginap disini.
Bagaimana nak berurusan dengan pemilik Homestay Fetih Ezzehra?
Sila ikuti FB Fanpage Homestay Fetih Ezzehra bagi mengetahui tawaran, promosi, untuk sebarang pertanyaan atau apa-apa urusan.
Kadar caj sewa untuk menginap di Homestay Fetih Ezzehra di Kuala Terengganu (harga PROMOSI)
Pada hari biasa >> RM100 sahaja
Pada hujung minggu >> RM130 sahaja
Sekarang ni, pihak pengurusan homestay ada tawarkan harga promosi. Anda hanya perlu bayar RM100 sahaja, walaupun menginap pada hujung minggu. Ya, tak perlu bayar RM130. Promosi ni untuk masa terhad sahaja tau.
(sila nyatakan yang anda adalah “pembaca blog sabreehussin.com” semasa berurusan dengan pihak pengurusan homestay ni ya)
Baiklah, jika anda ingin berkunjung ke Kuala Terengganu, tak kiralah sama ada atas urusan
- Majlis kenduri kahwin rumah saudara di Kuala Terengganu
- Ada urusan perniagaan atau urusan kerja
- Ingin menghantar anak untuk belajar ke MSU College Terengganu – Kuala Terengganu
- Bercuti di tempat-tempat menarik sekitar Kuala Terengganu
- Family day
Atau atas apa sahaja tujuan, bolehlah nanti menginap di homestay ini. Jimat pun jimat dan yang penting, selesa.
Jadi, jika anda mencari homestay di Kuala Terengganu, bolehlah consider untuk menginap disini.
Sepanjang anda menginap disini nanti, bolehlah singgah ke tempat-tempat menarik yang ada disekitar Kuala Terengganu, seperti
- Pantai Batu Buruk
- Pantai Teluk Ketapang
- Pasar Payang
- Masjid Tengku Tengah Zaharah
- Dataran Waterfront
- … dan banyak lagi.
Jom kita ke Kuala Terengganu!
Update: Perkhidmatan homestay ini sudah tidak ditawarkan lagi kerana perubahan terhadap perniagaan yang dijalankan oleh syarikat. Harap maklum.
nikkhazami says
bagus la kalau semua kemudahan disediakan
mrhanafi says
saya perhatikan memang menarik la fasiliti yang disediakan..
berbaloi la untuk ditempah
sabree hussin says
Mrhanafi kalau cari homestay di Kuala Terengganu untuk bawa keluarga bercuti satu hari nanti, boleh tempah disini 🙂
mrhanafi says
in shaa Allah..boleh juga tu.
moga saya dimurahkan rezeki
anuar says
Kalau bercuti ke Kuala Terengganu bolehlah menginap dkt homestay ni..
sabree hussin says
Silalah menginap disini. Lokasinya juga strategik 🙂
Dedaun Comel says
Wah banyak kelengkapan dan kemudahan. Mesti selesa dan seronok siapa2 yang nak bercuti di Kuala Terengganu ni kan
Terbaik
sabree hussin says
Bila tuan rumah boleh provide macam-macam servis, senang nak berurusan. Tak perlu nak deal dengan terlalu ramai orang dalam satu masa.
ahmadyani says
Lebih bagus berbanding hotel. Murah juga…
sabree hussin says
Nak jimatkan kos penginapan sebab nak luangkan lebih banyak masa dengan aktiviti luar, bolehlah sewa sini tuan Ahmad Yani
Elih Japahar says
Nampak selesa dan bersih…murah jugak!
sabree hussin says
Antara homestay yang termurah yang boleh dapat di Kuala Terengganu ni.
Noriza Rahman says
InsyaAllah ada perancangan nak ke kuala terengganu jiga, mungkin boleh try homestay ni
sabree hussin says
Silakan hubungi pemilik homestay ni ya pn Noriza 🙂
raihanah says
selesa nampaknya, siap ada meeting room
sabree hussin says
Senang kan bila boleh sewa meeting room sekali? Kalau nak buat perbincangan boleh sewa 🙂
rujukan says
member aku ada rumah homestay, saja test market. rupa rupanya berjaya, setiap bulan maintain dapat RM1000 dan ke atas, senyum jer dia, dah la bayaran bulanan rumah tu kat bank cuma RM200 ja, hehhehe
sabree hussin says
Cantik dah tu. Dapat bayar bulanan, and ada banyak lagi lebihan. kalau macam tu bolehlah bukak lagi satu homestay 🙂
saya gja says
Murahnya.
Nampak selesa.
Boleh try lepas ni.
sabree hussin says
Memang antara yang murah ni. Boleh stay lebih lama kalau kos sewa tak terlalu mahal macam homestay ni 🙂
reezluv says
siap ada bilik mesorat lagi tu, best gile
sabree hussin says
Yup. Pemilik homestay kat Kuala Terengganu ni memang nak pastikan pengunjung yang datang atas urusan kerja senang nak buat meeting 🙂
azimah mohd zainuddin says
Siap ada perkhidmatan urut lagi. Memang 1st time dengan pakej homestay bersekali dengan berurut jika perlu.
sabree hussin says
Puan Azimah jemput la bawa keluarga menginap di homestay ni kalau berkunjung ke Kuala Terengganu 🙂
izwan says
dekat kampung saya ni… kalau pergi homestay ni. dekat dah dengan Warung Pok Man. Tanya tuan punya homestay mesti dia tahu. tempat best nak makan pagi tu. macam2 ada.
sabree hussin says
Warung Pok Man ye… In Shaa Allah, saya try cari tempat tu untuk breakfast nanti.
Naziman Azlye says
Waaa. Sangat murah. Baru-baru ni saya ambil homestay RM80. Ada 1 bilik saja, dan ruang tamu kecil. Kecil sangat.
sabree hussin says
Kat area mana tu? Kuala Terengganu jugak ke
saps says
wah… terbaik.. bgini yang kita nak.. bersih selesa dan murah… kenderaan pn tersedia.. terbaik…
duns says
terbaik… bilik disediakan bahan bacaan … jarang-jarang ada ni