Bagaimana cara TERBAIK untuk guna sistem SamsengFB?

by sabree hussin on February 1, 2015

in Pemasaran FB

Berita baik untuk mereka yang memang ingin kumpul likes yang berkualiti dan terdiri daripada pengguna sebenar akaun FB. Genuine FB Likes.

Ok kita tengah cakap tentang real account, real people, dan bukannya fake account yang berlambak-lambak kat alam maya tu ya.

Skrip atau software samseng FB adalah salah satu pilihan yang anda patut jadikan sebagai senjata pemasaran anda. Nanti saya akan ceritakan apa sebabnya saya kata macam tu.

skrip_samsengfb

.

..

Sebenarnya, sebelum ni saya juga adalah pengguna skrip samseng Facebook ni. Tetapi, saya pasangkan skrip ini di laman web lain… dan laman web tu pula saya bina khusus untuk tujuan kumpul likes bagi niche tertentu yang saya sasarkan. Oh dah tentulah saya tak pasangkan skrip ini di blog utama saya.

Kesannya? Memang menakjubkan. Senang cerita, saya memang puas hati.

Ada sekurang-kurangnya dua kesan positif yang bakal anda lihat apabila menggunakan skrip samseng Facebook ni nanti.

Pertama, anda dapat kumpul likes untuk mana-mana fanpage yang anda bina.

Kedua, anda dapat tingkatkan trafik ke mana-mana laman web yang anda inginkan.

Baiklah, jom saya terangkan satu per satu tentang skrip ini.

.

..

Untuk menggunakan sistem samseng FB ni, anda perlukan akaun Facebook dan juga laman web. Saya cadangkan anda wujudkan laman web berkonsepkan blog.

Laman blog yang anda bina tu pula kena pastikan dah ada trafik yang tetap. At least dalam 100 – 200 dalam sehari. Sebenarnya, kalau tak ada trafik sangat pun tak ada masalah. Anda masih ada cara lain untuk dapatkan trafik ke laman blog anda tu nanti.

Skrip ini akan menukarkan setiap pelawat yang masuk ke laman blog anda kepada fan atau likers bagi mana-mana fanpage yang anda mahukan.

Fungsi content lock

Lihat screenshot dibawah

cara_naikkan_likes_fb

 

Konsep content lock ini ialah, selagi pelawat tidak menekan likes, selagi itu dia tak boleh baca maklumat atau info yang anda kongsikan di laman web anda.

Apabila pelawat dah tekan like,

1. Laman web tersebut boleh diakses tanpa gangguan pop up

2. Jumlah likes pada fanpage anda akan bertambah 1 like

 

Apa jadi kalau pelawat tidak menekan like?

1. Pelawat kena tunggu hingga pop up ni hilang. Anda sebenarnya boleh set untuk letak countdown berapa lama yang anda mahukan,

2. Anda juga boleh set untuk letakkan butang pangkah pada pop up. Nak remove butang pangkah pun boleh

3. Anda boleh juga set untuk tidak meletakkan sebarang timer. Dalam kes ini, pelawat terpaksa tekan like untuk baca konten laman web anda

.

..

Jadi, anda tak perlu risau sebabnya pertambahan likes pada laman web anda sememangnya benar-benar daripada orang sebenar yang like page anda. Bukannya robot, dan bukan juga fake account.

 

Kat mana tempat yang paling sesuai nak pasang skrip samseng facebook ni?

 

1) Blog yang memang dah ada trafik yang konsisten

Kalau anda pasang kat blog yang memang dah ada trafik yang konsisten, maka anda tak perlu lagi bersusah payah nak buat promosi tambahan.

Anda boleh rileks sahaja dan perhatikan jumlah likes pada fanpage anda bertambah dengan sendirinya.

download_skrip_samsengfb

 

2) Pasang di laman web yang baru yang khusus untuk tarik likes

Pasang kat blog baru pun boleh. Tak ada masalah.

Namun, jika anda pasang di blog baru, ia perlukan sedikit penglibatan anda secara aktif untuk memasarkan blog anda tu tadi

Lepas anda tarik trafik, sama ada menerusi teknik SEO, blog commenting, blast ke mailing list dan sebagainya, anda boleh lihat sendiri pertambahan trafik anda apabila dikombinasikan dengan skrip samseng facebook ni.

testimoni_samsengfb

 

3) Pasang di halaman download

Cara ini sesuai untuk mereka yang ada produk sendiri.

Produk dalam bentuk digital yang kita boleh muat turun. Caranya, pasangkan skrip ini pada ruangan download.

Set timer kepada 180 saat, dan nyatakan pada pop up tu

“Sila tekan like untuk MUAT TURUN produk anda SEKARANG”

 

Lazimnya, mereka yang dah tak sabar-sabar nak muat turun produk anda pasti tidak keberatan untuk tekan like.

Berkesan ke? Cubalah dulu.

.

..

Boleh ke skrip samsengFB ni membantu anda untuk mendapatkan sales?

Jawapannya memang boleh.

Namun, anda perlu susun strategi dan kena ada perancangan yang teratur. Bukannya main guna sahaja secara semberono dan melulu.

Kalau anda tak ada strategi, dan kemudian anda berjaya dapat sales… anggap sahajalah anda memang bertuah dan memang itu rezeki anda. Namun demikian, sangat jarang dapat bertuah banyak-banyak kali.

samseng_facebook_testimoni3

Untuk anda berjaya dapat sales, perkara yang paling penting sekali ialah anda kena FAHAM apa niche anda.

Tau tak niche tu apa benda sebenarnya ni?

Niche ni samalah macam bidang yang khusus yang anda pilih.

Untuk berjaya menghasilkan jualan dengan bantuan skrip samseng FB ini, pastikan laman web yang anda bina bagi tujuan tarik likes adalah dalam niche yang sama dengan produk yang anda promosikan atau jual.

Jika anda mempromosikan produk dalam niche telekomunikasi, dalam kes ini saya ambil contoh, jika anda mempromosikan produk simkad BestMobile.

Pastikan, laman web anda juga menceritakan perkara-perkara yang berkaitan dengan produk anda. Antaranya yang sesuai untuk anda muatkan dalam laman web anda ialah topik tentang tips buat duit, strategi pemasaran, hal-hal berkaitan industri network marketing, perkara-perkara tentang bisnes telco dan lain-lain yang berkaitan.

Dengan ini, jika terdapat pelawat yang like page anda, (menerusi sistem samseng FB) pelawat jenis ini mempunyai kemungkinan yang sangat besar untuk ditukar kepada pembeli.

.

..

Sebagai rumusan mengenai skrip samseng FB…

Skrip ini berfungsi untuk

1. Menaikkan trafik ke laman web pilihan anda

2. Menaikkan FB likes pada fanpage anda

 

Ya

Skrip ini memang benar-benar BERKESAN untuk melakukan dua perkara tersebut.

Akan tetapi, bagaimana cara anda gunakan skrip ini, itu terpulang pada kebijaksanaan dan kreativiti anda.

Ada orang, dia pandai gunakan skrip ini untuk naikkan jualan.

Ada orang, dia pandai manipulasikan skrip ini dan offer servis untuk tarik likes kepada fanpage milik orang lain.

Ada orang, lepas dia beli, dia simpan dan langsung tak pernah gunakan. Tolong jangan jadi orang macam ni. Kalau anda rasa tak perlu guna skrip ini untuk naikkan trafik ke laman web dan naikkan likes pada FB fanpage anda, sila jangan beli skrip ini.

Membazir duit anda nanti.

Apa pun, jika anda dah nampak jalan, macam mana nak gunakan skrip ini, boleh dapatkan maklumat lanjut kat sini.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 1 comment… read it below or add one }

muliani April 12, 2015 at 2:20 pm

mmg terbaik lah cara cara inii. tq mmbantu!

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: