Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

10 Rahsia Pelaris Bisnes Homestay – Panduan menjalankan perniagaan homestay yang disukai pengunjung

February 28, 2018 by sabree hussin 10 Comments

Adakah terdapat rahsia tertentu, yang hanya diketahui oleh orang tertentu, tentang bagaimana untuk menjalankan perniagaan homestay yang mempunyai ramai pelanggan? 

 

Atau adakah sebenarnya, ianya bukanlah satu rahsia, sebaliknya kita je yang tak tahu. Itupun sebab kurang membaca.

 

Sudahlah kurang membaca, lepas tu, tak nak bercampur dengan usahawan lain, yang turut menjalankan bisnes homestay. Maka sampai bila-bilalah rahsia berjaya dalam bisnes homestay ni akan terus menjadi satu rahsia.

rahsia-kejayaan-bisnes-homestay

Saya sebenarnya baru sahaja muat turun dan baca ebook berjudul 10 Rahsia Pelaris Homestay dari laman web ini. Ilmu pelaris, dikumpul dan dimuatkan dalam satu ebook yang mengandungi 13 muka surat.

 

Cuma 13 muka surat. Saya rasa dalam masa kurang dari 10 minit, anda juga boleh selesai baca ebook ini. Seterusnya, terpulang kepada anda, sama ada anda ingin ikuti apa yang diajarkan dalam ebook ini atau tidak.

 

Sekiranya anda tertanya-tanya, berapa harga ebook ini… Jawapannya ialah…

PERCUMA sahaja. Sila muat turun segera secara percuma sahaja dari laman web ini. Walaubagaimanapun, ebook ini mungkin akan dihentikan sebarannya setelah cukup jumlah pembaca yang disasarkan.

 

Jadi, kalau anda serius minat nak mengetahui rahsia bagaimana menjalankan perniagaan homestay yang betul-betul laris dan digemari pengunjung, maka silalah baca ebook ini.

 

Penulis ebook ini adalah saudara Faridil Atras. Beliau merupakan seorang pemilik dan pengusaha bisnes homestay. Jadi, apa yang dia sampaikan dan kongsikan dalam ebook ini, memang anda boleh ikuti nasihatnya.

 

Kalau saya yang bagi nasihat, mungkin anda akan buat endah tak endah. Iyala… siapalah saya. Saya ni bukan seorang pemilik bisnes homestay pun. Saya hanyalah seorang penulis blog yang suka check in di homestay yang berbeza.

 

Kisah kejayaan saudara Faridil Atras ini juga pernah disiarkan dalam akhbar Sinar. Berikut adalah laporan berita yang pernah disiarkan dalam akhbar Sinar.

rahsia-kejayaan-bisnes-homestay

Dalam ebook ini, terkandung 10 rahsia yang dikongsikan secara keseluruhan. Apa yang buat saya tertarik dengan perkongsian ini ialah, penulis bercerita bukan sekadar dari sudut pandang seorang pengusaha bisnes homestay semata-mata.

 

Sebaliknya, hampir kesemua 10 rahsia ini, adalah sama seperti yang saya fikirkan apabila ingin buat keputusan sama ada nak buat tempahan di homestay tertentu ataupun tidak.

 

Saya tidak akan dedahkan kesemua 10 rahsia tersebut, sebabnya saya nak anda baca dan muat turun sendiri dari laman web penulis ebook ini. Tetapi, alang-alang anda dah baca perkongsian saya ini, saya akan ceritakan dua daripada 10 rahsia yang terkandung dalam ebook ini.

 

Lihat pada screenshot ebook dibawah ini.

promosikan-bisnes-homestay-anda

Pelaris keempat ini, adalah penggunaan gambar yang memukau. Cuba perhatikan kedua-dua gambar diatas. Ianya sebenarnya adalah gambar yang sama.

 

Cuma yang membezakannya ialah, satu diambil menggunakan kamera smartphone, manakala yang satu lagi diambil oleh jurugambar profesional. Pada pendapat anda, gambar yang mana satu yang lebih cantik?

 

Saya rasa gambar yang dibawah lebih cantik.

 

Aspek penggunaan gambar, masih lagi diambil mudah oleh sesetengah pemilik perniagaan homestay. Pengunjung, ataupun bakal pengunjung, hanya bergantung 100% pada gambar yang anda bekalkan.

 

Kalau cantik gambarnya, maka cantiklah hasilnya. Saya sendiri tidak akan teragak-agak untuk buat tempahan homestay, apabila melihat gambar-gambar yang memukau seperti ini.

 

Tetapi bila tengok gambar-gambar yang kusam, nampak gelap dengan cara hiasan dalam yang kurang menarik, biasanya saya tidak akan segera buat tempahan. Saya akan cuba cari homestay lain dulu yang kelihatan lebih menawan.

 

Kadang-kadang, saya akan tulis review tentang homestay tempat saya pernah menginap, untuk memudahkan para pembaca blog saya buat keputusan apabila pergi bercuti ke sesuatu tempat. Seboleh-bolehnya, saya akan pilih homestay yang cantik, bukan sahaja dari segi gambar, malahan dari segi susun atur dan hiasan dalamannya.

 

Barulah seronok kalau saya nak recommend tempat tu kepada pembaca saya nanti. Sebaliknya, kalau homestay tu hanya biasa-biasa, saya nak cerita lebih-lebih pun rasa berat hati.

 

Kita lihat pula rahsia atau pelaris seterusnya.

cara-iklankan-bisnes-homestay

Pelaris keenam adalah mengenai cara meningkatkan kredibiliti anda dalam mengurus dan menjalankan perniagaan homestay anda.

 

Sekiranya anda turut menyenaraikan homestay anda di laman web seperti tripadvisor ataupun laman web Airbnb, mereka mempunyai sistem yang boleh memberikan anda kredibiliti atas usaha anda menjalankan perniagaan homestay dengan kaedah yang paling baik.

 

Jika anda menggunakan laman web airbnb, gelaran SuperHost adalah gelaran paling tinggi yang boleh anda perolehi sebagai bukti yang anda benar-benar adalah seorang pengusaha bisnes homestay yang cekap.

 

Kadang-kadang, bila saya cuba cari senarai homestay di Cameron Highland misalnya, saya akan lihat dulu senarai pemilik homestay yang telah mendapat gelaran SuperHost berbanding yang masih belum ada sebarang reputasi.

homestay-di-cameron-highland

Pemilik homestay yang ada gelaran superhost, biasanya mengenakan kadar sewa yang agak tinggi, namun ianya berbaloi sebab kita tahu, pengalaman menginap di homestay tersebut pasti lebih baik berbanding menginap di homestay yang tiada gelaran.

 

Apa pun, setiap yang dapat anugerah superhost, mereka juga bermula dengan tiada sebarang gelaran dan anugerah. Namun yang menjadi persoalannya, bagaimana dari tiada sebarang anugerah boleh dapat anugerah dan seterusnya boleh dapat banyak tempahan dari pelanggan?

 

Ebook 10 Rahsia Pelaris Homestay ini menerangkan secara asas sahaja.

 

Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi, mungkin anda minat nak baca rujukan tambahan yang turut dihasilkan oleh penulis ebook yang sama, berjudul Jutawan Homestay.

Selamat membaca dan mana yang baik semoga boleh dijadikan ikutan. Saya doakan semoga selepas ini perniagaan homestay anda akan jadi makin bertambak sukses.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Homestay Fetih Ezzehra – Homestay di Kuala Terengganu yang menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk keselesaan pengunjung
  2. Panduan menjalankan Bisnes Bakeri yang boleh beroperasi hanya dari rumah
  3. Kenapa pengunjung memilih untuk menginap di homestay berbanding hotel?
  4. Panduan LENGKAP Strategi Menjalankan Bisnes Printing Tanpa Modal

Filed Under: Buku & Bahan Bacaan Tagged With: cara buat bisnes homestay, cara dapatkan ramai pelanggan homestay, cara mempromosikan bisnes homestay, cara mengiklankan bisnes homestay

Comments

  1. Lokman Hakim says

    March 1, 2018 at 1:27 am

    Nice sharing info Tuan…bnyak manfaat yang saya dapat

    Reply
    • sabree hussin says

      March 1, 2018 at 10:31 am

      Alhamdulillah…

      Reply
  2. Madam B says

    March 1, 2018 at 8:06 am

    Tak sangka bisnes Homestay pun boleh ada gelaran superhost. Kena tahu lebih lanjut ni tentang Airbnb. Kepada pengusaha homestay di luar sana inilah chance anda untuk be the best among the best. Good info.

    Reply
    • sabree hussin says

      March 1, 2018 at 10:37 am

      Gelaran superhost tu untuk pengusaha yang memang sentiasa mendapat review yang bagus jika senaraikan homestay mereka di laman web Airbnb

      Reply
  3. NORIZA ABDUL RAHMAN says

    March 1, 2018 at 8:15 am

    Siapa yang ada homestay patut grab ebook ni, mana tahu boleh jadi jutawan homestay pula

    Reply
    • sabree hussin says

      March 1, 2018 at 10:39 am

      Bisnes ni memang ada potensi untuk buat banyak duit 🙂

      Reply
  4. Anuar says

    March 1, 2018 at 11:50 am

    Alhamdulillah… Semoga ebook ini dapat dijadikan rujukan kepada pemilik homestay..

    Reply
  5. Thenewsia says

    March 3, 2018 at 4:45 pm

    Terbaik. Ini barulah pelaris yang halal, ye dak

    Reply
    • sabree hussin says

      March 7, 2018 at 11:18 am

      Halal hehe bukan pakai ilmu yang syirik

      Reply
  6. Saps says

    March 16, 2018 at 12:37 pm

    Guna homestay sebenarnya lagi best sbb banyak kemudahan yg disediakn di homestay x ada di disediakan di hotel

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kenapa pilih untuk buat bisnes homestay?
  • Tiket masuk ke Zoo Negara
  • Apa sebenarnya Punca & Faktor kemiskinan?
  • Apa perlu buat selepas join PG Mall Consumerchant
  • Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay

Recent Comments

  • zue on Lepas SPM tak nak sambung belajar?
  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in