Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Komisyen Affiliate Ashadee November 2015

November 27, 2015 by sabree hussin Leave a Comment

“Adakah anda tahu, apakah dan bagaimanakan cara TERBAIK untuk menjana pendapatan secara online?”

 

Ok… soalan ni mungkin kurang relevan. Hei… sekarang ni dah tahun 2015! Setahu saya, dan saya percaya, pasti sekarang ni, ramai yang dah berjaya buat duit online. Bezanya adalah pada jumlahnya. Banyak atau sikit, besar atau kecil.

 

Berbalik kepada persoalan yang saya ajukan pada permulaan, iaitu “apa dia cara terbaik nak buat duit online?” 

 

Saya akan kata, jawapannya adalah buat duit sebagai ejen affiliate! Ia paling mudah, simple dan lumayan. Oh adakah saya perlu tambah, ia sebenarnya tak memerlukan usaha yang begitu kuat untuk buat duit dengan cara jadi ejen affiliate ni?

 

Untuk bulan November 2015, ini adalah bayaran yang saya terima dari Ashadee.

cara_dapat_komisyen

Beberapa kempen pemasaran yang telah pun saya setup sebelum ni berjaya convert kepada sales. Bukan lagi satu rahsia besar, bahawa kaedah yang saya gunakan untuk hasilkan pendapatan dengan Ashadee ialah dengan menggunakan Teknik SEO.

 

Saya ingat… kalau saya rajin sikit, In Shaa Allah saya boleh dapat satu jumlah yang lebih besar lagi ha ha. Seingat saya, hampir setiap bulan saya akan fikirkan perkara yang sama!

 

“Kalaulah saya rajin sikit…”

“Kalaulah saya lebih agresif ketika buat marketing…”

“Kalaulah saya buat lebih banyak laman web…”

 

Bukannya masalah tak tau nak buat apa!

… sebaliknya masalah sebenar ialah tak buat apa-apa yang sepatutnya untuk membantu dapat sales!

 

Well… at least itu masalah lazim saya. Dalam situasi saya,

 

Saya tahu, kalau saya buat lebih banyak advertorial untuk mempromosikan produk-produk affiliate, maka peluang untuk saya buat lebih banyak komisyen lebih cerah…

 

Saya tahu, kalau saya buat lebih banyak laman web untuk mempromosikan produk affiliate tertentu, saya ada peluang untuk dapat result yang lebih baik…

 

Saya tahu, saya cuma perlu jadi lebih RAJIN sekali ganda atau RAJIN sedikit sahaja…

 

Masalah MALAS ni memang universal eh?!

 

Maaf. Soalan tu memang soalan retorik. Saya sedar ha ha

 

Buat duit online sebagai ejen affiliate memang TERBAIK!

Tak lengkap pulak rasanya, bila saya dah buat statement, yang mengatakan buat duit sebagai ejen affiliate adalah kaedah TERBAIK tanpa beri sebarang SEBAB.

 

Ok cerita dia begini. Tahukah anda, daripada jumlah komisyen yang saya perolehi ni, sekali pun saya tak pernah berurusan dengan pembeli yang membeli produk yang saya promosikan tu.

 

Semuanya diuruskan oleh pihak vendor, atau dalam situasi ini, semuanya diuruskan oleh pihak Ashadee, sama ada dari segi penghantaran produk, customer support, penghantaran produk, refund dan sebagainya.

 

Saya hanya fokus pada satu perkara yang saya suka sahaja.

 

Apa dia? MENULIS.

 

Ya… saya suka menulis. Saya suka berkongsi apa-apa yang saya tahu dalam bentuk penulisan. Mungkin, daripada penulisan ini, bakal ada individu yang beroleh manfaat. Secara tak langsung, saya nak bagitahu kepada para pembaca dan pelawat blog ni, anda boleh buat duit dengan cara yang SAH menerusi program affiliate.

 

Sebagai seorang marketer. Atau sebagai seorang ejen atau jurujual.

 

Dengan harapan, selepas ini tak ada dah orang kita yang duk sibuk nak join money game, pyramid scheme, skim cepat kaya, pelaburan haram dan sebagainya… walaupun program yang anda join tu sedikit pun tak mengaku yang mereka menjalankan money game, pyramid scheme, skim cepat kaya, mahupun pelaburan haram.

 

Jika anda fokus sahaja pada program affiliate, In Shaa Allah, dengan teknik yang betul seperti yang saya kongsikan disini, anda juga boleh buat duit sekitar RM100 – RM1,000 setiap bulan, KONSISTEN.

 

Baiklah. Itu sahaja yang saya nak share buat masa ni.

 

Jom join saya buat duit dengan program affiliate. Doakan saya masih ada rezeki untuk bulan depan dan bulan-bulan yang akan datang ya.

 

 

Anda biasa shopping online? Nak tak dapatkan lebih banyak penjimatan? Kalau minat, KLIK SINI.

 

Filed Under: Komisyen Affiliate Tagged With: buat duit dengan ashadee, komisyen affiliate ashadee, komisyen ashadee

Komisyen Affiliate Ashadee Oktober 2015

October 7, 2015 by sabree hussin Leave a Comment

“Apa langkah PERTAMA yang perlu diambil oleh seseorang yang berhasrat untuk buat duit dalam program affiliate?”

 

Tidak kiralah sama ada nak buat duit dengan program affiliate ashadee, klikjer, jobdirumah, lazada ataupun sebarang program affiliate yang terdapat di pasaran. Apa perkara pertama dan UTAMA yang dia perlu buat? Anda ada jawapannya?

 

Ok kalau pendapat saya… anda kena pandai untuk berkawan. Kena pandai untuk cari kawan… dan kawan terbaik untuk anda pilih jika anda masih baru dalam bidang ini ialah ebook, panduan dan blog yang mengajar anda cara-cara nak buat duit dengan affiliate!

 

Berkawan dengan ebook panduan buat duit dengan affiliate

Ada banyak ebook yang telah ditulis yang mengajar anda macam mana nak buat duit sebagai ejen affiliate. Ada yang ditulis oleh penulis ebook tempatan, ada yang ditulis oleh penulis ebook luar negara.

 

Ada yang ditulis dalam bahasa Melayu, dan ada jugak yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Setiap ebook yang dihasilkan, ada kelainannya dan ada keistimewaannya.

 

Anda nak tak buat duit hanya dengan menulis perkara yang merapu dan mengarut?

panduan_affiliate

Sepanjang beberapa tahun bergelumang dengan teknik pemasaran menggunakan kaedah Search Engine Optimization, saya dapati artikel yang merapu, mengarut dan merepek juga sebenarnya sangat-sangat membantu untuk buat duit dengan program affiliate.

 

Rahsianya adalah anda perlu tahu bila dan dimana anda patut siarkan artikel yang merapu tu.

 

Its all about timing.

 

Jika calculation anda tepat, anda bijak memanipulasi emosi pembaca melalui artikel-artikel yang merapu, karut dan merepek tu, tak mustahil untuk ia convert kepada sales. Anda sendiri boleh lihat dalam arkib blog ini. Saya percaya anda akan temui banyak artikel-artikel merapu yang saya hasilkan.

[Read more…]

Filed Under: Komisyen Affiliate Tagged With: buat duit dengan ashadee, komisyen ashadee

Komisyen Affiliate Ashadee Jun 2015

June 11, 2015 by sabree hussin 1 Comment

Sepanjang bulan May yang lepas, saya agak bizi dengan kerja-kerja support dan marketing untuk program buat duit terbaru yang dikenali sebagai Program Keahlian Best Mobile. Masa untuk saya online pun agak kurang pada waktu tu. Hanya mengharapkan artikel-artikel promosi yang lama untuk menghadiahkan saya sedikit komisyen dari program affiliate Ashadee.

 

Bukan semua artikel adalah artikel promosi dan bukan semua artikel promosi berupaya untuk convert kepada sales.

 

Saya nak kongsikan salah satu tips pemasaran yang pernah disampaikan kepada saya oleh Brian Rooney, founder bagi sistem autoresponder TrafficWave. Menurut beliau, “its all about the flow.”

 

Tak kiralah sama ada anda seorang blogger, affiliate marketer, sales person dan sebagainya, anda perlu faham tentang konsep flow. Apa yang cuba disampaikan oleh beliau ialah, sebagai seorang jurujual ataupun promoter, anda perlu melihat dari sudut bagaimana seseorang pelanggan itu membuat keputusan untuk membeli. Apakah logik yang digunakan, bermula daripada peringkat pertama, kedua, ketiga hinggalah ke peringkat untuk buat keputusan bagi membuat pembelian.

komisyen_affiliate_ashadee

 

Let say anda menggunakan medium blog seperti yang saya sendiri gunakan untuk mendapatkan sales bagi produk affiliate yang anda promosikan. Lazimnya pelanggan tidak akan terus membuat pembelian pada kali pertama mereka membaca sesuatu artikel mengenai produk tertentu yang dipercayai boleh menyelesaikan masalah mereka.

 

Mereka akan ambik keputusan untuk mempertimbangkan beberapa perkara terlebih dahulu. Ada banyak perkara yang bermain difikiran pelanggan anda.

“Kalau aku beli produk ni, petang ni aku dah tak ada duit nak beli produk lain.”

“Aku belum bayar lagi hutang makcik bedah tukang jahit, kalau aku beli nanti nak bayar pakai duit apa pulak…”

“Macam tipu je produk ni, kalau aku kena tipu macam mana?”

 

Ada banyak sebenarnya. Jadi, untuk memecahkan andaian-andaian dan sangkaan-sangkaan yang tidak membantu mereka untuk membuat keputusan untuk membeli, anda perlu yakinkan mereka bahawa produk yang anda sedang promosikan adalah produk yang terbaik.

 

Flow pemasaran artikel menggunakan medium blog

1. Anda beli produk yang anda promosikan. Buktikan pada pelanggan anda, bahawa anda juga sebenarnya adalah pembeli dan bukannya promoter semata-mata.

 

2. Buat demonstrasi produk

 

3. Tunjukkan kesannya kepada bakal pelanggan anda jika menggunakan produk yang sama

 

4. Tulis review berdasarkan pengalaman anda menggunakan produk tersebut

 

5. Tawarkan add on atau free gift atau bonus kepada pelanggan jika membeli melalui anda

 

Begitu jugak halnya jika anda menggunakan kaedah pemasaran emel, pemasaran Fb dan sebagainya. Rata-rata di masa kini, anda akan berurusan dengan pelanggan yang tak bersedia untuk menjadi pembeli kepada produk yang anda jual atau promosikan. Untuk mempersiapkan mereka untuk menjadi pembeli anda perlu siapkan kempen pemasaran anda dalam bentuk flow.

 

Tak kiralah sama ada flow anda hanya mengandungi 3 step, 4 step atau lebih dari itu.

 

Untuk bulan ni Jun ni, saya pelik sikit sebabnya komisyen masih belum cukup RM50 tetapi Ashadee dah pun bayar ke akaun saya. Tak apalah, apa pun nilainya saya terima dengan rela hati. Alhamdulillah, semoga Allah tambahkan lagi komisyen dimasa-masa akan datang.

komisyen_ashadee_Jun2015

 

Jika anda masih kurang jelas mengenai konsep flow marketing ni, anda juga boleh baca panduan yang saya hasilkan sebelum ni ialah Jurnal Pemasaran Affiliate. Sebenarnya ianya bukan sesusah mana, lebih-lebih lagi jika anda telah pun mula bertindak untuk raih komisyen pertama anda menerusi program affiliate.

 

 

Filed Under: Komisyen Affiliate Tagged With: Belajar buat duit dengan affiliate, buat duit dengan ashadee, komisyen ashadee

Komisyen Affiliate Ashadee April 2015 kali kedua

April 16, 2015 by sabree hussin 1 Comment

Untuk bulan April 2015, ini merupakan kali kedua saya menerima komisyen affiliate dari Ashadee. Kali pertama adalah pada 1hb April itu hari. Boleh baca entri ni yang bertajuk komisyen affiliate Ashadee April 2015.

 

Ini dia emel notifikasi yang saya terima yang mengatakan komisyen saya sedang diproses.

pembayaran_komisyen_affiliate

 

Ikut kepada kefahaman saya, bayaran yang saya terima pada 1 April tempoh hari, itu merupakan hasil kerja-kerja promosi yang saya lakukan pada bulan March. Bayaran komisyen yang saya terima untuk kali kedua pada bulan April ni pula saya percaya ianya adalah bagi hasil promosi dalam bulan April ni jugak.

[Read more…]

Filed Under: Komisyen Affiliate Tagged With: buat duit dengan ashadee, komisyen ashadee

Produk PALING BEST dan BERJASA Yang Saya Pernah Beli di Ashadee

November 12, 2014 by sabree hussin 12 Comments

Ada banyak produk yang dijual di laman web Ashadee. Terlalu banyak sebenarnya.

Ada produk yang mengajar untuk buat duit online. Ada produk yang mengajar cara-cara untuk menghasilkan artikel yang boleh menjual dan mesra enjin carian. Ada juga ebook yang mengajar cara nak buat duit dengan adsense dan cara nak buat iklan di berjuta-juta laman web yang menyiarkan iklan adsense.

Ada software yang memudahkan kerja-kerja pemasaran di Facebook. Ada application yang boleh tarik likes secara automatik dan dengan pantas. Macam-macam produk lagi lah.

Masa mula-mula dulu, pernah juga saya terfikir nak beli semua produk yang dijual di Ashadee.

Kemudian saya terfikir… boleh beli. Tetapi, untuk apa?

logo ashadee

Adakah produk tersebut berguna dan sesuai untuk membantu menaikkan lagi sales bisnes yang sedia ada sekarang ni? Atau adakah produk yang ingin dibeli tu langsung tak ada kaitan antara satu sama lain?

[Read more…]

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: buat duit dengan ashadee

Susah Ke Nak Buat Duit Dengan Ashadee?

October 2, 2014 by sabree hussin 9 Comments

Jika ini adalah kali pertama anda mendengar nama Ashadee, ia sebenarnya merupakan sebuah platform jual beli produk digital dan fizikal secara online. Pada masa yang sama, pihak Ashadee juga membuka peluang kepada orang ramai untuk sertai mereka sama ada sebagai agen affiliate ataupun sebagai penjual (advertiser) di platform mereka.

Ok, jelas ye?

Sekarang ni yang jadi misterinya ialah, susah ke senang sebenarnya nak buat duit dengan Ashadee?

Kalau anda masuk ke blog Encik Titan, anda akan dapati dia ni selalu dapat komisyen. Mungkin setiap hari, pasti akan ada komisyen yang masuk dari Ashadee. Nilai yang masuk tu pula?

Bukan nilai kecik-kecik. Semuanya besar-besar.

Beberapa bulan kebelakangan ni, saya dah kurang mempromosikan produk-produk yang dijual di Ashadee. Sebabnya?

platform_buat_duit_ashadee

Lambat dapat bayaran ha ha

[Read more…]

Filed Under: Pemasaran Affiliate Tagged With: buat duit dengan ashadee, buat duit tanpa modal

Jom Belajar Teknik Hasilkan RM800 – RM1,000 Menerusi Pemasaran Affiliates

March 30, 2014 by sabree hussin 1 Comment

Salah satu laman web yang best untuk buat duit online ialah laman web Ashadee. Laman web ini dulunya dikenali sebagai Jomniaga.com

Tadi saya saja-saja check dekat bahagian leaders.

Tengok-tengok ada pulak nama saya dah masuk dalam ranking top affiliates untuk tahun 2014.

buat duit dengan affiliates ashadee

Nama saya kini berada dalam tempat ke 63 🙂

Syarat untuk tersenarai dalam carta ini dah tentu perlu buat sales. Bukan sekadar buat sales, malah pada masa yang sama perlu buat sales yang banyak.

[Read more…]

Filed Under: Pemasaran Affiliate Tagged With: buat duit dengan ashadee

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • Senarai kerja popular untuk pelajar lepasan SPM dan yang baru menamatkan pengajian di universiti
  • Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog
  • Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Recent Comments

  • Vickki on Senarai pembekal dan contoh kertas kerja perniagaan kedai runcit
  • aaron hafix on Cara nak dapatkan kerja apabila menjadi seorang freelancer
  • Shila on Buat duit dengan Dropship: Panduan menjana pendapatan dengan dropship
  • sabree hussin on Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • sabree hussin on Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online?

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in