Permainan Pokemon Go mula dilancarkan dan boleh dimuat turun bermula pada 6 Julai 2016. Antara negara-negara terawal yang dapat bermain permainan ini adalah seperti Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, German, United Kingdom, Itali, Sepanyol, Portugis, Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Greek, Greenland, Hungary, Iceland, Ireland, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Netherlands, Norway, Poland, Romania, Slovakia, Slovenia, Sweden, Switzerland, Canada, dan Puerto Rico.
Manakala bagi situasi kita yang terletak di benua Asia, hanya pengguna smartphone yang berada di Indonesia dan Jepun sahaja yang boleh bermain Pokemon Go. Walaubagaimanapun, sebelum kita di Malaysia dapat bermain permainan ini secara rasmi, sudah terdapat beberapa pemain yang telah memuat turun applikasi Pokemon Go secara tak rasmi menggunakan aplikasi yang dinamakan sebagai GPS Spoofing, yang memanipulasi perisian GPS untuk menggunakan peta negara lain yang sudah pun dilancarkan peta untuk Pokemon Go.
Saya rasa pasti anda pernah terlihat, ada antara rakan-rakan di FB yang dah pun mula bermain permainan ini, walaupun pada hakikatnya game ini masih belum dilancarkan secara rasmi di negara kita dan applikasi tersebut juga masih belum boleh dimuat turun.
Baiklah. Beberapa bulan sebelum tarikh pelancaran game ini secara rasmi, beberapa perbualan di forum-forum buat duit online telah mula membincangkan tentang potensi untuk buat duit tanpa had sempena pelancaran game pokemon Go ini.
Pokemon ada peminat tegarnya yang tersendiri. Ini bermakna, akan ada dari kalangan peminat yang sanggup untuk berbelanja bagi tujuan memenuhi minat mereka.
Antara kaedah yang dicadangkan adalah dengan membeli saham pokemon, menghasilkan panduan dalam bentuk ebook untuk para pemain pokemon go, menjual merchandise pokemon go, membina laman web tentang pokemon go dan jana pendapatan menerusi program pengiklanan, dan macam-macam lagi.
Dalam catatan pada kali ini, apa yang saya nak kongsikan ialah tentang bagaimana nak buat duit dengan bisnes printing menggunakan idea daripada permainan Pokemon Go.