Bagaimana rasanya apabila berjaya meraih komisyen dari program affiliate secara konsisten setiap bulan?
Pada satu masa dulu, saya beranggapan ini semua tak akan jadi kenyataan. If it is too good to be true, maybe because it is not true.
Sebenarnya, bila saya lihat semula perjalanan hidup saya dalam bidang pemasaran produk-produk affiliate ni, hakikatnya saya “terpaksa” lalui perjalanan yang sukar untuk merasai sendiri apa yang sedang saya rasai sekarang ni.
Malahan pada ketika ini, saya masih belum lagi menganggap yang diri saya betul-betul dah berjaya. Masih terlalu banyak yang perlu saya pelajari. Sebarang teknik pemasaran yang saya dah tahu, banyak lagi yang saya tak sempat dan asyik bagi alasan untuk saya laksanakan.
Komisyen affiliate dari Klikjer untuk bulan November 2015
Alhamdulillah. Pertamanya saya nak ucapkan terima kasih kerana anda membeli salah satu produk yang dijual di klikjer menerusi link affiliate saya. Saya tak kenal siapa anda. Anda juga mungkin tak kenal siapa saya. Tetapi ketahuilah, dengan tindakan anda membuat pembelian, saya juga memperoleh manfaatnya.
Bayaran komisyen dari klikjer untuk bulan November 2015 telah pun selamat diterima. Mudah-mudahan sebelum berakhir bulan November ni, ada lagi komisyen yang akan saya terima.
“Kenapa saya asyik menulis tentang pembayaran komisyen yang saya terima?”
Saya berpendapat… Berita baik perlu dikongsikan bersama.
Terutama sekali untuk kawan-kawan dan saudara-saudara yang masih lagi buntu dan tak tau, macam mana nak buat duit tambahan di internet.
Saya akui anda mempunyai terlalu banyak pilihan untuk buat duit online. Tetapi, disebabkan terlalu banyaknya pilihan, sampaikan ada yang tak tau, mana satu pilihan yang tepat untuk dirinya. Bukan seorang dua yang TERSESAT di internet.
Mereka memilih untuk mempromosikan program-program yang bersifat scam dan menipu ahli-ahlinya. Sebahagiannya hanya sekadar money game, yang hanya mengagih-agihkan duit penyertaan ahli baru kepada sesama ahli lama.
Anda bukannya tak ada pilihan lain.
Ada banyak lagi peluang untuk anda buat duit dengan cara yang lebih murni dan bersih berbanding terjebak dengan money game yang tak beri nilai tambah langsung.
Secara peribadi, saya lebih rela buat duit dengan affiliate. Biarlah orang kata, buat duit dengan affiliate ni susah sikit, itu lebih baik berbanding saya terjebak dengan skim-skim penipuan terancang yang berselindung di sebalik laman-laman web buat duit.
“Semoga anda terbuka hati untuk buat duit dengan affiliate”
Saya nak mengajak anda untuk sama-sama dengan saya untuk buat duit dengan program affiliate.
Tak kira siapa anda, apa latar belakang anda, apa pekerjaan anda sekarang, berapa usia anda… anda boleh buat duit dengan affiliate. Sama ada anda nak jadikan pendapatan dari program affiliate sebagai sumber pendapatan utama ataupun sebagai pendapatan sampingan semuanya terserah kepada anda.
Jika anda ikuti perkongsian yang saya muatkan dalam blog ini, anda akan dapati, untuk buat duit dengan program affiliate secara konsisten pada setiap bulan bukannya suatu yang mustahil. Saya sedang lakukannya, dan anda juga boleh lakukan.
Untuk anda mula buat duit dengan program affiliate, tak ada bayaran yang perlu anda lakukan. Rata-rata program affiliate boleh disertai secara PERCUMA.
Ini bukan program referral seperti Tone Excel yang mensyaratkan anda untuk membeli simkad berharga RM90 untuk sertai.
Berapa lama dan berapa ramai pelanggan yang anda perlu ada untuk memperolehi income sebanyak RM50 setiap bulan dari program Tone Excel?
Adakah cukup memadai dengan mempunyai seorang downline di level 1? Jawapannya ialah TAK CUKUP.
Anda boleh kira sendiri, dengan bayaran komisyen sekitar 6% – 10% daripada jumlah topup pelanggan anda di level 1, anda mungkin memerlukan sekurang-kurangnya 5 orang downline di level 1 yang lakukan topup RM100 setiap bulan.
Maka tak hairanlah apabila saya temui ada ramai rakan-rakan penulis blog yang tak heran pun nak join TE sebabnya mereka boleh dapat income yang lebih lumayan hanya dengan menyertai program affiliate dan fokus untuk buat duit dengan affiliate.
Oh ya, untuk makluman anda, komisyen yang dibayar ini adalah hasil jualan satu produk sahaja di klikjer. Dengan komisyen sehingga 70% per jualan, maka tak hairanlah kalau dapat komisyen sebanyak RM60++ untuk setiap jualan yang terhasil.
Bukan nak downgrade Tone Excel. Jangan salah faham ya. Perbandingan ini saya lakukan supaya anda dapat lihat, potensi keuntungan dan pendapatan yang boleh dijana dalam affiliate marketing juga tak kurang hebatnya.
Biasanya, siapa yang dapat komisyen dari affiliate marketing ni, mereka memang akan diam-diam je. Tak ada nak bising-bising macam orang MLM. Cuma beberapa kerat je yang suka berkongsi, macam saya dan beberapa penulis blog lain.
Tahun akan datang ni, ada banyak lagi yang bakal naik harga. Jadi, apa kata anda bersiap sedia. Buka lagi banyak channel untuk buat duit tambahan.
“Anda nak panduan khusus untuk buat duit dengan klikjer?”
Kalau nak yang spesifik untuk klikjer, dapatkan panduan ni.
Panduan ni dinamakan Rahsia Klikjer. Tak ada paksaan pun untuk anda dapatkan. In fact, pada pendapat saya, jika anda rasa panduan ini tak perlu, tak payah beli pun tak apa.
Panduan-panduan macam ni, lazimnya ditulis untuk mereka yang betul-betul tak tau, dan memang ada niat nak belajar. Bila dah tau, terus nak praktikkan, bukan sekadar untuk orang yang sekadar nak tau kemudian tak praktikkan apa yang dia tau.
Lepas ni dah tak nak buang masa.
Nak kena usaha lagi keras. Lagipun, pulangannya memang lumayan, dan In Shaa Allah kalau kena dengan gayanya, boleh gunakan duit dari affiliate untuk cepat-cepat selesaikan hutang dan tambah stok emas.
Hero Borneo says
tahniah tuan kerana berjaya menghasilkan jualan dari produk Klikjer…saya doakan ia secara konsisten setiap bulan.
Jie Susanos says
tahniah bro secara consitent dpt komisen klikjer..
Bahrain says
Tanhniah! dah dapat komisen,. ;D
rohimah design says
tahniah!..affiliate mmg jln terbaik buat duit sbb xperlu kluarkan modal pun dah blh buat duit..tapi mmg kena rajin la..saya pun tengah belajar jgk ni,baru berjinak2 nak buat income melalui affiliate..
titan says
memang best main affiliate nih. haha..
zik says
kalau kena caranya memang best setiap bulan komisyen masuk.. bagi yang dah lama dalam affiliate
Hajar Shikin says
Hati saya dah lama terbuka untuk buat duit dengan affiliate.Haha. Cuma kena banyak belajar dan lebih serius lagi
anuar says
Tahniah… banyak gak tu… boleh buat isi duit minyak kereta.. 😉
nikkhazami says
tahniah. kalau kena caranya mmg banyak dpt komisen
Ikhwan says
hasil memang kena tunjuk, kalau tak orang tak percaya 🙂
Bisnes Online says
mantap la hang, aku masih belum aktif bebetul ngan klikjer nih, rasanya tahun depan klikjer dan ashadee aku nak jadi top rank. Doakan aku.. 🙂
ahmadyani says
Belum konsisten lagi dapat komisen ni. Tapi sekurang-kurang ada dapat….
Raihanah Ahmad says
untungnya dah dapat komisen
Faizul Ali says
Yeaahh..bestnya dapat kominsyen…kan…