Akhirnya… program affiliate untuk para pencinta buku-buku telahpun dilancarkan di Malaysia! Ok mungkin cuma saya seorang sahaja yang lambat tahu tentang ini.
Saya perkenalkan, laman web bookcafe.com.my
Laman web ini memang tak asing lagi buat para pencinta buku. In fact, laman web ini pun sebenarnya telahpun beroperasi sejak tahun 2007 lagi. Pada awal-awal operasi laman web ini dulu, program affiliate masih belum ditawarkan. MUNGKIN… pada waktu tu pihak pengurusan masih belum lagi temui teknologi untuk mengintegrasi program affiliate dalam kempen jualan buku-buku di laman web mereka.