Sistem buat duit automatik. Adakah ia benar-benar wujud, ataupun ia hanyalah imaginasi semata-mata. Jika ia benar-benar wujud, bagaimana rupa bentuk sistem tersebut? Bagaimana ia berfungsi sehingga mampu untuk menghasilkan duit kepada pemiliknya secara automatik?
Paling penting, adakah sistem ini boleh dimiliki oleh semua orang, ataupun hanya orang-orang tertentu sahaja yang LAYAK untuk memilikinya? Seperti mana kekayaan dunia, yang hakikatnya lebih banyak berlegar dalam kalangan orang tertentu sahaja, adakah sistem buat duit automatik ini juga sama seperti itu sifatnya?
Saya percaya, setiap orang ada pendapat dan pandangan tertentu mengenai sistem buat duit automatik ini. Pendapat saya, boleh jadi langsung tak sama seperti yang anda bayangkan. Dari pemerhatian saya, sebenarnya sistem buat duit automatik ini boleh wujud dalam pelbagai bentuk.
Sebagai contoh, duit yang kita simpanan dalam akaun tabung haji. Duit tersebut, jika kita biarkan tanpa berusik, setiap tahun kita akan dapat bonus dari pihak Tabung Haji. Bonus-bonus tersebut adalah duit yang terhasil dengan sendirinya tanpa memerlukan campur tangan dari kita. Kita ada duit, kita simpan di Tabung Haji, kemudian kita biarkan. Seterusnya duit kita tu sendiri yang akan terus menerus menghasilkan duit tambahan kepada kita secara automatik.
Cuba bayangkan sekiranya anda mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dalam akaun Tabung Haji. Setiap tahun, anda memperoleh bonus sekurang-kurangnya 8%. Ini bermakna setiap tahun anda akan dapat RM8,000 tambahan. Jika dibiarkan bertahun-tahun lamanya, simpanan anda sebanyak RM100,000 tersebut akan terus beranak dan terus bertambah jumlahnya! Wow!
Lagi besar jumlah simpanan yang anda miliki, maka lagi besar jumlah bonus yang bakal anda nikmati. Hebat bukan? No wonder orang yang memang kaya, dengan mudah jadi makin bertambah kaya. Duit mereka beranak dengan sendirinya, walaupun mereka cuma ‘parking’ duit mereka dalam akaun Tabung Haji tanpa di usik langsung.
Ringkasnya, mana-mana atau apa-apa instrumen kewangan yang menawarkan bonus, dividen atau interest, berpotensi untuk dijadikan sistem buat duit automatik.
Sistem buat duit automatik seterusnya, dari sebarang aset hartanah. Atau yang popular adalah rumah sewa, sama ada dalam bentuk apartment, kondo atau landed property. Ada beberapa faktor perlu diambil kira, antaranya kedudukan hartanah tersebut, keadaan fizikal hartanah dan sebagainya.
Sesiapa yang nak wujudkan sistem buat duit automatik dengan cara ini, kena banyakkan membaca buku-buku tentang hartanah. Saya masih belum mampu nak wujudkan sistem buat duit automatik dengan cara ini, tetapi saya ada kemampuan untuk tambahkan ilmu tentang topik ini. Beberapa buku dan panduan yang saya pernah baca antaranya:
(1) Bijak Melabur Edisi Rumah Lelong – Pembongkaran Rahsia Jutawan Rumah Lelong
(2) Kaya Dengan Rumah – Cara menjadi kaya dengan menggunakan duit orang lain
(3) Akademi Jutawan Hartanah Untuk Pelabur Baru
(4) Lahirnya Seorang Jutawan: Bagaimana untuk kekal sebagai pekerja dan menjadi jutawan
Duit akan datang secara automatik setelah anda berjaya mendapatkan penyewa bagi hartanah-hartanah yang anda miliki. Jadi, lebih baik kedudukan rumah sewa anda, lebih tinggi bayaran sewa yang anda boleh kenakan, maka lebih banyak duit yang anda boleh hasilkan.
Seterusnya, anda juga boleh memiliki sistem buat duit automatik menerusi mana-mana perniagaan yang menggunakan sistem pemasaran berbilang tingkat atau MLM. Sesetengah perniagaan, mereka tidak mengakui bahawa kaedah pemasaran yang mereka gunakan adalah kaedah pemasaran berbilang tingkat, sebaliknya mereka menggunakan konsep jaringan pemasaran ataupun network marketing.
Walau apa pun nama yang digunakan, sistem MLM, sistem pemasaran berbilang tingkat, ataupun sistem pemasaran network marketing sekalipun, ianya sama sahaja. Tak perlulah bersusah payah nak jelaskan apa bezanya, sebabnya semua sistem pemasaran ini menggunakan konsep upline, downline, sideline dan sebagainya.
Bagaimana anda boleh dapat duit secara automatik dari perniagaan seperti ini? Mudah sahaja dari segi teorinya. Dapatkan seramai mungkin downline yang turut berminat nak buat duit automatik sama seperti anda. Apabila anda mempunyai downline yang ramai, dan mereka juga dah mula bekerja, maka ketika itu, anda berada dalam landasan yang betul untuk memperolehi duit secara automatik walaupun anda dah stop bekerja. Ini kelebihan menyertai bisnes MLM.
… dan akhir sekali
Sistem buat duit automatik daripada kerja-kerja penulisan blog. Berita baik untuk kita yang berada di Malaysia, sebenarnya kita juga boleh buat duit secara automatik sebagai seorang penulis blog. Hanya menunggu masa, untuk blogger menjadi satu kerjaya pilihan yang berpotensi untuk dibayar gaji yang lumayan disamping menghasilkan pendapatan tambahan sama ada dari program-program pengiklanan mahupun program affiliate.
Ini contoh pendapatan dari program pengiklanan bersama syarikat Nuffnang.
Sebagai penulis blog, anda hanya perlu menulis seperti biasa. Tulis sahaja blogpost seperti kebiasaan. Anda hanya perlu siarkan iklan dari Nuffnang dan biarkan. Iklan-iklan tersebut akan berjalan dengan sendirinya dan menghasilkan pendapatan untuk anda secara automatik. Ada ketikanya anda tak sedar pun yang pendapatan dari program pengiklanan ini sedang berjalan. Ini salah satu cara yang saya rasa best.
Program affiliate bersama Lazada.
Dalam program affiliate, kita akan dibayar sekiranya terdapat klik pada link affiliate yang kita siarkan di laman blog kita, dan link tersebut menjurus kearah berlakunya jualan.
Ini adalah empat cara bagaimana anda boleh wujudkan sistem buat duit automatik anda sendiri. Memandangkan tajuk bagi artikel ini ialah sistem buat duit automatik yang murah dan TERBAIK, maka dari keempat-empat senarai yang saya sebutkan ini, saya berpendapat cara yang keempat adalah yang terbaik.
Yang mana satu? Menulis blog dan jana pendapatan dari blog anda. Ini teknik atau kaedah yang saya sendiri gunakan. Potensinya sangatlah luas, dan ia agak murah dan mudah untuk dilakukan. The best part is, anda boleh memiliki seberapa banyak blog yang anda mahukan.
Di peringkat awal, apa yang lebih penting ialah mempunyai blog-blog yang berkualiti dan yang mampu untuk menjana pendapatan, bukannya kuantiti semata-mata. Baiklah, semoga perkongsian saya ini mengenai sistem buat duit automatik dapat membuka minda anda dan dapat memotivasikan anda untuk sama-sama saya menjana pendapatan tambahan.
Selamat mencuba dan semoga anda juga berjaya.
Leave a Reply