Bayangkan situasi ini.
Setelah berfikir panjang dan mempertimbangkan pelbagai pilihan yang ada, akhirnya anda memilih untuk menjalankan bisnes homestay.
Maka anda pun mula mempersiapkan unit kediaman anda dengan perabot dan segala kelengkapan yang diperlukan bagi menjalankan perniagaan homestay tersebut.
Pada fikiran anda, kalau hias rumah ini cantik-cantik, sediakan kelengkapan yang sepatutnya, kemudian pasang tanda iklan yang mengatakan bahawa bisnes homestay sudah bersedia untuk menerima tetamu, pasti selepas ini akan ada ramai pelanggan akan mula hubungi anda untuk datang menginap.
Tapi tunggu dulu.
Realitinya mungkin tak sebegitu.
Pernah tak terlintas di fikiran anda, kenapa diluar sana ada homestay yang nampak sungguh meriah, dan pelanggan datang tanpa putus, dan pada masa yang sama, ada juga homestay yang agak sunyi seperti rumah tinggal.
Apa yang membuatkan ada homestay yang sangat berjaya, dan ada pula homestay yang gagal?