UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Panduan LENGKAP Strategi Menjalankan Bisnes Printing Tanpa Modal

August 31, 2014 by sabree hussin 40 Comments

Adakah anda tahu yang sebenarnya bisnes printing boleh dijalankan oleh sesiapa sahaja, tak perlu pun keluar modal sendiri serta boleh dilakukan hanya dari rumah? Bunyi macam susah nak percaya, kan?

 

Sabar dulu. Topik inilah yang saya akan ulas satu persatu secara terperinci. Selepas anda habis ikuti perbincangan dalam posting, saya pasti lepas ini anda juga akan dapat beberapa idea dan mampu untuk mulakan bisnes printing anda sendiri walaupun pada ketika ini anda tidak mempunyai sebarang modal yang besar dalam tangan. Apa yang penting ialah anda berani dan ada ilmu yang betul.

 

Saya faham, agak ramai juga pembaca dan pelawat blog saya ini yang masih lagi tercari-cari cara, macam mana nak mulakan bisnes sendiri, sama ada yang tak perlu keluar duit sendiri sebagai modal atau tanpa perlu keluar modal langsung. Apa kata saya cadangkan anda mencuba bisnes printing.

bisnes printing dari rumah

gambar: www.1stopprinting.com.my

 

Sebenarnya, sebelum ini saya sendiri hampir-hampir memulakan perniagaan saya sendiri dalam bidang printing atau percetakan. Segala informasi, teknik, strategi, potential klien, kajian pasaran dan juga risiko telah pun saya kaji. Dari maklumat yang saya kumpul, saya nampak bisnes ada potensinya yang tersendiri. Untuk orang yang baru nak bermula, bisnes ini boleh dilakukan tanpa perlu siap sedia dengan modal yang besar.

 

Namun, atas sebab-sebab tertentu, saya terpaksa tangguhkan dulu hasrat saya nak buat bisnes ni. Takut tak terbuat, lagipun dalam pada masa yang sama, saya juga sedang uruskan bisnes-bisnes saya yang lain.

*

Apa yang anda perlu tahu mengenai bisnes percetakkan?

Ok, saya akan mulakan dengan situasi biasa masyarakat kita bila kita katakan nak buat bisnes printing.

 

Lazimnya, mereka akan fikirkan, untuk buat bisnes ni kita memerlukan modal yang sangat besar. Apa taknya, dalam kepala mereka, mereka membayangkan sekurang-kurangnya kita perlu sediakan item-item berikut sebelum boleh mula berniaga, iaitu

1. Premis perniagaan

Khusus untuk bakal pelanggan walk in dan buat tempahan. Kadar sewa adalah berbeza bergantung pada lokasi perniagaan yang dipilih.

 

2. Mesin dan peralatan

Betul juga. Kalau tak ada peralatan ni, macam mana nak buat kerja-kerja percetakkan?

 

3. Pekerja

Tak kan nak uruskan perniagaan seorang diri? Mestilah perlu ada pekerja. Penat wooo kalau buat kerja sendiri. Bila ada pekerja, maka pada masa sama kita kena fikirkan pula hal-hal seperti gaji dan juga kebajikan pekerja.

 

4. Technical know-how melibatkan hal-hal bisnes printing

Contohnya macam design, perihal material dan sebagainya. Saya ambil contoh kain untuk buat baju. Ada macam-macam jenis dan kualiti. Tau ke nak pilih kain yang macam mana? Yang tak panas? Yang tak serap peluh? Yang cepat kering? Mana satu yang paling ramai orang suka?

 

Jadi 4 poin ini antara perkara yang mungkin akan membantutkan hasrat anda untuk menceburkan diri dalam bidang percetakkan. Berita baiknya ialah, sekarang ni, kita ada kaedah baru. Dengan berkembangnya teknologi maklumat, bisnes printing ni kita boleh jalankan dengan strategi yang berbeza.

 

Nak tahu macam mana nak buat bisnes printing tanpa perlu keluar modal? Teruskan pembacaan.

**

Kajian potensi pendapatan daripada bisnes printing

Sebelum anda nak kata bisnes printing ni tak best, susah nak cari makan, atau susah nak berjaya, ada baiknya saya ceritakan dulu potensi pendapatan dalam bidang ini. Mula-mula dulu saya pun tak berapa jelas, macam mana caranya nak buat duit dengan bisnes ni?

 

Betul ke pasaran dia lumayan?

 

Hinggalah satu hari, saya didedahkan dengan 10 produk printing yang pasti HOT dan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. Dalam catatan ini, saya akan kongsikan 5 produk sahaja terlebih dahulu. Nak tahu apa 5 produk tersebut?

 

Ini dia senarai produk yang saya maksudkan. Anda bertuah sebab tak perlu nak baca dari pelbagai sumber dan nak buat research satu per satu, sebabnya kat sini saya terus kongsikan pada anda 5 jenis produk printing yang memang boleh buat duit.

 

5 Contoh produk printing yang boleh buat UNTUNG CEPAT

Pertama: Banner & Bunting

Banner memang lazimnya diperlukan untuk pelbagai acara-acara rasmi, program, keramaian dan sebagainya. Memang jarang orang buat program tapi tak ada banner. Dengan adanya banner, biasanya pihak yang menganjurkan sesuatu program dapat jimat banyak dan tak perlu lagi berbelanja untuk tujuan dekorasi. Cukup dengan pasang banner.

 

Selain untuk tujuan program, banner juga sesuai digunakan untuk mencantikkan lagi gerai jualan. Ia juga boleh digunakan bagi tujuan pengiklanan. Bisnes setempat banyak yang menggunakan banner untuk mengiklankan servis atau produk mereka.

 

Bunting pula biasanya digantungkan di tiang-tiang lampu jalan raya. Kadang-kadang tu, kita boleh nampak, dekat sepanjang jalan, ada sahaja bunting yang digantungkan disitu. Ada juga yang gunakan bunting untuk beritahu kat mana rumah penganting. Biasa nampak, kan?

 

Kedua: Business Card

Kalau dalam sesebuah syarikat, ada 100 orang staff, kebiasaanya syarikat tersebut akan memerlukan 100 jenis business card. Actually, orang perseorangan pun ramai yang perlukan bisnes kad.

 

Kebiasaannya, klien akan tempah dua box business card dalam satu-satu masa.

Harga kos bisnes kad ini adalah sekitar RM14 – RM40 sekotak (100 pieces) berbeza mengikut kualiti kertas.

Manakala harga jual pula ialah sekitar RM30 – RM80.

Ya. Produk ini boleh beri untung yang sangat lumayan hingga 2 atau 3 kali ganda harga kos.

 

Ketiga: T-shirt

Permintaan untuk produk T shirt ni SENTIASA ADA. Ya. Design yang digemari mungkin berubah-ubah dan bermusim. Namun, sepanjang masa orang tetap cari Tshirt.

bisnes-printing-tanpa-modal

Sekarang ni, T-shirt bukan sekadar berperanan sebagai pakaian semata-mata. Tetapi, ia juga sebagai satu alat pemasaran yang sangat bagus.

 

Agen insurans/takaful bila dia nak jual polisi, dia pakai t-shirt yang ada cop nama company dia. Dari segi pakaian je, orang dah boleh kenal siapa dia.

 

Orang berpesatuan, bila nak buat kerja, semua akan pakai T-shirt yang sama jenis dan design supaya orang kenal. Ni semua peluang baik untuk buat duit sebenarnya ni.

 

Bukan itu sahaja, bila dah dekat-dekat musim pilihanraya, T-shirt juga akan jadi satu alat kempen yang penting. Ada banyak permintaan untuk cetak T-Shirt yang ada logo parti tertentu.

 

Last but not least, T-shirt ini juga digunakan oleh sesetengah individu untuk menyampaikan mesej atau pesanan. Contohnya, “I Love My Husband”, “I Hate This Country”, “I Am Not FAT!! Check Your Eyes!” dan banyak lagi mesej-mesej menarik. Ayat-ayat seperti ini perlu ditempah atau custom made. Jika anda menjalankan bisnes percetakkan, besar kemungkinan anda akan dapat job ini.

 

Keempat: Flyers

Syarikat dan orang perseorangan membelanjakan dari ratusan hingga ribuan ringgit untuk tujuan mencetak flyers bagi mempromosikan bisnes mereka.

 

Kalau anda tinggal di kawasan rumah flat atau apartment, lihat di mail box anda. Pasti anda akan temui banyak flyers. Itu belum lagi kalau anda pergi ke tempat-tempat yang memang dikunjungi oleh ramai orang seperti pasar, masjid dan sebagainya. Ada sahaja individu yang akan edarkan flyers yang memperkenal dan mempromosikan perniagaan mereka.

 

Jadi, flyers ni memang produk HOT dan sentiasa ada permintaan.

 

Kelima: Kad Jemputan Kahwin

Produk ini memang tak perlu dipertikaikan lagi. Memang di cari-cari.

 

… dan kalau anda perasan, selain bulan Ramadhan dan Syawal, boleh kata hampir tiap-tiap minggu pasti ada sahaja pasangan yang akan melangsungkan majlis perkahwinan.

 

Sebab itu, mereka yang buat bisnes printing, pasti akan buat bisnes kad kahwin sama. Sebab produk ini memang evergreen. Walaupun trend pada hari ini, orang jemput guna whatsapp, guna FB, tapi kad kahwin masih lagi digunakan. Ianya kelihatan lebih formal dan nampak menghargai orang yang dijemput tu.

 

Anda nak tahu lain-lain produk printing yang boleh buat duit? Rujuk laman web ini http://www.1stopprinting.com.my

***

Macam mana nak mulakan bisnes printing tanpa perlu ada mesin, pekerja dan juga premis perniagaan?

Jawapannya ialah, Outsource!

 

Hasil daripada kajian dan pembacaan saya, saya menemui beberapa syarikat supplier yang menawarkan servis printing dengan harga yang sangat murah dan berpatutan. Contohnya, syarikat ini

rahsia_bisnes_printing_tanpa_modal

Segala urusan tempahan boleh dilakukan secara online sahaja.

 

Anda hanya perlu

1. Dapatkan tempahan dari pelanggan.

2. Tunggu pelanggan buat bayaran kepada anda.

3. Gunakan duit pelanggan untuk menempah servis printing dari laman web ini

4. Syarikat ini akan hantar produk yang ditempah ke alamat yang anda nyatakan.

5. Pelanggan anda terima barang… dan anda dapat simpan keuntungan daripada transaksi tersebut tanpa perlu keluar duit sendiri.

****

Eh eh… senang betul nak buat duit dengan bisnes printing ni ye…

Ha… memanglah senang. Ada yang senang, kenapa nak fikir yang susah-susah lagi? Anda ikut cara ni, bukan setakat senang je yang anda dapat. Malahan, cara ini juga lebih selamat dan rendah risiko.

 

Cuba anda bayangkan, kalau anda gunakan kaedah bisnes printing secara biasa atau cara lama.

Kalau anda tak dapat pelanggan, macam mana anda nak bayar hutang?

Kalau anda tak berjaya buat sales, macam mana anda nak bayar gaji pekerja?

 

Kadang-kadang bukan salah anda 100% bila anda tak dapat pelanggan. Boleh jadi sebab kedai anda tu terlalu hujung dan tak ramai orang yang lalu situ. Nak pindah ke tempat lain, sewa pula lagi mahal. Jadi, tak payah pening-pening. Dengan cara ini, anda hanya perlu fokuskan pada satu perkara sahaja dulu, iaitu…

 

MARKETING.

*****

Anda ada ramai pekerja, belum tentu anda akan ada ramai pelanggan.

 

Anda ada banyak mesin percetakkan, belum tentu anda akan dapat banyak tempahan.

 

Anda ada banyak stok kertas dan material, belum tentu semua tu boleh jadi duit.

 

Jadi, sebagai alternatif, anda gunakan strategi bisnes printing tanpa modal ni dan fokus pada kerja-kerja pemasaran. Berikan tumpuan pada aktiviti yang memang menyumbang untuk mendapatkan jualan bagi perniagaan anda.

 

Sebaik-baiknya, sebagai seorang usahawan, anda fokus pada kerja-kerja yang boleh menyumbang kepada cash flow perniagaan, bukannya pada hal-hal teknikal yang leceh dan remeh, sedangkan ia boleh di outsource sahaja.

 

Anda perlukan panduan yang lebih lengkap dan step by step untuk membantu anda menjalankan perniagaan printing ini? Apa kata anda dapatkan panduan dalam bentuk DVD keluaran syarikat KNZ Creative Solution.

teknik_buat_duit_dengan_bisnes_printing

Syarikat ini berdaftar dengan SSM dan juga Persatuan Usahawan Internet Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai syarikat ini boleh didapati di laman web ini.

 

Jika anda telah mendapatkan panduan ini, anda tak perlu risau lagi berkenaan cara nak cari pelanggan. Sebabnya, anda akan dibekalkan dengan tools dan kelengkapan yang secukupnya.

 

Anda boleh lihat sendiri, tawaran yang disediakan dilaman web berikut http://www.1stopprinting.com.my

 

Anda ada sebarang pertanyaan atau soalan? Tinggalkan dibahagian komen ๐Ÿ™‚ Saya doakan semoga anda sukses dalam bisnes printing ini. Aamin.

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Komisyen Affiliate Bisnes Printing Tanpa Modal Mac 2016
  2. Komisyen Affiliate Bisnes Printing Tanpa Modal Februari 2015
  3. Komisen Affiliate Bisnes Printing Tanpa Modal May 2016
  4. Komisyen Affiliate Bisnes Printing Tanpa Modal Oktober 2015

Filed Under: Advertorial Tagged With: bisnes percetakkan, bisnes printing, bisnes printing sampingan tanpa modal, kerja sambilan dari rumah printing

Comments

  1. titan says

    September 1, 2014 at 6:37 pm

    kalau serius..benda ni memang senang nak buat duit. hoho

    Reply
    • sabree hussin says

      September 1, 2014 at 9:05 pm

      Itulah, demand dia memang besar

      Reply
  2. Hafizul says

    September 3, 2014 at 4:01 pm

    Huhu…kalau ada rezeki nanti, nak cuba juga bisnes ni.tengok kedai printing, lama bertahan jer…

    Reply
    • sabree hussin says

      September 3, 2014 at 8:09 pm

      Kalau tengok kedai printing, nampak macam tak ada apa-apa sangat. Sebab dekat belakang tu, dia ada buat bisnes printing cara tanpa modal ni jugak. Itupun kalau pemilik kedai tu tau buat cara ni

      Reply
  3. blogger lelaki says

    September 3, 2014 at 8:01 pm

    walaupun ramai yang cakap bisnes printing macam dah tepu..tapi kalau kita kreatif dan rajin berusaha insyallah menjadi

    Reply
    • sabree hussin says

      September 3, 2014 at 8:11 pm

      Mungkin sebab ada banyak sangat yang buat, sampai kita ingat dah tepu. Nak tembusi pasaran printing ni, kena ada teknik dia. Boleh dapatkan DVD ni, dalam tu ada terangkan satu per satu

      Reply
  4. mai has says

    September 3, 2014 at 8:57 pm

    xprint mmg terbaik.sgt2 cekap!

    Reply
    • sabree hussin says

      September 3, 2014 at 11:22 pm

      Cik Mai Has biasa buat tempahan kat web ni ke? hhe

      Reply
  5. HarfizBizstudent says

    September 4, 2014 at 12:15 pm

    Dulu susah nak cari panduan-panduan macam ni, sekarang macam-macam boleh buat duit! ๐Ÿ˜€

    Reply
    • sabree hussin says

      September 4, 2014 at 10:29 pm

      Mungkin sebab dulu masih ramai lagi yang tak tau strategi ni. Sekarang dah ramai yang mula bukak mata

      Reply
  6. Farid Laham says

    September 4, 2014 at 7:57 pm

    semoga berjaya bro dlm bisnes ๐Ÿ™‚

    Reply
    • sabree hussin says

      September 4, 2014 at 10:24 pm

      Thanks bro ๐Ÿ™‚

      Reply
      • syuk says

        November 24, 2016 at 1:48 pm

        salam farid laham,kamu ke admin knz creative ni?

        Reply
  7. Lizz says

    September 6, 2014 at 12:10 am

    those yang ada ilmu seni macam ni, rugi sangat kalau nak manfaatkan. boleh buat duit sangat ni

    Reply
    • sabree hussin says

      September 8, 2014 at 10:42 pm

      Memang rugi, sebab benda ni kalau buat dengan betul memang boleh buat duit ni

      Reply
  8. yusri says

    September 7, 2014 at 1:20 pm

    peluang ni memang bagus…
    kena cuba jika berminat…ada knowledge dalam printing menjadi advantage…

    Reply
    • sabree hussin says

      September 8, 2014 at 10:47 pm

      Memang kelebihan yang boleh hasilkan income ni

      Reply
  9. ilasaleh says

    September 9, 2014 at 12:59 am

    mcm2 business ๐Ÿ™‚

    Reply
  10. Abdfatah says

    October 25, 2014 at 12:19 pm

    Bleh buat bisnes kad kahwin neh kalu kena gayanya.. Dah tentunya mahsyuuk..

    Reply
    • sabree hussin says

      October 25, 2014 at 10:37 pm

      Selain bulan Ramadhan dengan Syawal, boleh kata setiap minggu pasti ada yang akan kahwin. Memang masyuk la

      Reply
  11. Easy Design says

    February 3, 2016 at 2:42 pm

    Memang best la peluang ni.
    Rasanya semua orang mampu buat.
    Bisnes yang paling senang dan menguntungkan…

    Reply
  12. jannah says

    January 10, 2017 at 5:58 pm

    betul ka ni?? boleh percaya ka ni?? tak tipu ka??

    Reply
    • sabree hussin says

      January 10, 2017 at 9:17 pm

      Ya boleh dipercayai. Kalau minat nak buat printing tapi tak tau cara dan minat nak belajar, boleh belajar dengan syarikat KNZ Creative. Klik sini: http://www.sabreehussin.com/bisnes-printing

      Reply
  13. Fiza says

    August 24, 2017 at 7:51 am

    Berapa Rm dvd?

    Reply
    • sabree hussin says

      August 24, 2017 at 5:02 pm

      Buat masa ni, jualan produk ni dihentikan.

      Reply
  14. Faiz Yusni says

    February 15, 2018 at 10:46 pm

    Mcm mana nak dptkan buku dan dvd ini tuan/puan.

    Reply
    • sabree hussin says

      February 19, 2018 at 5:41 pm

      Sayangnya owner dia pun dah tak jual dvd ni…

      Reply
      • AHMAD says

        May 18, 2019 at 10:12 pm

        Alaa bru nk belajar ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ kat mana lg ada yer buat kursus printing yer

        Reply
  15. syieda says

    May 20, 2019 at 9:02 pm

    Mcm mn nk beli dvd ni…ebook xde ke

    Reply

Trackbacks

  1. Tips Tingkatkan Jualan Menerusi Servis Laman Web Advertorial.MY says:
    September 15, 2014 at 10:35 am

    […] Tajuk artikel: Panduan LENGKAP strategi menjalankan bisnes printing tanpa modal […]

    Reply
  2. Komisyen Jobdirumah June 2015 says:
    July 2, 2015 at 6:53 pm

    […] advertorial yang pernah saya hasilkan dan telahpun menerima bayaran dari klien ialah artikel Panduan lengkap strategi bisnes printing tanpa sebarang modal. Artikel ini mudah dan simple sahaja, dan tak sesukar mana untuk dihasilkan. Jika anda boleh […]

    Reply
  3. Komisyen affiliate Bisnes Printing Tanpa Modal April 2015 says:
    July 3, 2015 at 11:36 pm

    […] ni saya nak cerita tentang satu panduan yang mengajar cara-cara untuk memulakan perniagaan dalam bidang percetakkan dengan modal yang sangat minima. Bisnes percetakkan ini sebenarnya sangat unik. Jika anda tahu selok belok perniagaan ini, anda […]

    Reply
  4. Komisyen Affiliate Bisnes Printing Tanpa Modal May 2015 says:
    July 4, 2015 at 10:14 am

    […] yang nampak peluang dan potensi dalam bisnes percetakkan. Saya tak terlalu mengharap yang artikel strategi buat duit tanpa modal dengan bisnes printing ni mendapat respons yang menggalakkan sehingga berjaya hasilkan jualan. Namun, bila dah memang itu […]

    Reply
  5. Komisyen Affiliate Bisnes Printing Tanpa Modal Ogos 2015 says:
    August 3, 2015 at 1:26 pm

    […] Apa kata anda baca artikel saya sebelum ni berjudul: Panduan LENGKAP strategi menjalankan bisnes printing TANPA MODAL […]

    Reply
  6. 10 Idea jana pendapatan sampingan untuk pelajar IPTA/ IPTS says:
    August 6, 2015 at 2:22 pm

    […] Macam mana caranya? Baca entri saya sebelum ini: Strategi bisnes printing tanpa modal […]

    Reply
  7. Komisyen Affiliate Bisnes Printing Tanpa Modal Oktober 2015 says:
    November 4, 2015 at 7:03 pm

    […] Panduan LENGKAP strategi menjalankan bisnes printing TANPA MODAL […]

    Reply
  8. Komisyen Affiliate Bisnes Printing Tanpa Modal Februari 2015 says:
    December 23, 2015 at 2:34 pm

    […] Panduan lengkap strategi menjalankan bisnes printing tanpa modal […]

    Reply
  9. Komisyen Affiliate Bisnes Printing Tanpa Modal December 2015 says:
    December 23, 2015 at 4:13 pm

    […] gayanya, makin hari makin ramai yang minat nak belajar macam mana nak jalankan perniagaan dalam bidang percetakkan. Boleh jadi, mereka semua ni dah mula nampak potensi yang besar untuk buat duit dalam bisnes […]

    Reply
  10. Bukti kejayaan pemasaran menggunakan servis advertorial - Sabree Hussin Dot Biz says:
    March 25, 2016 at 12:19 am

    […] Anda boleh baca: Panduan Lengkap strategi menjalankan bisnes printing tanpa modal […]

    Reply
  11. 5 Tips Kritikal lagi Penting yang anda perlu tahu sebelum melanggan servis review ataupun servis advertorial - Blog Sabree Hussin says:
    August 27, 2016 at 1:46 am

    […] Klik untuk baca: Panduan LENGKAP Strategi Menjalankan Bisnes Printing Tanpa Modal […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?
  • Senarai Laman Web yang boleh digunakan untuk iklankan Bisnes Homestay anda
  • Senarai Complaint dari tetamu kepada pemilik bisnes homestay

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 ยท News Pro Theme on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in