Memulakan perniagaan homestay pada hari ini mungkin tidak semudah berbanding beberapa tahun dahulu. Pada hari ini cabarannya adalah berkali ganda lebih besar.
Ramai orang sudah mula sedar akan potensi keuntungan yang boleh diperolehi menerusi perniagaan jenis ini.
Ini sekaligus menyebabkan persaingan untuk mendapatkan tetamu semakin sengit.
Oleh itu, jika anda juga berhasrat untuk menjalankan perniagaan homestay, anda mungkin akan dapati mempunyai unit hartanah di lokasi yang strategik, dengan dilengkapi dengan perabot serba baru, sebenarnya masih belum cukup untuk menarik pelanggan untuk memilih homestay anda.
Jadi, apa yang patut anda lakukan?
Anda perlu menonjolkan keunikkan homestay milik anda, berbanding pesaing.
Salah satu cara untuk menonjolkan keunikkan bisnes homestay anda adalah dengan cara menghasilkan sebuah USP atau nama lainnya Unique Selling Proposition.
Posting kali ini, kita akan bincangkan mengenai istilah dan konsep USP dengan lebih lanjut dalam konteks bisnes homestay.
USP ni kalau dalam bahasa Melayu, apa maksud dia?
Dari pembacaan yang saya lakukan, istilah USP ini kalau dalam bahasa Melayu bermaksud Cadangan Unik Jualan.