Walaupun saya bukanlah peminat tegar dan pengamal kaedah pemasaran berbayar menggunakan platform FBAds, namun ini tak bermaksud saya langsung tak gunakan kaedah pemasaran tersebut.
Saya jarang guna FBAds.
Saya tak berapa gemar keluar duit untuk tujuan iklan.
Bajet yang saya ada, saya dah peruntukkan untuk langgan sistem autoresponder, domain dan hosting, dan lain-lain kos berbangkit yang diperlukan untuk buat kerja-kerja pemasaran online.
Jadi untuk kegunaan kaedah pengiklanan berbayar macam FBAds, saya akan limitkan. Kadang-kadang langsung tak ada 🙂
Kos untuk buat FBAds memang mahal sejak kebelakangan ini.
Mungkin sebab saya sendiri tak pandai nak dapatkan kos iklan yang murah.
Bila ada orang boleh dapat murah, tapi kita asyik dapat kos yang mahal, maka ada sesuatu yang tak betul disitu.
Penulis buku T. Harv Ecker dalam bukunya berjudul Secrets of the Millionaire Mind ada menyebutkan,
Kalau sesuatu yang kita buat tu tidak memberi hasil seperti yang kita harapkan, bermakna ada sesuatu yang kita tak tahu…
Jadi, kalau orang lain boleh dapat kos FBAds murah, tiba-tiba kita asyik kena bayar mahal je, maknanya dah terang dan nyata, ada benda yang kita tak tahu, tapi, orang yang biasa dapat harga murah tu mesti tahu sesuatu.
Ya.
Catatan kali ini adalah mengenai bagaimana cara nak dapatkan kos pengiklanan dengan harga yang murah menggunakan FBAds.
Anda boleh try google, “cara dapatkan kos FBAds murah“, “bagaimana cara dapatkan CTR tinggi dan kos FBAds murah” dan macam-macam lagi kata kunci yang menjurus kearah persoalan “cara nak dapatkan kos iklan di FB yang murah“.
Saya yakin anda tak akan jumpa apa-apa.
Maklumat seperti ini terlalu berharga untuk disebarkan secara percuma.
Sebabnya… lagi kurang orang tahu, lagi lama sesuatu teknik dan strategi itu dapat berada di pasaran.
Kenapa pula macam ni?
FB adalah sebuah organisasi buat duit. Mereka adalah profit oriented. Sebagai organisasi yang tujuan kewujudannya adalah untuk buat duit, dah tentu mereka nak buat duit seberapa banyak yang boleh.
Apa jadi kalau semua orang tahu cara nak dapatkan kos pengiklanan murah?
FB akan mula buat hal.
Mereka akan mula ubah interface. Mereka akan mula perkenalkan algorithma baru. Macam-macam benda baru akan mereka perkenalkan.
Pada waktu tu, kita terpaksa ucapkan selamat tinggal… pada satu-satunya teknik dan strategi dapatkan iklan murah di FB.
Baiklah, dalam kerja-kerja pemasaran online, saya juga perlukan trafik. Tanpa trafik, bermakna tiadalah income yang dapat saya hasilkan.
Terdapat dua jenis trafik.
Trafik berbayar, dan juga trafik percuma.
Saya memperolehi trafik percuma menerusi teknik SEO. Kemudian, trafik percuma tersebut terus saya ikat dan simpan baik-baik menerusi sistem autoresponder.
Semua orang suka kaedah percuma. Sebabnya… tak perlu bayar apa-apa.
Masalah dengan trafik percuma ini ialah, ia makan masa yang lama untuk kita dapatkan, dan trafik yang diperolehi dengan cara ini juga kurang berkualiti (adakalanya).
Sekarang, kita move on kepada trafik berbayar.
Buat masa ini, saya ada dua sumber trafik berbayar. Iaitu trafik dari mailing list, dan juga trafik dari pengiklanan berbayar FBAds.
Malam semalam, sebelum tidur saya cuba aplikasikan teknik yang saya baru belajar ini. Excited punya pasal. Lepas buat, saya terus tidur. Tak sabar nak tunggu hasilnya.
Ini hasilnya…
Ini iklan testing.
Saya tak berniat nak menjual apa-apa. Bajet yang saya letak pun hanya RM5.
Anggaplah ia sebagai kos pembelajaran untuk membiasakan diri menggunakan teknik ini.
Saya tak pernah lagi jumpa panduan macam ni!
Saya tabik dengan penulis ebook ini.
Sebelum ni saya banyak beli ebook tentang FBAds. Sama ada ebook keluaran Internet Marketer tempatan mahupun ebook daripada luar negara.
Tapi tak ada satu pun yang cerita tentang topik ini
Lihat anak panah di atas.
Saya maksudkan “See insights”
Rupa-rupanya ada terlalu banyak data-data emas tentang page kita terdapat pada bahagian tersebut.
Sebenarnya sangat banyak. Sebelum ini saya juga pernah cuba-cuba nak kaji (seorang diri) data dalam page tersebut.
Tapi biasalah, bila buat sendiri, kaji sendiri… memang kefahaman tu kurang. Lagipun, saya tak tau macam mana nak gunakan data dalam page tersebut.
Hint: Anda boleh manipulasikan data pada page tersebut untuk dapatkan kos iklan yang sangat murah!
Cuba anda tengok screenshot dibawah
Secara peribadi, saya memang tak tahu
1. Apa maksud setiap graf-graf diatas
2. Macam mana nak gunakan data-data pada graf diatas
3. Apa benda seterusnya nak klik untuk dapatkan idea dan teknik untuk dapatkan iklan FBAds yang murah
4. Apa maklumat yang kita boleh dapat dan gunakan dengan reach
5. Apa maklumat yang kita boleh dapat bila kita klik post
Yes
Walaupun maklumat ini sebenarnya memang betul-betul ada kat depan mata kita, tapi, kalau kita tak tau macam mana nak baca… pun tak guna jugak.
Apa bagusnya kalau dapat iklan yang murah?
Sumber gambar : Teknik Sannin
Dengan kos cuma USD2 (kira-kira RM7 sahaja) iklan anda dilihat oleh jumlah audience yang ramai.
Lihat barisan yang pertama, ada 419 post engagements. Ia sama ada dalam bentuk klik ke website, like, share ataupun komen.
Andaikan 100 daripada 419 post engagements tu ialah klik ke website.
20 orang daripada 100 tersebut membeli produk yang dipromosikan.
Komisyen pula adalah berjumlah RM25.
Pendapatan yang anda bakal perolehi ialah RM25 x RM20 = RM500
Modalnya pula hanyalah iklan di FB dengan kos serendah RM7 sahaja. Pulangan berkali ganda tu.
In Shaa Allah saya akan update lagi tentang teknik ini di masa akan datang. 🙂
Mungkin lepas ini saya akan mula jadi active player dalam lapangan FBAds, siapa tahu.
Personally, tak rugi untuk invest untuk dapatkan ilmu pemasaran ini.
Jika anda juga berminat untuk belajar teknik ini, bolehlah belajar di laman web berikut –> Teknik Sannin
Gerenti puas hati!
faizal says
terima kasih perkongsian ini…bagus
Syed Azhar says
sangat menarik perkongsian ni tuan.. memang tengah mencari formula fb ads yg murah..hehe