UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Cara bagaimana anda boleh gunakan blog untuk buat duit dengan Affiliate

September 14, 2015 by sabree hussin 25 Comments

“Bagaimana caranya untuk anda memanfaatkan fungsi blog secara maksimum untuk menjana pendapatan daripada program affiliate?”

 

Program affiliate adalah salah satu sumber pendapatan yang penting untuk blog ini. Potensi pendapatan dari program affiliate juga tiada hadnya. Asalkan ada kerajinan untuk buat promosi, tau strategi untuk tarik trafik yang tertumpu (targeted traffic), In Shaa Allah boleh dapat jualan daripada program affiliate.

 

Tahukah anda, sebenarnya terdapat lebih daripada satu cara untuk buat duit dengan blog menerusi program affiliate?

buat_duit_dengan_blogging

Hari ini, saya akan ceritakan beberapa method yang saya percaya anda juga boleh aplikasikan dalam masa 24 jam dari sekarang. Anda boleh pilih sama ada nak lakukan kesemua tips-tips ini ataupun pilih mana-mana yang sesuai dengan anda. Jom kita lihat.

 

1. Siarkan banner dari program affiliate

Contoh banner adalah seperti ini:

 

Contoh diatas adalah banner daripada platform Affiliate Network dari Ashadee. Banner tersebut boleh diperolehi di member area dan sebenarnya terdapat pelbagai saiz yang anda boleh pilih. Lazimnya, blogger akan meletakkan banner tersebut dibahagian side bar blog mereka.

 

Menggunakan banner seperti ini, bukan sahaja berpotensi untuk mendapatkan klik dari potential prospect, malah pada masa yang sama, ia juga berupaya untuk mencantikkan lagi blog anda.

 

2. Bina blog khusus untuk mempromosikan produk affiliate yang spesifik

Blog tersebut dibina khusus untuk mempromosikan produk affiliate pilihan anda. Anda tak boleh campur-campur dengan produk-produk lain. Memandangkan proses untuk bina blog sebenarnya mengambil masa yang agak panjang, jadi sebaik-baiknya pilihlah produk yang bersifat evergreen, dan pada masa yang sama turut menawarkan komisyen yang tinggi. Sekurang-kurangnya RM20 per sale.

 

Fungsi blog ini dihasilkan bukan sekadar untuk menghasilkan jualan, sebaliknya pada masa yang sama, ia juga bertujuan untuk membantu bakal pelanggan untuk buat keputusan sama ada sesuatu produk itu bagus untuk dibeli atau sebaliknya. Pendekatan yang anda patut gunakan untuk menulis dalam blog ini sepatutnya adalah untuk membantu bakal pelanggan buat keputusan, dan bukannya sekadar untuk memaksa mereka untuk membuat pembelian ya.

 

3. Iklan dalam post

Kebiasaannya, kita akan masukkan iklan dalam bentuk teks dalam artikel yang kita terbitkan. Iklan selalunya akan dimasukkan di bahagian pertengahan artikel.

 

Contohnya

Jangan buat sebarang pembelian sebelum anda semak harga disini! Kat sini ada banyak produk berkualiti tinggi dijual dengan harga DISKAUN!ย 

 

Sekiranya artikel yang anda tulis adalah berkisarkan tentang kisah tertentu, anda juga boleh masukkan iklan seperti ini sebagai selingan. Untuk meningkatkan kebarangkalian untuk dapatkan jualan, produk tersebut sebaik-baiknya ada kaitan dengan topik yang anda sedang bincangkan.

 

Walaubagaimanapun, selalu juga saya nampak, ada penulis blog yang masukkan iklan yang langsung tak ada kena mengena dengan konten dan konteks artikel yang sedang ditulis.

 

4. Iklan jenis teks pada sidebar

Kalau tadi, kita siarkan iklan dalam bentuk banner di side bar, kali ini kita buat sedikit perubahan. Kita siarkan iklan jenis teks di bahagian side bar pula.

 

Kelebihan menggunakan iklan jenis teks ni ialah, kita boleh sentiasa ubah-ubah ayat-ayat iklan tersebut dengan mudah. Kalau rasa macam ayat tak cukup power, boleh tukar pada bila-bila masa. Berbeza dengan guna banner, nak kena ubah design ni jadi satu hal pulak. Melainkan anda memang ada kepakaran dari segi design jadi itu tak ada masalah.

 

Contoh ayat iklan yang boleh dimasukkan dibahagian side bar

Anda pasti akan TERKEJUT skrip FB ini boleh hasilkan duit lumayan

 

5. Hyperlink keyword tertentu

Selalunya, kita akan hyperlink kata kunci tertentu dengan produk affiliate yang sesuai yang ada sangkut paut dengan topik yang sedang kita bincangkan dalam artikel.

 

Sebagai contoh, kalau pada waktu tu kita tengah bercerita tentang sistem autoresponder emelmatik, maka setiap kali kita sebut tentang kata kunci emelmatik, kita akan bina hyperlink dengan link affiliate kita.

 

6. Pop up

Pop up memang BERKESAN.

 

Berapa ramai kat sini yang rasa annoying bila bukak sesebuah laman web kemudian benda pertama yang muncul depan mata kita ialah pop up? Saya pun rasa ianya agak annoying. Walaubagaimanapun, penggunaan pop up memang sangat efektif, kerana amat jarang pelawat akan terlepas pandang dengan pop up.

 

Ada dua jenis pop up yang anda

Iklan Tawaran produk

Dalam contoh ini, pop up yang muncul ialah laman jualan untuk produk yang anda sedang promosikan.

Pop up tak semestinya terus muncul di skrin pelawat, ia boleh juga muncul dibelakang active windows pelawat.

 

Opt in form

Contohnya adalah seperti ini

buat_duit_affiliate_dengan_blog

Tugasnya ialah untuk mengumpul senarai nama dan emel pelawat yang masuk ke web ini. Walaubagaimanapun, saya hanya kumpul pelawat jenis yang ada bisnes sendiri dan berminat untuk naikkan lagi pendapatan mereka dengan menambahkan channel pengiklanan perniagaan mereka.

Ya boleh beriklan di laman web ini jika mereka berminat.

Dari masa ke masa juga, saya boleh tawarkan kepada mereka ini produk-produk tertentu.

 

7. Advertorial

Konsep advertorial ialah kita menggunakan artikel untuk mengiklankan tentang sesuatu produk ataupun tawaran servis. Dalam artikel advertorial, tak semestinya kita menceritakan sesuatu produk secara spesifik. Boleh juga kita gunakan angle untuk menceritakan tentang sebuah situasi, sebuah senario, penceritaan tentang pengalaman dan sebagainya.

 

Ianya tidak terhad melalui satu pendekatan semata-mata. Contohnya, jika anda sedang mempromosikan program latihan Jobdirumah misalnya, anda boleh gunakan pendekatan untuk menceritakan betapa seronoknya anda dapat bekerja hanya dari rumah dan tak perlu lagi bersusah payah untuk ke tempat kerja. Dalam konteks ni, tak perlu pun nak terlalu menyebutkan tentang program latihan tersebut. Cuma, jika ada pelawat yang nak tau dengan lebih lanjut, bolehlah terus layari laman web jobdirumah.

 

“Mana satu kaedah yang paling berkesan?”

Jawapan saya mudah sahaja. Kaedah yang berkesan adalah gabungan kesemua kaedah-kaedah ini!

 

Walaubagaimanapun, anda sebenarnya boleh lihat mana satu yang berkesan dengan memasang fungsi sistem tracking. Dengan sistem tracking ini, anda boleh monitor berapa banyak klik yang anda perolehi untuk jenis iklan yang berbeza.

Adakah klik paling banyak untuk iklan jenis banner?

Adakah klik paling banyak untuk iklan jenis advertorial?

Adakah klik paling banyak terhasil untuk iklan jenis teks yang disiarkan di sidebar?

 

Memandangkan semua ini tidaklah sesukar mana untuk dilakukan, terutama sekali untuk para penulis blog, jadi lazimnya blogger akan gabungkan kesemua teknik ini pada blognya.

 

Baiklah, sekarang ni, anda dah pun tau sekurang-kurangnya terdapat 7 cara bagaimana anda boleh duit dengan program affiliate hanya dengan menggunakan channel blog. Ianya tidak sesukar mana, namun pada masa yang sama, ia juga tidak menjanjikan anda bakal memperoleh wang mudah. Ia masih lagi perlukan kesungguhan yang tinggi untuk berjaya dapat jana pendapatan dengan konsisten.

 

Apa pun, model buat duit dengan cara ini memang TERBUKTI berkesan.

 

 

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Bagaimana cara buat duit dengan Program Affiliate Shaklee?
  2. 10 Cara buat duit dengan blog – Cara keempat dah berikan saya ribuan ringgit
  3. 10 cara bagaimana boleh buat duit dengan main games
  4. Bagaimana cara mudah buat duit dengan menulis di blog?

Filed Under: Pemasaran Affiliate Tagged With: buat duit dengan affiliate, tips buat duit dengan affiliate

Comments

  1. ringantangan says

    September 14, 2015 at 7:56 pm

    Saya pun tengah mencuba mencari pendapatan melalui affiliate ni.

    Reply
  2. Adzrif Sidek says

    September 14, 2015 at 8:38 pm

    Walaupun popup annoying,
    tapi secara jujurnya memang paling efektif rasanya.

    Lagi-lagi kalau kumpul database prospek.

    Tak gitu? ๐Ÿ™‚

    Reply
  3. Uncle Zuan says

    September 14, 2015 at 10:54 pm

    terbaik bro artikel ni. boleh jadi rujukkan

    selama ni tak pernah pki popup, rasa nak pakai tuk promote fb page

    Reply
  4. Ibu Zarith says

    September 14, 2015 at 11:22 pm

    Best ni, boleh buat duit kopi kan =)

    Reply
  5. mrhanafi says

    September 15, 2015 at 12:30 am

    mengabungkan semua teknik tersebut memang terbaiklah tuan..

    Reply
  6. seri nian says

    September 15, 2015 at 6:11 am

    belum terjah lagi pasal ashade tu, mcm menarik

    Reply
  7. Noriza Rahman says

    September 15, 2015 at 6:49 am

    Sangat details perincian yang diberikan…mana tahu saya pun akan buat affiliate pula nanti

    Reply
    • sabree hussin says

      September 15, 2015 at 12:34 pm

      Boleh selit-selitkan sikit pada mana-mana bahagian yang sesuai nanti ๐Ÿ˜€

      Reply
  8. ajumohit says

    September 15, 2015 at 7:11 am

    cara dah ada, cuma perlu praktikkannya, tq for sharing

    Reply
  9. titan says

    September 15, 2015 at 7:19 am

    iklan jenis popup yang aku rasa kena elakkan.

    aku memang tak suka mana-mana site atau blog tetibe keluar popup.

    haha..

    Reply
  10. hasrozi says

    September 15, 2015 at 10:51 am

    bleh praktikkan nanti..

    nak buat jenis pop up mcm mana bro sabree..boleh kongsikan..

    Reply
    • sabree hussin says

      September 15, 2015 at 12:34 pm

      Pakai plugin je. Ini kalau guna platform dari wordpress ๐Ÿ˜€

      Kalau blogspot pun boleh tapi saya tak berapa mahir macam mana caranya

      Reply
  11. reezluv says

    September 15, 2015 at 10:57 am

    lain blogger, lain readernya..ada yg dapat sales daripada banner lebih daripada teks..itulah pentingnya blogger kena track dari mana klik datang..:D

    Reply
  12. Hero Borneo says

    September 15, 2015 at 3:21 pm

    Jika kena dengan usaha dan bijak aplikasi maka kejayaan boleh dalam tangan

    Reply
  13. rahimah says

    September 16, 2015 at 12:36 am

    Pop up memang annoying tapi customer paling ramai datang dari situ he he…boleh set pop up tu supaya tak terlalu kerap keluar ye tak?

    Reply
  14. Jie Susanos says

    September 16, 2015 at 12:02 pm

    tunjuk ajar yg awesome bro sabree…

    cuba praktikkan..

    Reply
  15. Hajar Shikin says

    September 16, 2015 at 12:45 pm

    Ada beberapa cara diatas yang masih belum digunakan, lepas ni mungkin boleh cuba

    Reply
  16. Ikhwan says

    September 16, 2015 at 3:07 pm

    meski pun ada banyak teknik, blogging adalah salah satu cara promosi affiliate yang berkesan.

    Reply
  17. zik says

    September 16, 2015 at 6:11 pm

    teknik seo ada advantage.. sebab ia adalah request dari visitor yang mahukan produk itu..

    Reply
  18. dja says

    September 16, 2015 at 6:16 pm

    Boleh dikatakan 90 % dah buat tapi yang no 6 tu huhuhu …. sangat sis tak suka. Mungkin lepas ni nak kena ubah supaya suka ๐Ÿ˜€

    Reply
  19. Hafizul says

    September 19, 2015 at 4:32 pm

    Huhu..bukan senang nak buat semua ni..nak kena usaha lagi keras nampaknya…

    Reply
  20. myrujukan says

    September 19, 2015 at 7:37 pm

    aku pun dah start dah main affiliate ni sejak hujung tahun lepas. so skrg dah 10 bulan dah

    Reply
  21. abdfatah says

    October 9, 2015 at 2:27 pm

    kena usaha lebih lagi nih nak buat duit banyak2 dengan blog….

    Reply
  22. Roslan says

    November 23, 2015 at 7:10 am

    terlalu banyk affiliate program terdpt skrg ni…smpi aku x tau mana satu nak join.
    Lagi satu macamna nak promote..

    Reply
    • sabree hussin says

      November 23, 2015 at 2:11 pm

      Betul tu, memang banyak. Pendapat saya la kan, tak perlu pening-pening nak fikir nak pilih yang mana. Buat je semua yang termampu. In Shaa Allah, semuanya boleh buat duit

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu
  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 ยท News Pro Theme on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in