Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Komisyen Affiliate Ashadee Oktober 2015

October 7, 2015 by sabree hussin Leave a Comment

“Apa langkah PERTAMA yang perlu diambil oleh seseorang yang berhasrat untuk buat duit dalam program affiliate?”

 

Tidak kiralah sama ada nak buat duit dengan program affiliate ashadee, klikjer, jobdirumah, lazada ataupun sebarang program affiliate yang terdapat di pasaran. Apa perkara pertama dan UTAMA yang dia perlu buat? Anda ada jawapannya?

 

Ok kalau pendapat saya… anda kena pandai untuk berkawan. Kena pandai untuk cari kawan… dan kawan terbaik untuk anda pilih jika anda masih baru dalam bidang ini ialah ebook, panduan dan blog yang mengajar anda cara-cara nak buat duit dengan affiliate!

 

Berkawan dengan ebook panduan buat duit dengan affiliate

Ada banyak ebook yang telah ditulis yang mengajar anda macam mana nak buat duit sebagai ejen affiliate. Ada yang ditulis oleh penulis ebook tempatan, ada yang ditulis oleh penulis ebook luar negara.

 

Ada yang ditulis dalam bahasa Melayu, dan ada jugak yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Setiap ebook yang dihasilkan, ada kelainannya dan ada keistimewaannya.

 

Anda nak tak buat duit hanya dengan menulis perkara yang merapu dan mengarut?

panduan_affiliate

Sepanjang beberapa tahun bergelumang dengan teknik pemasaran menggunakan kaedah Search Engine Optimization, saya dapati artikel yang merapu, mengarut dan merepek juga sebenarnya sangat-sangat membantu untuk buat duit dengan program affiliate.

 

Rahsianya adalah anda perlu tahu bila dan dimana anda patut siarkan artikel yang merapu tu.

 

Its all about timing.

 

Jika calculation anda tepat, anda bijak memanipulasi emosi pembaca melalui artikel-artikel yang merapu, karut dan merepek tu, tak mustahil untuk ia convert kepada sales. Anda sendiri boleh lihat dalam arkib blog ini. Saya percaya anda akan temui banyak artikel-artikel merapu yang saya hasilkan.

 

… dan saya akui, kewujudan artikel-artikel merapu inilah yang sedikit sebanyak menyumbang kepada pertambahan sales!

 

Tak perlu takut dan risau untuk mencuba sesuatu yang baru

Tak ada siapa yang akan pukul anda kalau anda mencuba sesuatu yang baru yang tak pernah dibuat orang.

 

Sebabnya dari eksperimen-eksperimen yang anda buat, besar kemungkinan ia akan dapat diterjemahkan dalam bentuk pertambahan pendapatan di masa akan datang. Contohnya macam yang saya terima ini.

buat_duit_ashadee_okt2015

Bayaran komisyen untuk bulan Oktober 2015 telah pun dibayar ke akaun saya.  Untuk ashadee, saya dah pun setkan secara automatik, cukup je RM50 terus bayar masuk dalam akaun Maybank saya.

 

Tak ada trik ataupun rahsia besar. Semua ini saya dah pun terangkan secara terperinci disini, itupun kalau anda minat nak pelajari cara saya buat duit dengan affiliate.

Apa yang dapat saya buat hanyalah berkongsi dengan anda. Apa yang saya buat, apa yang saya dapat, dan bagaimana anda juga boleh perolehi hasil yang SAMA. Itu pun kalau anda sanggup untuk ambil tindakan yang SAMA seperti yang saya buat.

 

Maksud saya dengan tindakan yang sama ialah, anda perlu ada kesanggupan untuk belajar tentang buat duit dengan affiliate, kena berani untuk dapatkan domain dan hosting untuk bina laman blog, dan paling penting, anda perlu selalu menulis dan keep sharing.

 

Sama ada, ada orang nak baca atau tidak… itu perkara kedua.

 

Namun sebaik-baiknya, tulislah sesuatu topik yang confirm ada orang nak baca dan ada orang yang nak tau tentang topik tu.

 

Baiklah, lain kali saya cerita lagi tentang affiliate ni. Doakan bulan depan saya akan dapat lagi income dari ashadee ni ya 😀

 

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Komisyen Affiliate Ashadee April 2015 kali kedua
  2. Komisyen Affiliate Ashadee Jun 2015
  3. Komisyen Affiliate Ashadee November 2015
  4. Komisyen Affiliate Ashadee April 2015 kali ketiga

Filed Under: Komisyen Affiliate Tagged With: buat duit dengan ashadee, komisyen ashadee

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Bina kerjaya dalam bidang jualan untuk jana pendapatan tanpa had!
  • Bagaimana Cara Dapatkan Pembaca Blog Yang Ramai
  • Adakah perniagaan berasaskan runcit menguntungkan?
  • 10 Laman Web Penting Untuk Anda Buat Duit Online
  • Cara TERBAIK menguruskan tempahan perniagaan homestay anda

Recent Comments

  • sabree hussin on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • nak cari mai putrajaya lahabau on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • sabree hussin on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • Fina on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • sabree hussin on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in