Jika anda ingin buat duit tanpa modal menerusi program affiliate, artikel ini mungkin dapat beri anda idea untuk jalankan promosi dengan lebih berkesan.
Mana satu lagi baik, promosi banyak produk atau fokus hanya pada satu-satu produk dalam satu-satu masa?
Jawapannya, bergantung pada teknik pemasaran yang anda sedang gunakan.
Saya ambil contoh,
1.0 Jika anda menggunakan kaedah pemasaran menerusi blog
Bermakna, anda perlu menggunakan teknik penulisan mesra SEO.
Jika dalam satu-satu masa, anda tulis topik yang pelbagai dan tidak fokus pada satu-satu topik, bermakna penggunaan keyword pada artikel blog anda juga akan jadi pelbagai.
Ia tak fokus.
Ia tak tertumpu hanya pada satu-satu keyword.
Ikut pengalaman saya, jika anda tak fokus pada kata kunci tertentu ketika menulis, kesan SEO dan kerja-kerja untuk rank kata kunci tertentu di halaman pertama google jadi lagi lambat.