Jam tangan flash RPM Speedometer ini mempunyai pelbagai warna seperti berikut:
Antara pilihan warna kegemaran dan memang hot untuk jam tangan speedometer ini ialah
Warna hitam
Back up Generator serba guna!
|
A Reflection of Mind, Body & Soul
Jam tangan flash RPM Speedometer ini mempunyai pelbagai warna seperti berikut:
Antara pilihan warna kegemaran dan memang hot untuk jam tangan speedometer ini ialah
Warna hitam
Ada beberapa komen dalam blog ini yang saya klasifikasikan sebagai komen spam dan saya masih biarkan lagi dalam mode pending.
Dah beberapa hari komen tu duduk dalam tu…
Tak bercadang nak approve komen tu, dan tak juga bercadang nak delete komen tu.
Wait and see.
Nak tengok apa akan jadi lepas ni…
Individu ini mempromosikan program Clixsense dengan Neobux.
Masa zaman saya masih kecil dulu, saya juga tak sangka yang bila saya dah besar, saya akan buat duit dengan cara menulis.
Dulu saya ingat saya akan jadi doktor. Malahan saya jadikan kerjaya sebagai doktor sebagai cita-cita. Lepas je habis PMR, terus saya ambik aliran sains tulen. Dari situ saya mula kenal apa itu biologi, kimia, fizik, matematik tambahan dan sebagainya.
Saya paksa untuk masukkan input-input dari aliran tersebut hinggalah saya terpaksa mengalah dan mengaku, subjek biologi bukan untuk saya.
Baca ulang-ulang kali pun tetap tak masuk. Lama-kelamaan passion untuk jadi doktor makin luntur.
Harapan masih belum pudar. Jika bukan doktor, mungkin engineer. Jadi engineer juga masih lagi nampak hebat, kan?
Kemudian, perkara yang lebih kurang sama dengan yang sebelum ini terjadi kembali. Entah kenapa… entah di mana silapnya. Saya langsung tak boleh nak relate dengan apa yang diajar dalam matapelajaran fizik semasa diperingkat kolej matrikulasi dengan kehidupan.
Ketika kawan-kawan lain excited dengan ilmu fizik yang baru diterokai, saya jadi blur semacam. Even konsep fizik yang mudah, saya agak struggle untuk faham.
Ya, saya seorang slow learner. Ya, maybe saya seorang yang lambat pick up. At least itu yang saya fikirkan. Ketika kawan-kawan lain hanya perlu ulangkaji sekali dua untuk faham, saya perlu ulang kaji atau ulang baca at least 10 kali.
Bila saya bertukar aliran, kepada aliran sastera (art), iaitu perniagaan, barulah semuanya make sense. Saya pernah jugak terfikir, sepatutnya dari awal-awal lagi saya fokus pada aliran ini.
Dalam blog ini, saya dah tinggalkan banyak klu-klu dan tips-tips untuk para pembaca dan pelawat blog ini berjaya buat duit secara online. Ada perkara yang dilakukan itu, langsung tak memerlukan modal, ada juga yang perlukan modal.
Klu-klu tersebut berada dalam post-post yang berbeza dan tersebar merata-rata.
Kalau anda memang jenis yang baca semua artikel yang saya catatkan dalam blog ni satu per satu dan setiap satu. Tahniah saya ucapkan.
Saya pasti anda dah berjaya merungkai rahsia saya buat duit secara online.
Terima kasih saya ucapkan, kerana anda menyokong karya-karya yang saya terbitkan dalam blog ini.
Walaubagaimanapun, saya faham… tak semua orang ada masa nak baca semua sekali yang saya dah tulis dalam blog ini.
Ada setengah pelawat, mereka cuma baca beberapa artikel sahaja, itupun baca skip skip, lepas tu… selamat jalan. Dah tak kembali lagi ke blog ini. Maka rugi lah orang macam ni. Kerugian itu juga turut saya rasakan…
Sebabnya saya tak dapat nak sampaikan dan sebarkan ilmu yang bermanfaat ini untuk tujuan amal jariah.
Walaupun saya bukanlah peminat tegar dan pengamal kaedah pemasaran berbayar menggunakan platform FBAds, namun ini tak bermaksud saya langsung tak gunakan kaedah pemasaran tersebut.
Saya jarang guna FBAds.
Saya tak berapa gemar keluar duit untuk tujuan iklan.
Bajet yang saya ada, saya dah peruntukkan untuk langgan sistem autoresponder, domain dan hosting, dan lain-lain kos berbangkit yang diperlukan untuk buat kerja-kerja pemasaran online.
Jadi untuk kegunaan kaedah pengiklanan berbayar macam FBAds, saya akan limitkan. Kadang-kadang langsung tak ada 🙂
Kos untuk buat FBAds memang mahal sejak kebelakangan ini.
Mungkin sebab saya sendiri tak pandai nak dapatkan kos iklan yang murah.
Bila ada orang boleh dapat murah, tapi kita asyik dapat kos yang mahal, maka ada sesuatu yang tak betul disitu.
Penulis buku T. Harv Ecker dalam bukunya berjudul Secrets of the Millionaire Mind ada menyebutkan,
Kalau sesuatu yang kita buat tu tidak memberi hasil seperti yang kita harapkan, bermakna ada sesuatu yang kita tak tahu…
Jadi, kalau orang lain boleh dapat kos FBAds murah, tiba-tiba kita asyik kena bayar mahal je, maknanya dah terang dan nyata, ada benda yang kita tak tahu, tapi, orang yang biasa dapat harga murah tu mesti tahu sesuatu.
Kini anda boleh jadi agen pemasaran untuk mempromosikan produk lelaki terbaru iaitu Qlimax Extreme Grip.
Apa yang menariknya ialah, tiada sebarang modal diperlukan.
Ya.
Percuma sahaja untuk jadi agen pemasaran bagi produk ini.
Dengan syarat anda ikuti langkah-langkah berikut.
Jika anda ingin buat duit tanpa modal menerusi program affiliate, artikel ini mungkin dapat beri anda idea untuk jalankan promosi dengan lebih berkesan.
Mana satu lagi baik, promosi banyak produk atau fokus hanya pada satu-satu produk dalam satu-satu masa?
Jawapannya, bergantung pada teknik pemasaran yang anda sedang gunakan.
Saya ambil contoh,
1.0 Jika anda menggunakan kaedah pemasaran menerusi blog
Bermakna, anda perlu menggunakan teknik penulisan mesra SEO.
Jika dalam satu-satu masa, anda tulis topik yang pelbagai dan tidak fokus pada satu-satu topik, bermakna penggunaan keyword pada artikel blog anda juga akan jadi pelbagai.
Ia tak fokus.
Ia tak tertumpu hanya pada satu-satu keyword.
Ikut pengalaman saya, jika anda tak fokus pada kata kunci tertentu ketika menulis, kesan SEO dan kerja-kerja untuk rank kata kunci tertentu di halaman pertama google jadi lagi lambat.
Selepas dah beberapa hari menggunakan sistem yang dibangunkan oleh pihak EdyClick, berikut saya nak kongsikan pula laporan statistik sistem komisyen EdyClick.
Sebelum tu, jika anda masih belum lagi mendaftar sebagai affiliate EdyClick, sila buat pendaftaran segera.
Lagi lambat anda sertai, lagi banyak yang anda akan terlepas. Lagipun, bukan ada sebarang bayaran dikenakan untuk jadi affiliate EdyClick. Anda sememangnya boleh buat duit tanpa modal dengan menjadi agen affiliate EdyClick.
Jom lihat rekod statistik ini
Diruangan ini anda boleh lihat berapa banyak klik yang telah disahkan yang berjaya anda perolehi bagi kempen pemasaran produk-produk tertentu.
Setiap satu klik anda akan mendapat komisyen sebanyak RM0.03 (3 sen)
Adakah cuma saya seorang yang rasakan benda ni sebagai sesuatu yang pelik, atau sebenarnya ada ramai lagi yang sependapat dengan saya?
Ini status update yang saya pernah buat di FB saya…
Saya betul-betul rasa pelik dengan sikap Malaysian. Rakyat Malaysia!
Ini bermakna, ia termasuk kaum bumiputera dan juga bukan bumiputera.
Dah jadi satu kelaziman.
Setiap bulan saya mesti akan ke bank-bank seperti HSBC, UOB dan juga Maybank.
Untuk tujuan apa?
Tak lain dan tak bukan, bayar hutang la… Hutang kad kredit.
Mujurlah saya dah ada beberapa kerja yang memang saya dah khususkan untuk bayar hutang. Kerja untuk bayar hutang lah katakan.
Bagusnya bila buat macam ni, kurang sikit terasa bebannya.