Sekiranya anda lihat pada arkib blog ini, anda akan dapati dalam blog ini terdapat beberapa artikel yang saya tulis dalam blog ini kelihatan seakan-akan sama.
Nampak seolah-olah saya suka tulis benda yang sama berulang-ulang kali.
Walaupun artikel-artikel ini semua seakan-akan sama, sebenarnya terdapat banyak perbezaan. Setiap kali saya cuba untuk tulis semula artikel yang sama, dengan tajuk yang juga seakan-akan sama, pasti akan ada idea baru datang dan menjadikan sesebuah artikel tu sedikit berbeza.
Apa relevannya tulis artikel yang sama berulang-ulang kali? Kenapa tidak edit sahaja artikel yang lama, kemudian ditambah dengan idea baru supaya dapat hasilkan artikel yang lebih baik dan penuh dengan input?
Sebenarnya, saya pun buat begitu juga. Ada banyak juga artikel-artikel lama, dalam blog ini, yang saya rasakan terlalu pendek, kurang informasi, dan nampaknya perlu ditambahbaik, telah pun saya edit semula. Dalam posting ini, saya akan cerita, kenapa saya suka tulis artikel yang sama, yang mengupas topik yang lebih kurang sama berulang-ulang kali.