Kan bagus kalau ada jalan pintas atau short cut untuk meraih komisyen affiliate menerusi program affiliate Klikjer. Dah agak lama jugak sebenarnya saya cari, kalau-kalau wujud teknik dan taktik rahsia untuk buat duit dengan klikjer ni.
Akhirnya pada satu hari, saya buat keputusan untuk berhenti mencari. Daripada saya bazirkan tenaga untuk mencari sesuatu yang belum tentu ada, kan lebih baik saya gunakan masa yang ada untuk pratikkan sahaja apa-apa yang saya dah tau.
As for the time being, saya tau macam mana nak gunakan teknik SEO untuk menghasilkan kempen pemasaran. Sedikit sebanyak saya tahu macam mana nak gunakan kaedah pemasaran emel. Pemasaran menggunakan channel FB pun saya tahu guna walaupun bukanlah hebat sangat, dan yang paling penting, kaedah pemasaran blog… satu-satunya kaedah pemasaran yang jarang mengecewakan saya.
Terus praktikkan apa yang kita dah tahu!
Buang masa dan tenaga je kalau asyik nak cari dan kejar benda-benda baru. Lebih baik terus apply segala teknik yang memang kita dah tahu.
Saya ambil contoh jika anda minat nak buat duit dengan program affiliate klikjer.
Saya andaikan anda telahpun mempunyai akaun dengan klikjer. Langkah seterusnya yang anda perlu lakukan ialah pilih mana-mana satu produk yang ada potensi untuk hasilkan jualan.
Sebenarnya, pada dasarnya boleh dikatakan kesemua produk yang tersenarai di laman web klikjer memang ada potensi untuk menghasilkan jualan. Semuanya terpulang pada kita untuk hasilkan kempen pemasaran yang cukup menarik sehingga berjaya memikat potential customer untuk membeli produk-produk tersebut.
Produk yang mudah untuk dapat jualan di klikjer
Semua produk ada ciri-ciri uniknya yang tersendiri. Apa yang saya faham sepanjang saya terlibat secara aktif mempromosikan produk-produk di klikjer, setiap produk mempunyai cara dan teknik jualannya yang tersendiri.
Selalunya, produk yang secara jelas menyelesaikan suatu masalah yang spesifik adalah produk yang lebih mudah untuk menghasilkan jualan…