Masa zaman saya masih kecil dulu, saya juga tak sangka yang bila saya dah besar, saya akan buat duit dengan cara menulis.
Dulu saya ingat saya akan jadi doktor. Malahan saya jadikan kerjaya sebagai doktor sebagai cita-cita. Lepas je habis PMR, terus saya ambik aliran sains tulen. Dari situ saya mula kenal apa itu biologi, kimia, fizik, matematik tambahan dan sebagainya.
Saya paksa untuk masukkan input-input dari aliran tersebut hinggalah saya terpaksa mengalah dan mengaku, subjek biologi bukan untuk saya.
Baca ulang-ulang kali pun tetap tak masuk. Lama-kelamaan passion untuk jadi doktor makin luntur.
Harapan masih belum pudar. Jika bukan doktor, mungkin engineer. Jadi engineer juga masih lagi nampak hebat, kan?
Kemudian, perkara yang lebih kurang sama dengan yang sebelum ini terjadi kembali. Entah kenapa… entah di mana silapnya. Saya langsung tak boleh nak relate dengan apa yang diajar dalam matapelajaran fizik semasa diperingkat kolej matrikulasi dengan kehidupan.
Ketika kawan-kawan lain excited dengan ilmu fizik yang baru diterokai, saya jadi blur semacam. Even konsep fizik yang mudah, saya agak struggle untuk faham.
Ya, saya seorang slow learner. Ya, maybe saya seorang yang lambat pick up. At least itu yang saya fikirkan. Ketika kawan-kawan lain hanya perlu ulangkaji sekali dua untuk faham, saya perlu ulang kaji atau ulang baca at least 10 kali.
Bila saya bertukar aliran, kepada aliran sastera (art), iaitu perniagaan, barulah semuanya make sense. Saya pernah jugak terfikir, sepatutnya dari awal-awal lagi saya fokus pada aliran ini.