Tips bayar hutang kad kredit cara orang tak ada duit

by sabree hussin on July 7, 2015

in kewangan

Apa yang anda bakal baca menerusi entri ini ialah cara dan teknik yang saya sendiri gunakan untuk bayar hutang kad kredit. Saya namakan teknik ini sebagai “Teknik selesaikan hutang kad kredit cara orang sengkek”. In Shaa Allah, saya akan cuba dengan sedaya upaya saya untuk konsisten dan terus menerus amalkan teknik ni sampailah hutang kad kredit saya selesai seratus peratus.

 

Kalau anda sememangnya berduit, teknik ni tak sesuai untuk anda. Jika anda jenis yang suka ikut jadual pembayaran yang ditetapkan oleh bank, teknik ni juga kurang sesuai untuk anda. Jika anda dah pun mempunyai rutin pembayaran yang anda dah selesa, itu lebih baik untuk anda kerana teknik ini mungkin kurang sesuai untuk anda.

bagaimana_bayar_hutang_kad_kredit

Tahukah anda, jika sekiranya anda berhutang sebanyak RM3,000 dari bank anda menerusi kad kredit, anda memerlukan sekurang-kurangnya 4 tahun 8 bulan untuk anda langsaikan hutang-hutang tersebut!

 

Kenapa lama sangat?

Jangan tanya saya. Saya pun tak ada jawapannya. Maklumat ni pun sebenarnya saya perolehi daripada surat penyata kad kredit yang dihantar kepada saya setiap bulan. Dalam penyata tersebut turut dinyatakan, ianya mengambil masa yang begitu panjang sekiranya

1. Anda cuma membayar minimum payment sebanyak RM150 sahaja setiap bulan

2. Kadar interest rate adalah sebanyak 18% setahun

3. Anda tidak pernah lewat membuat bayaran balik

4. Anda tidak membuat sebarang pembelian ataupun transaksi tambahan menggunakan kad kredit yang sama

 

Apabila cukup 4 syarat kat atas ni, maka paling cepat untuk anda selesaikan hutang-hutang anda ialah dianggarkan selama 4 tahun 8 bulan. Seram bukan? Itu kalau anda hanya ada satu kad kredit. Bayangkan jika anda lebih daripada satu kad kredit. Ada dua, tiga dan mungkin lebih dari tu. Bagaimana dan berapa lamakan masa yang bakal anda perlukan untuk selesaikan kesemua hutang-hutang anda tu nanti?

 

Untuk anda yang sememangnya mempunyai pendapatan tetap, anda mungkin tak ada sebarang isu untuk buat pembayaran secara berkala setiap bulan dalam amaun yang tetap. Ini berbeza dengan mereka yang tak ada pendapatan tetap. Ada masa duit yang masuk banyak, ada kala duit yang masuk hanya sedikit, dan kadang-kadang alami kerugian.

 

Maka atas sebab itu saya berpendapat, kaedah biasa mungkin kurang sesuai. Khas untuk anda, jika anda juga sengkek macam saya tetapi masih lagi bersemangat nak langsaikan hutang kad kredit anda. Ini cara yang saya buat.

 

1. Wujudkan sumber pendapatan khas untuk bayar kad kredit

Jangan bergantung pada sumber pendapatan sedia ada untuk anda bayar hutang kad kredit. Sebabnya? Ia tak akan cukup… Mudah sahaja sebenarnya, kalau pendapatan anda mencukupi, anda pasti tak akan apply kad kredit sebelum ni.

 

Saya tak pasti sama ada anda bersetuju dengan saya ataupun tidak, tetapi hakikatnya ialah disebabkan pendapatan anda sebenarnya tidak mencukupi, maka atas sebab itu anda ada masalah kewangan dan untuk selesaikan masalah tu anda apply kad kredit.

 

Masalahnya sekarang ni ialah, bila anda dah apply kad kredit, pendapatan anda mungkin tak bertambah, tetapi kini anda dah pun mempunyai bebanan tambahan. Iaitu hutang kad kredit. Anda akan jadi makin susah kalau anda bergantung semata-mata pada pendapatan sekarang untuk bayar hutang kad kredit.

 

Oh jangan buat hutang lain, seperti hutang personal loan untuk bayar hutang kad kredit. Sebaik-baiknya anda cuba kaedah ni dulu, iaitu wujudkan sumber pendapatan baru khusus untuk bayar hutang kad kredit.

 

Secara peribadi, saya menggunakan komisyen-komisyen yang saya terima daripada program affiliate untuk bayar hutang kad kredit. Jika anda tak pernah dengar apa itu program affiliate, anda boleh dapatkan panduan yang saya hasilkan, iaitu: Jurnal Pemasaran Affiliate.

 

Ringkasnya, cukuplah saya katakan, menerusi program affiliate anda memang boleh buat duit tambahan dan boleh dijadikan sumber untuk selesaikan hutang kad kredit. Jika anda masih kurang percaya, boleh baca entri-entri saya mengenai komisyen affiliate disini. Saya ada juga selitkan beberapa tips dan strategi yang mungkin berguna untuk membantu anda buat duit dengan affiliate nanti.

 

2. Bayar hutang sedikit demi sedikit setiap hari secara konsisten

Jangan ikut jadual yang bank tetapkan. Sebaliknya anda bayar ikut jadual anda sendiri. Yang penting anda mesti ada buat bayaran walaupun cuma RM4 sahaja. Bunyi macam kelakar, kan? Namun itulah yang saya sendiri buat. Anda tak semestinya perlu bayar RM4 sahaja, kalau anda nak bayar lebih pun tak ada masalah. Silakan buat bayaran ikut jumlah yang anda selesa dengannya.

 

RM4 yang saya buat ni sekadar demo sahaja. Sebabnya baki hutang saya ada amaun RM4.51 dibelakangnya. Jadi saya nak clearkan yang tu dulu.

tips_bayaran_balik_kad_kredit

 

Katakanlah, anda nak ikut cara yang saya gunakan iaitu nak gunakan income dari program affiliate untuk bayar hutang kad kredit. Satu perkara yang saya kira anda patut tahu ialah, jadual pembayaran komisyen affiliate ni adakalanya ia tak tetap. Ia berkait rapat dengan tarikh bila anda berjaya buat sales. Sales ni pulak sangat berkait rapat dengan berapa kerap anda buat marketing dan sama ada sasaran pelanggan anda memang benar-benar ada duit pada ketika tu.

 

Memandangkan jadual pembayaran komisyen pun tidak tetap, jadi saya pun tidaklah meletakkan satu amaun yang besar untuk dibayar kepada pihak bank. Apa yang saya cuba buat sekarang ni ialah untuk memastikan setiap hari ada transaksi.

 

Kebetulan, hari ni ada komisyen affiliate yang dibayar ke akaun saya. Boleh baca yang saya tulis: Komisyen affiliate jobdirumah Julai 2015. Duit inilah yang saya gunakan untuk pembayaran balik hutang kad kredit. Esok saya akan bayar lagi, juga guna duit ni atau jika esok ada lagi bayaran komisyen yang saya terima, saya akan bayar lebih.

 

Apa nak buat kalau tiada sumber pendapatan lain

Mudah sahaja. Jika anda degil dan tak mau berusaha lebih sikit untuk wujudkan sumber pendapatan baru, maka nak tak nak terpaksalah anda jimatkan dan potong bajet untuk perbelanjaan anda. Sebagai contoh, kalau sebelum ni, perbelanjaan harian anda ialah RM30 sehari, maka anda potong la jadi RM20 sahaja.

 

Gunakan yang RM10 atau nilai lain yang lagi kecik dari itu untuk tujuan menyelesaikan hutang kad kredit. Saya tahu, tak ramai yang sanggup gunakan kaedah potong perbelanjaan ni. Saya pun sama. Maka atas sebab inilah, saya pilih untuk wujudkan sumber pendapatan yang baru. Anda dah nampak rasionalnya?

 

Baiklah, saya doakan semoga anda bebas hutang. Lazimnya, orang yang ada hutang kad kredit, pada masa yang sama dia juga ada hutang rumah, kereta, personal, study dan sebagainya. Apa pun, saya doakan semoga anda sihat dan dapat langsaikan hutang anda agar tak membebankan insan lain yang menjadi tanggungan anda di masa akan datang.

 

Selamat mencuba dan semoga berjaya. Harap entri kali ini bermanfaat untuk anda.

 

 

 

Be Sociable, Share!

{ 6 comments… read them below or add one }

Riza Afzan Asri July 7, 2015 at 11:50 pm

Nak kongsi dengan Encik Suami artikel ni..

Reply

sabree hussin July 8, 2015 at 10:12 am

Sila-sila ๐Ÿ˜€

Reply

musadun July 8, 2015 at 7:26 am

ramai yang terperangkap dengan hutang kad kredit ni. kebanyakannya yang tak ada ilmu bagaimana kredit kad ni berfungsi.

Reply

ridhwan July 8, 2015 at 9:01 pm

mesti lebih berhati-hati lepas nie agar tak tertangkap dengan masalh hutang kad kredit ni..

Reply

Noriza Rahman July 9, 2015 at 11:12 am

Hutang kad kredit ni sangat menyesakkan hidup kan? Tapi siapa yang dah terjebak tu kalau ikut saranan diatas pastinya dapat langsaikan dengan cepat

Reply

Mazlina March 6, 2017 at 9:47 am

Kad kredit ni kalau tak guna dengan bijak memang lebih banyak mudarat daripada kebaikan.

Reply

Leave a Comment

{ 8 trackbacks }

Previous post:

Next post: