Tahukah anda, karya penulisan anda tu sebenarnya ada nilainya yang tersendiri!
Berapa nilainya? Nilainya mungkin tak sama, bergantung kepada siapa yang bakal membaca hasil tulisan anda. Jika hasil tulisan anda itu mampu untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi oleh pembaca, maka karya anda itu akan dilihat lebih bernilai berbanding karya penulisan yang umum sifatnya.
Ataupun, jika karya penulisan anda itu mampu menggembirakan dan memuaskan hati pembaca, ia juga akan dilihat mempunyai nilai yang tinggi.
Saya berpendapat, untuk menghasilkan karya penulisan yang mampu membuatkan orang gembira, berjaya buat orang seronok apabila membacanya, ianya agak sukar.
Lagipun, saya bukanlah seorang penulis yang hebat. Saya tidak begitu pandai dalam menghasilkan karya penulisan yang mampu membuatkan pembaca terbuai dan seronok membaca apa yang saya tulis.
Mujurlah, menulis ini adalah satu skil yang boleh dilatih dan diperbaiki. In Shaa Allah dengan latihan yang berterusan, lama kelamaan akan jadi semakin bagus.
Takut dengan idea untuk jadi penulis di internet
Biasalah tu. Kalau tak biasa, memang akan rasa takut. Rasa takut, malu, risau… perasaaan tu bercampur baur.
“Ada ke orang yang nak baca apa yang aku tulis nanti?”
“Kalau kena kritik macam mana?”
“Kalau kena kecam macam mana?”
“Macam mana kalau orang yang kenal aku, tiba-tiba dia baca apa yang aku tulis?”
Setiap masa, akan ada sahaja bisikan-bisikan halus yang akan melemahkan semangat kita untuk menulis dan berkarya. Kita tahu, bisikan-bisikan tu adakalanya langsung tak memberi kebaikkan kepada kita, tapi akhirnya kita dengar juga.
Jadi kat sini, saya nak ajak anda untuk mula menulis di internet sekarang juga. Kalau tak nak mula sekarang, kita mula pada hari ini juga. Dalam catatan kali ini, saya juga akan terangkan secara ringkas bagaimana anda juga boleh buat duit di internet hanya dengan menjadi penulis blog.
Rasa takut kalau-kalau penulisan kita tu tak ada pembaca
Ini pun salah satu perkara yang menjadi “ketakutan” saya apabila saya ingin mula menulis. Bimbang juga kalau-kalau apa yang saya tulis tu tak ada yang baca.
Maklumlah, saya ini menulis untuk menjual.
Sama ada menjual servis, menjual produk mahupun sekadar menjual idea. Sudah tentu, saya perlu seseorang atau banyak-banyak orang untuk baca apa yang saya tulis tu.
Bila ada yang baca, In Shaa Allah, adalah hasilnya. Bawah ni pula adalah contoh pendapatan yang terhasil daripada kerja penulisan yang saya jalankan.
Saya ada beberapa formula yang saya terapkan dalam karya penulisan saya. Formula ini, In Shaa Allah dapat memastikan setiap apa yang ditulis akan dibaca oleh golongan yang kita sasarkan.
Apa formulanya?
Mudah sahaja. Semasa nak menulis tu, pastikan apa yang kita tulis tu fokusnya adalah untuk memberi jawapan dan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi oleh pembaca yang kita sasarkan.
Kadang-kadang, memang kita tak dapat nak selesaikan masalah semua orang. Tetapi, setidak-tidaknya dengan sedikit informasi yang kita berikan, ia dapat digunakan untuk membantu menyelesaikan apa-apa masalah yang sedang dihadapi oleh pembaca tersebut.
Maka pada satu hari, saya pun mula mendapatkan nama domain soaljawab.my
Konsep laman web ini adalah untuk menghimpunkan setiap persoalan yang sering ditanyakan oleh pengguna internet dan pada masa yang sama, saya akan cuba bantu dengan memberikan jawapan yang bersesuaian.
Sudah tentu, ini bukan kerja yang mudah.
Terlalu banyak soalan yang masih belum terjawab hingga ke hari ini. Malahan, pada pendapat saya, soalan tu tak akan habis. Setiap hari, pasti ada soalan-soalan baru yang akan ditanya.
Motif untuk mengumpulkan koleksi soalan dan jawapan dalam satu tempat, bukan satu tugas yang mudah. Kalau nak buat sendiri-sendiri, memang tak menang tangan.
Pada masa yang sama, saya juga ada banyak lagi laman blog yang nak kena update selalu.
Itu sebabnya, saya ingin mengajak pembaca atau sesiapa yang membaca artikel ini, jika anda berminat, bolehlah menjadi salah seorang penulis jemputan di laman blog tersebut.
Buat masa ini, saya TIDAK menawarkan sebarang imbuhan dalam bentuk bayaran.
Walaubagaimanapun, saya memberikan anda sedikit kelonggaran untuk memasukkan link affiliate atau mempromosikan apa-apa produk yang berkaitan dengan konteks artikel yang anda bakal tulis nanti. Jika terdapat jualan, maka hasil jualan tersebut adalah 100% milik anda.
Dengan menjadi penulis jemputan ataupun penulis sambilan di laman web saya, iaitu soaljawab.my,
(1) Anda tak perlu susah payah nak bayar kos untuk sewa domain dan hosting
Kos untuk sewa domain dan hosting akan ditanggung oleh saya. Anda boleh fokus pada penulisan sahaja.
(2) Anda boleh menulis di laman web yang menggunakan nama domain sendiri walaupun anda tidak melanggan sebarang pakej hosting
Kenapa anda perlu join saya sebagai penulis di laman web soaljawab.my sedangkan anda boleh buat blog sendiri dan gunakan konsep yang sama!
Sebenarnya saya pun fikir benda yang sama.
Buat apa anda susah payah nak sertai projek blog saya? Sedangkan anda boleh buat sendiri. Mungkin jika anda buat sendiri, anda akan jadi lebih berjaya berbanding saya.
Anda juga mungkin lebih berbakat dalam bidang penulisan berbanding saya.
Satu perkara yang sering memberi masalah dan merencatkan perkembangan kita dalam bidang penulisan ni ialah, selalu tak ada masa yang cukup.
Anda ada blog? Cuba anda lihat blog anda. Dalam sebulan, berapa kali anda hasilkan karya penulisan yang baru? Agak-agak boleh dapat 10 artikel baru?
Atau kurang dari itu?
Kalau anda boleh hasilkan lebih 30 artikel dalam sebulan, saya kira itu dah kira cukup baik. Namun, kalau dah sampai tahap berbulan-bulan masih tak ada kemaskini dan pertambahan artikel, maka anda patut pertimbangkan untuk start menulis blog secara berkumpulan.
Jana pendapatan dengan menulis di blog soaljawab.my
Bagi tujuan penjanaan pendapatan, saya syorkan anda menggunakan program affiliate.
Ada beberapa program affiliate yang saya kira sesuai untuk disertai, antaranya
(1) Program Affiliate Lazada
(2) Program Affiliate Involve Asia
(3) Program Affiliate Bookcafe
(4) Program Affiliate Klikjer
(5) Program Affiliate Tim Infokerjaya
Selain daripada 4 program yang saya senaraikan diatas ini, juga ada banyak lagi program affiliate yang anda boleh sertai.
Ada juga program affiliate yang dianjurkan oleh orang perseorangan yang anda boleh sertai.
Jadi, sekiranya anda berminat nak sertai saya dan menjadi penulis jemputan, bolehlah hubungi saya menerusi pautan ini ya.
Konsep laman web soaljawab.my
Seperti namanya, laman web ini adalah berkonsepkan soalan dan jawapan. Saya memberikan kebebasan kepada anda untuk menulis apa-apa topik asalkan masih lagi berada dalam ruang lingkup konsep laman web tersebut.
rujukan says
keep it up bro, bro boleh pergi jauh, saya pun mcm tu juga, cuma bila banyak blog, agak serabut skit pastu banyak blog kehilangan trafik yang banyak, ada rasa macam lost 50% semangat kerana update algo google yang terbaru, tp xpa teruskan
sabree hussin says
Oh ye ke google ada tukar algo. Patut ada blog aku yang macam turun je traffic. Aku ingat traffic menurun sebab bulan puasa orang tak baca blog. Diorang bizi baca quran
thehaikal says
Aku pun fikir trafik turun disebabkan orang memperbanyakkan ibadat di dalam bulan ramadhan..rupenye ade google ade update algo ke..huhu..
Anuar says
Tahniah…
Kalau rajin, In Shaa Allah ada sahaja rezeki melalui blog yang boleh kita perolehi…
Hafiszan Kamarudin says
Penulisan memang boleh buat duit tetapi nak kena ada kemahiran yang tinggi. Bukan main tulis je
sabree hussin says
Betul tu. Kemahiran kena ada. Benda ni boleh belajar dan banyakkan latihan.
Rizki Maulida says
Mantap sekali memang pekerjaan menulis ini, bisa dikerjakan dimana saja tapi pemasukan tetap ada dan besar pula.
Nyawa bisa pergi, tapi tulisan akan abadi. Semoga tulisan menjadi amal jariah untuk kita
sabree hussin says
Bergantung juga kat mana tulisan tersebut dicoretkan. Jika dalam kitab, dan kitab tersebut sentiasa diulang cetak, maka bolehlah kita katakan tulisan kita tu akan abadi. Sebaliknya, kalau tulisan kita tu hanya di blog yang menggunakan domain dan hosting sendiri, ianya akan hilang juga apabila kita dah tak bayar yuran langganan domain dan hosting.
Syakilla Azam says
Google pun ada algo juga ke?? Killa pun baru nak bertapak untuk buat blog antara medium untuk berbisnes..
sabree hussin says
Ya memang ada. Algoritma ini digunakan dalam sistem ranking bagi hasil carian kata kunci tertentu di search engine. Google perlu pastikan hasil carian yang masuk ke muka surat pertama adalah yang paling relevan dan paling banyak beri manfaat kepada pengunjung, dan pengguna search engine mereka.
lisa says
saya ad buat blog tapi knp bila search x kluar ap yg kita tulis..saya nk bljar betul2 mcm mna nk buat blog btul2
sabree hussin says
Apa nama blog dan alamat url blog tu?