Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris

April 25, 2023 by sabree hussin 6 Comments

Apabila merancang untuk menjalankan sebuah perniagaan homestay yang berjaya, terdapat beberapa barangan keperluan dan peralatan yang perlu anda sediakan di homestay anda.

 

Tujuannya adalah supaya dapat menambahkan keselesaan serta memberikan pengalaman penginapan yang terbaik buat para tetamu anda.

 

Barangan yang bakal kita senaraikan dalam posting ini adalah terdiri daripada kelengkapan asas hinggalah kelengkapan yang dapat memberikan memori indah yang berpanjangan buat para tetamu yang pernah menginap di kediaman anda. Manalah tahu, satu hari nanti mereka akan kembali menginap di homestay anda atau setidak-tidaknya, mereka akan mencadangkan homestay anda kepada kenalan mereka pula.

 

Perniagaan homestay ini adalah satu perniagaan yang cukup kompetitif. Ada banyak pengusaha lain yang turut menjalankan bisnes yang sama dan memberikan persaingan kepada usaha perniagaan anda.

 

Malahan, jika dilihat dengan lebih teliti pesaing anda bukanlah semata-mata pemilik bisnes homestay yang lain, malahan pesaing anda termasuk

1. Hotel & hotel bajet

2. Motel

3. Hostel

rumah untuk dijadikan homestay

Apabila kita mengambil kira, wujudnya banyak persaingan disekeliling kita, maka kita perlu ambil inisiatif untuk memahami bakal tetamu, apakah sebenarnya yang mereka fikirkan, sebelum mereka buat keputusan untuk buat sebarang tempahan tempat penginapan?

 

Bagaimana kalau sebagai pemilik bisnes homestay, anda diberikan superpower yang membolehkan anda baca apa yang ada dalam fikiran bakal tetamu, sebelum mereka buat keputusan untuk menempah mana-mana tempat penginapan!

 

Tidakkah anda melihat ini sebagai suatu kelebihan untuk diri anda?

 

Kalau kita boleh tahu apa yang ada dalam fikiran mereka, apa yang mereka perlukan, kemudian kita pastikan apa yang mereka perlu, semuanya ada di homestay milik kita, tidakkah ini akan meningkatkan kebarangkalian untuk mereka memilih kita berbanding pesaing?

 

Sebelum membuat tempahan, ada banyak perkara yang bermain dalam fikiran bakal tetamu. Tapi saya boleh katakan, lazimnya perkara yang menjadi kerisauan mereka adalah

[Read more…]

Filed Under: Bisnes Homestay Tagged With: bisnes homestay, cara cari penyewa homestay, iklan terbaik untuk homestay, iklankan homestay, kelengkapan untuk homestay

Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay

February 16, 2023 by sabree hussin Leave a Comment

Bagaimana cara untuk memastikan bisnes homestay yang dijalankan dilindungi dan terhindar daripada menerima review dan feedback negatif dari tetamu yang datang menginap?

 

Bercakap mengenai topik review dari tetamu ini, sebenarnya ada dua perkara yang kita perlu tahu.

servis-review-blog

Pertama, review positif dapat meningkatkan kredibiliti, kepercayaan dan keyakinan tetamu untuk memilih homestay anda bagi dijadikan tempat untuk menginap.

 

Sebaliknya, dengan wujudnya review negatif, walaupun hanya ada satu, ia dapat memberikan implikasi negatif kepada perniagaan yang anda jalankan, dan memberi gambaran bahawa homestay milik anda tak cukup bagus, setiap orang yang menginap akan alami pengalaman yang kurang baik, dan tetamu akan menyesal jika pilih homestay anda.

 

Berhadapan dengan situasi seperti ini, jelas menunjukkan bahawa ada sesuatu yang perlu dilakukan, jika tidak, ia akan memberi kesan jangka panjang yang buruk.

 

Berita baiknya ialah, jika anda masih belum pernah terpalit dengan sebarang review negatif, anda berupaya untuk mengekalkan keadaan tersebut, sekiranya anda mengambil beberapa langkah proaktif, seperti yang kita akan bincangkan dalam posting ini.

 

Justeru, jika anda merasakan topik bagaimana mengelakkan review negatif dalam perniagaan homestay yang dijalankan ini bersesuaian dengan situasi anda, apa kata anda teruskan membaca.

[Read more…]

Filed Under: Bisnes Homestay Tagged With: bisnes homestay, review negatif bisnes homestay, review negatif perniagaan homestay

Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay

August 5, 2019 by sabree hussin 3 Comments

Apa maksud ejen?

 

Merujuk kepada laman web Dewan Bahasa dan Pustaka, istilah ejen membawa maksud

(1) Orang dan lain-lain yang menjalankan perniagaan untuk orang lain; wakil dalam urusan jual beli atau dalam perdagangan; wakil penjual:

Contoh ayat: Pemuda itu ialah ejen sebuah syarikat kereta.

 

(2) Orang yang diupah untuk melakukan sesuatu untuk orang lain

Contoh ayat: Salah seorang ejen pertubuhan haram itu telah diberkas oleh pihak polis.

Sekarang kita dah faham, apa yang dimaksudkan dengan ejen atau wakil penjual.

 

Konteks perbincangan kali ini adalah mengenai peranan ejen dalam memasarkan perniagaan berbentuk homestay. Saya nak kongsikan beberapa maklumat yang saya perolehi hasil daripada temubual dengan pemilik bisnes homestay dan juga hasil pembacaan yang saya lakukan.

 

Dalam masa tak sampai lima minit, anda boleh belajar sesuatu yang baru tentang perkara ini. Jom teruskan baca.

[Read more…]

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: bisnes homestay, ejen homestay, ejen untuk bisnes homestay, perniagaan homestay

Sanggup ke bayar lebih Mahal untuk tempat penginapan?

July 11, 2019 by sabree hussin 1 Comment

Adakah anda sanggup bayar mahal untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti? 

 

Kalau boleh dapat tempat penginapan yang murah, kenapa perlu bayar mahal? Betul tak. Kalau tengok iklan dari Trivago, mesti perasan ayat kenapa perlu bayar lebih?

 

Tetapi, orang yang sanggup untuk bayar mahal-mahal ini, dia bukannya saja-saja nak buang duit. Sudah tentu ada sebab kenapa mereka sanggup berbelanja lebih, sedangkan mereka ada alternatif untuk bayar dengan harga yang lebih murah.

hotel-room-mewah

Saya sanggup bayar harga yang lebih mahal, asalkan perkhidmatan yang disediakan setara dengan kos yang perlu dibayar.

 

Bercerita tentang kos untuk tempat penginapan, sejak saya mula menggunakan laman web Airbnb untuk membuat tempahan, saya mula mempelajari banyak perkara baru tentang tabiat manusia ketika memilih tempat penginapan yang sesuai dengan diri mereka.

 

Salah satu perkara yang menarik perhatian saya adalah mengenai kesanggupan seseorang itu untuk mengeluarkan belanja yang lebih mahal, untuk menginap disesuatu tempat, sedangkan di lokasi yang sama atau berhampiran terdapat tempat penginapan lain yang lebih murah harganya.

 

Perbincangan ini lebih berfokus kepada tempat penginapan jenis homestay, atau guesthouse dan ia mungkin tak terpakai pada industri hotel.

 

Terdapat beberapa kriteria yang saya akan lihat sebelum bersetuju dengan harga yang dimahukan oleh pemilik homestay. Berikut ini adalah antara yang saya akan pertimbangkan.

 

Sekiranya kriteria ini ada pada homestay yang saya ingin tempah, saya tak teragak-agak untuk bayar dengan harga yang lebih tinggi berbanding pilihan lain yang terdapat dilokasi yang sama.

[Read more…]

Filed Under: Idea Bisnes Tagged With: bayar lebih untuk homestay, bisnes homestay, homestay murah atau mahal, homestay yang mahal

11 Perkara anda perlu sediakan untuk jana pendapatan lumayan dari bisnes homestay Airbnb

January 5, 2019 by sabree hussin Leave a Comment

Anda ingin hasilkan lebih banyak income menerusi bisnes homestay anda? Ya, semua orang yang menjalankan bisnes ini, turut mempunyai pemikiran yang sama.

 

Atas sebab itu, mereka akan menggunakan segala kemudahan dan platform yang tersedia untuk mendapatkan lagi ramai tetamu untuk datang menginap di homestay milik mereka. Salah satu kaedah yang saya sering sebutkan dalam blog ini adalah dengan menggunakan platform laman web tempahan Airbnb.

 

Proses untuk mengiklankan homestay anda melalui Airbnb sangatlah mudah. Anda bermula dengan daftar akaun secara percuma, kemudian anda hanya perlu lengkapkan maklumat yang diperlukan mengenai homestay anda.

cara-promosi-homestay

Jika perniagaan anda beroperasi dikawasan yang mempunyai banyak persaingan, anda perlu ada strategi tambahan yang lebih baik berbanding pemilik homestay lain, dan pada masa yang sama dapat memenangi hati bakal penyewa.

 

Bakal penyewa yang menggunakan khidmat Airbnb, tidak kenal siapa anda. Mereka akan buat keputusan berdasarkan beberapa perkara yang mereka boleh lihat daripada listing yang anda lakukan di website Airbnb. Lazimnya, mereka akan beri perhatian yang lebih terhadap komen dan review dari penyewa terdahulu, sebelum mereka buat keputusan sama ada nak menyewa ditempat anda, ataupun pergi menyewa di homestay milik pesaing anda.

[Read more…]

Filed Under: Idea Bisnes Tagged With: bisnes airbnb, bisnes homestay, buat duit dengan airbnb, tips airbnb

Homestay Selangor – Keunikan dan Pengalaman Pengusaha

May 17, 2018 by sabree hussin 1 Comment

Buku berjudul Homestay Selangor – Keunikan dan Pengalaman Pengusaha ini saya pinjam dari Perpustakaan Negara Malaysia.

homestay-selangor

Kalau nak beli buku ni, saya tak pasti dekat mana ada dijual. Oleh sebab saya tak ada maklumat tersebut, jadi saya tak dapat nak kongsikan dalam blog ni.

 

Tapi kalau anda ke Perpustakaan Negara, mungkin boleh dapatkan buku ini dan pinjam sahaja.

 

Buku berjudul Homestay Selangor – Keunikan dan Pengalaman Pengusaha ini ditulis oleh Norliza Aminudin dan Salamiah A. Jamal. Ia diterbitkan oleh Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM pada tahun 2006.

[Read more…]

Filed Under: Buku & Bahan Bacaan Tagged With: belajar bisnes homestay, bisnes homestay, cara buat bisnes homestay, pengalaman bisnes homestay, strategi bisnes homestay

Konsep Program Homestay sebenar yang selalu disalahertikan

April 27, 2018 by sabree hussin 4 Comments

Dalam Glosari Pelancongan terbitan DBP, homestay (inap desa) didefinisikan sebagai ‘Cara penginapan alternatif biasanya bersama-sama sebuah keluarga untuk tempoh tertentu’.

 

Homestay programme didefinisikan sebagai ‘Program pelancongan yang diatur supaya pelancong tinggal bersama keluarga tempatan’.

 

Walaubagaimanapun, dalam penggunaan bahasa seharian kita, apabila kita kata, kita nak menginap di homestay, lazimnya kita tak maksudkan yang kita nak menginap disebuah rumah bersama-sama dengan pemilik rumah tersebut.

pengusaha-bisnes-homestay-berjaya

 

Sebetulnya, kita nak sewa sebuah rumah, untuk jangka masa tertentu, mungkin 2 atau 3 malam, dan hanya kita dan tetamu kita sahaja yang akan tinggal dalam rumah tersebut. Konsep ini, lebih kepada konsep guest house ataupun rumah tamu.

 

Walaupun dari segi penggunaan, kita memang dah terbiasa dengan istilah homestay itu merujuk kepada guesthouse, namun saya berpendapat, apabila kita nak buat tempahan, lebih baik kita berhati-hati dan baca betul-betul description rumah penginapan yang bakal disewa tersebut.

ruang-depan-homestay-casa-indah-melaka

Anda mungkin akan dapati bahawa anda bakal tinggal satu bumbung dengan pemilik rumah tersebut. Anda hanya menyewa ruang bilik sahaja sebagai private space anda.

 

Pengalaman saya menginap di homestay Melaka di Bukit Katil, saya dan keluarga sewa seluruh rumah, dan bukannya tinggal bersama pemilik rumah tersebut.

[Read more…]

Filed Under: Idea Bisnes Tagged With: beza homestay dan guesthouse, bisnes homestay, cara promosi bisnes homestay, tips bisnes homestay

Kisah Bisnes Homestay, Google Marketing, Portal Iklan dan laman web booking

November 14, 2017 by sabree hussin 7 Comments

Antara menginap di Hotel dengan menginap di homestay, mana satu yang menjadi pilihan hati? Kebelakangan ini, saya dapati saya makin kerap menginap di homestay kalau nak dibandingkan dengan menginap di hotel.

 

Kedua-duanya ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Adakalanya, saya lebih suka menginap di homestay sebab saya boleh ajak lebih ramai ahli keluarga untuk ikut bersama saya pergi bercuti. Walaupun percutian tersebut mungkin sekadar di sekitar Pantai Morib.

Kebanyakkan homestay yang saya pernah check in sebelum ini, semuanya ada 3 buah bilik. Kalau saya ambik master bedroom, ada dua lagi bilik yang kosong. Ruang tamu pun boleh guna kalau nak jadikan tempat tidur.

 

Kalau ada yang sudi nak follow, memang saya boleh bawa sekurang-kurangnya lagi 6 orang untuk ikut bersama. Itulah dia kelebihan kalau menginap di homestay. Kalau hotel, for sure tak boleh buat macam ni. Memang tak berapa selesa.

 

Tahukah anda, bahawa anda boleh kumpul travel credit dan menginap secara PERCUMA di mana-mana homestay serata dunia?

Tahu tak pasal benda ni? Pernah dengar ke tentang laman web AirBNB? Bermula tahun ni, saya baru nak serius kumpul travel credit untuk ditukarkan dengan penginapan percuma apabila menempah homestay atau guest house menerusi laman web AirBNB.

 

Ini yang saya biasa dapat.

tips-travel-kredit-airbnb

Kalau anda mahu, anda juga boleh kumpul travel credit seperti ini. Boleh klik sini untuk dapatkan travel credit anda.

[Read more…]

Filed Under: Idea Bisnes Tagged With: bisnes homestay, cara cari penyewa homestay, iklan terbaik untuk homestay, iklankan homestay, kelengkapan untuk homestay

Tips bagaimana anda juga boleh BERJAYA buat duit dengan Bisnes Homestay

November 16, 2016 by sabree hussin 2 Comments

Bisnes Homestay merupakan satu cabang bisnes dalam bidang hartanah yang kian popular terutama di kawasan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancongan dan lokasi percutian. Namun di sebalik nama homestay ini, penduduk di Malaysia seakan sudah tersilap menggunakan istilah ini.

 

Konsep homestay yang sebenarnya adalah pengunjung akan menginap bersama dengan pemilik dalam sebuah rumah. Apa yang pemilik rumah lakukan, pengunjung akan turut serta melakukan pelbagai aktiviti bersama mereka.

 

Konsep homestay yang digunapakai di negara kita lebih berkonsepkan Guest House. Tetapi tidak mengapalah, mungkin sebab penggunaan nama homestay sudah dianggap sebati dengan jiwa rakyat Malaysia. Apa yang paling penting, bagaimana kita mahu menggandakan wang dengan rumah homestay.

tips-bisnes-homestay-berjaya

Dalam perkongsian kali ini, In Shaa Allah kita akan bincangkan tentang bagaimana orang biasa macam kita, dapat buat duit dan seterusnya boleh berjaya dalam bisnes homestay. Jadi, sekiranya ada dalam kalangan pembaca dan pelawat blog ini yang ada bercadang untuk menjalankan bisnes homestay, mungkin anda boleh luangkan sedikit masa untuk baca catatan ini.

 

Boleh jadi beberapa tips yang bakal saya ceritakan dalam ini akan dapat beri manfaat kepada anda. Ok tanpa membuang banyak masa, jom lihat apa dia tips yang saya nak kongsikan ini.

 

(1) Kenalpasti di mana kawasan untuk anda jalankan bisnes homestay

Bacalah buku tentang hartanah. Pergilah ke mana-mana seminar. Sertailah mana-mana bengkel berkaitan dengan pelaburan hartanah. Saya pasti, topik penting yang pasti anda akan temui adalah berkenaan dengan LOKASI.

[Read more…]

Filed Under: Advertorial Tagged With: bisnes homestay, bisnes homestay berjaya, cara mulakan bisnes homestay, panduan bisnes homestay, tip bisnes homestay

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Pengiklanan melalui Blog – Apa yang anda perlu tahu
  • Kenapa bisnes online kurang mendapat sambutan
  • Cara mudah untuk jadi lebih kaya
  • Cara membina Unique Selling Proposition untuk Bisnes Homestay
  • Cara mencipta keunikan bagi bisnes homestay anda berbanding pesaing di pasaran

Recent Comments

  • sabree hussin on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • nak cari mai putrajaya lahabau on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • sabree hussin on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • Fina on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • sabree hussin on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Pengurusan Perniagaan
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in