Langkah Mudah Buat Duit Dengan Affiliate Marketing

by sabree hussin on April 10, 2014

in Pemasaran Affiliate

Dalam artikel ni saya tak akan cerita pasal teknik.

Saya juga tak bercadang nak bincangkan mengenai strategi.

Sebabnya, saya cuma nak kongsikan perkara-perkara yang basic sahaja mengenai affiliate marketing. Anggaplah post ini mengenai asas pemasaran affiliate yang anda perlu tahu.

Tahun ni mungkin tahun ke enam atau tujuh saya buat duit dengan affiliate marketing. Mula dengan suka-suka, kini lebih serius.

Kalau anda nak buat dengan serius, saya yakin, anda juga boleh hasilkan pendapatan yang berkali ganda lebih banyak berbanding apa yang saya pernah hasilkan.

jualan pro review kursus affiliate 5

Kredit : Sistem Jualan PRO

Macam yang saya dah nyatakan sebentar tadi, pemasaran affiliate ni sebenarnya sangat mudah. Saya pun tak faham, kenapa ada setengah orang suka nak jadikan buat duit dengan affiliate ni sebagai sesuatu yang rumit.

Anda hanya perlu bawa masuk trafik ke laman jualan

Basically, sebagai agen affiliate, itu je tugas kita.

Kita cuma perlu bawa masuk trafik ke laman jualan. Berapa banyak trafik yang diperlukan untuk hasilkan pendapatan sebanyak RM800 – RM,1200 setiap bulan?

Dapatkan jawapannya di laman web ini

Apa yang mempengaruhi sama ada trafik yang anda bawa masuk akan convert kepada sales ialah dari mana sumber trafik tu anda perolehi?

Trafik yang sedang kita bincangkan ni juga sebenarnya mewakili manusia sebenar. Mereka ada minat dan kecenderungan terhadap perkara tertentu.

Untuk hasilkan pendapatan yang lumayan, penting untuk kita pastikan bahawa trafik yang kita bawa masuk ke sesuatu laman jualan adalah terdiri daripada mereka yang ada minat yang sama dengan apa yang dijual.

Opss…

Saya tak mau terlajak hingga ke bahagian teknik.

Cukuplah sekadar saya beritahu, kalau nak buat duit dengan affiliate sebenarnya mudah. Hanya perlu bawa masuk trafik ke laman jualan. Itu sahaja.

Seterusnya, kita serahkan tugas menjual kepada laman jualan itu sendiri.

 

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: