UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Lahirnya Seorang Jutawan: Bagaimana untuk kekal sebagai pekerja dan menjadi jutawan

February 16, 2016 by sabree hussin 7 Comments

“Bolehkah anda kekal sebagai seorang pekerja tetapi menjadi jutawan? Bolehkah anda mengekalkan kerja harian dan masih memperoleh wang daripada sumber tambahan? Ya, ia boleh dilakukan dan yang paling penting sekali, ia pernah dilakukan. Azizi Ali, juga seorang pekerja, telah memecahkan tembok penghalangnya dan kini ingin berkongsi rahsia kejayaannya dengan anda.”  

 

Jika anda adalah seorang pekerja, dan pada masa yang sama, anda bercita-cita besar untuk menjadi seorang jutawan, jadikanlah buku berjudul Lahirnya Seorang Jutawan ini sebagai kawan baik anda.

 

azizi-ali-lahirnya-seorang-jutawanLahirnya Seorang Jutawan

Buku ini kali pertama diterbitkan adalah pada tahun 2004. Wah… 12 tahun dah berlalu, yang saya kira dah agak lama juga buku ini berada di pasaran.

 

Pasti ada pelawat dan pengunjung blog ini yang pernah baca buku ini.

 

Bila saya baca buku ini, terasa ia sangat familiar. Satu perasaan dejavu, dan saya pasti, sebenarnya ini adalah kali kedua saya baca buku ini! Kali pertama baca mungkin sekitar tahun 2005, waktu saya masih bersekolah lagi.

 

Tak apa. Kita tinggalkan sekejap tentang dejavu itu tadi. Mari kita fokus pada buku ini dan bagaimana buku ini dapat bantu merealisasikan impian, harapan dan cita-cita anda, walaupun anda adalah seorang pekerja.

 

Menjadi seorang pekerja biasa bukanlah satu alasan ataupun penghalang untuk anda menjadi seorang jutawan. Ianya tidak mustahil, namun tak bermakna ianya mudah untuk dicapai. Untuk layak digelar sebagai jutawan, anda perlu mempunyai aset bersih bernilai RM1 juta, dan anda dah pun layak untuk digelar sebagai jutawan.

 

Bagaimana sebagai seorang pekerja, boleh mencapai ke tahap itu?

 

(1) Pendapatan minimum yang perlu dicapai sebagai seorang pekerja

Sebagai seorang pekerja, kita sedia maklum pendapatan kita adalah datangnya dari duit gaji. Jika gaji anda adalah RM900 sebulan, anda terpaksa menempuhi suatu jalan yang jauh dan panjang untuk menjadi seorang jutawan.

 

Ini bermakna, perlu ada satu gaji minimum yang perlu dicapai terlebih dahulu oleh mereka yang bergelar pekerja, barulah perjalanan ke arah menjadi jutawan lebih lancar. Dalam buku ini, Azizi Ali mencadangkan angka sebanyak RM3,000 sebulan.

 

Ya. Kita perlu capai pendapatan dalam bentuk gaji sekurang-kurangnya sebanyak itu. Lebih besar gaji kita lebih baik. Kita perlu ada “lebihan” daripada duit gaji untuk kita urus supaya ia dapat menghasilkan lebih banyak wang tambahan kepada kita. Namun, kalau gaji kita adalah RM900, dan ia hanya cukup-cukup makan, atau langsung tak cukup, maka tak perlu cerita macam mana nak jadi jutawan.

 

Fikirkan dulu cara, bagaimana nak naikkan gaji kita dari RM900 kepada RM3,000 (minima). Antara yang boleh dilakukan ialah

(1) Minta kenaikkan gaji dari majikan

(2) Usaha untuk dapatkan kenaikkan pangkat dan kenaikkan tangga gaji

(3) Buat dua atau tiga kerja dalam satu masa

(4) Berhenti dan cari kerja lain

(5) Buat perniagaan secara sambilan

 

(2) Banyaknya kelebihan apabila kita menjadi seorang pekerja

Menjadi seorang pekerja, ternyata ada banyak kelebihan. Antaranya, anda akan menerima pendapatan tetap dalam bentuk gaji tak kira walau apa pun yang terjadi. Sama ada anda buat kerja atau tidak, ataupun sama ada anda berikan yang terbaik atau tidak ditempat kerja.

 

Selain itu, anda juga akan menerima banyak lagi manfaat seperti

(1) Rawatan dan pemeriksaan kesihatan percuma di klinik panel,

(2) Perlindungan insurans

(3) Tawaran mendapatkan perkhidmatan dari syarikat dengan harga diskaun (Staff price)

(4) Peluang untuk berkursus dan meningkatkan kemahiran diri secara percuma (training & development)

(5) Peluang untuk menjadi sangat mahir dengan apa yang anda sedang lakukan sekarang (work specialization)

 

Kesemua kelebihan-kelebihan ini belum tentu anda perolehi sekiranya anda adalah seorang usahawan ataupun seorang yang bekerja sendiri. Jika anda ingin nikmati kesemua kelebihan-kelebihan seperti ini, anda boleh dapatkannya, dengan syarat anda perlu bayar dengan wang anda sendiri.

 

Namun sebagai seorang pekerja, semua ini ditanggung oleh majikan. Walaubagaimanapun, kesemua nikmat dan kelebihan ini hanyalah sah ketika anda masih lagi menjadi seorang pekerja. Sebaik sahaja anda meninggalkan syarikat tempat anda bekerja, semua ini akan turut ditarik balik.

 

(3) Konsep Free Agent (Ejen Bebas) untuk menjadikan anda lebih kaya

Jujurnya, saya amat cemburu dengan mereka-mereka yang mempunyai kerja tetap, namun pada masa yang sama, mereka turut menjadi seorang ejen bebas untuk jana pendapatan tambahan, sedangkan kalau diikutkan mereka tak perlu pun buat kerja-kerja tambahan.

 

Nampak jelas, golongan seperti ini mempunyai sasaran yang besar, dan mungkin mereka bukan sahaja ingin menjadi seorang pekerja yang biasa-biasa, sebaliknya mereka ingin menjadi seorang pekerja jutawan!

 

Anda boleh mengekalkan pekerjaan anda sekarang dan pada masa sama menjadi seorang ejen bebas untuk jana lebih banyak wang di masa terluang anda!

 

“Apa yang anda lakukan di masa terluang anda?”

 

Ini yang bakal membezakan antara pekerja yang ingin jadi jutawan dengan pekerja yang biasa-biasa sahaja. Jika sasaran anda adalah untuk menjana pendapatan tambahan dan mengumpul aset bagi melayakkan diri anda untuk menjadi jutawan, pastinya anda akan memanfaatkan masa terluang dengan sebaiknya untuk aktiviti-aktiviti yang memberi pulangan pendapatan.

 

(4) Apa sebenarnya yang dilakukan oleh seorang ejen bebas?  

Anda menjadi seorang ejen bebas bagi mewujudkan Sumber Pendapatan Tambahan. Sebagai seorang ejen bebas, anda sama ada terlibat dalam kerja-kerja freelancing, bidang jualan, network marketing, coaching dan sebagainya.

 

Anda mengambil upah untuk menyiapkan sesuatu pekerjaan atau tugasan, selain daripada apa yang perlu anda buat di tempat kerja. Bezanya, sebagai ejen bebas, kerja-kerja anda dilakukan diluar waktu kerja. Anda tak seharusnya melakukan kerja lain yang tak ada kena mengena dengan urusan syarikat tempat anda bekerja dalam waktu bekerja.

 

Akibatnya, anda boleh dibuang kerja.

 

Dalam buku Lahirnya Seorang Jutawan ini juga, anda akan dapati, walaupun pada waktu ini pendapatan anda masih lagi agak rendah, dan anda mempunyai banyak komitmen yang perlu ditanggung, ia sebenarnya bukannya penamat ataupun pembunuh kepada cita-cita anda untuk menjadi seorang jutawan dan menjadi seorang yang bebas dari masalah kewangan.

 

Masih ada cara lagi untuk tingkatkan pendapatan. In fact, ada terlalu banyak cara, asalkan anda sanggup untuk bermula dari bawah, belajar dan terus praktikkan ilmu-ilmu baru yang dipelajari itu.

 

Dari masa ke masa, anda juga boleh memulakan perniagaan yang tidak memerlukan modal yang terlalu besar. Selain dapat membantu anda belajar dan mendapatkan pengalaman sebenar dalam bidang perniagaan, ia juga akan dapat memotivasikan diri anda untuk sentiasa menjadi diri anda yang lebih baik berbanding yang sebelumnya.

 

Baiklah, kalau anda tak pernah baca buku ini langsung, dan anda masih lagi seorang pekerja yang tak ada cita-cita besar untuk jadi jutawan, saya kira anda patut baca buku ini. Boleh order secara online dengan menekan klik pada pautan ini. Anda akan dibawa ke laman web bookcafe.

 

Baca, fahamkan kemudian amalkan. Mulakan langkah pertama anda untuk menjadi seorang pekerja jutawan. Tak salah untuk anda bercita-cita besar, kerana bermula dengan menetapkan impian, harapan dan cita-cita yang besar, maka In Shaa Allah, satu hari nanti pasti akan Lahirlah Seorang Jutawan.

 

… dan jutawan seterusnya adalah diri anda!

Baca juga artikel berikut:

  1. Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan
  2. Apa beza antara kerja sebagai seorang Translator dengan seorang Interpreter?
  3. Sistem pembayaran Gaji TERBAIK untuk golongan pekerja?
  4. Buat duit dengan menjadi seorang penulis bebas

Filed Under: Buku & Bahan Bacaan Tagged With: Azizi Ali, buku lahirnya seorang jutawan, lahirnya seorang jutawan

Comments

  1. Noriza Rahman says

    February 17, 2016 at 5:59 pm

    Belum pernah baca lagi buku tu…

    Namun kalau pendapatan purata bulanan sangat rendah memang sukar nak mencapai jutawan tu melainkan ada banyak kerja sampingan yang dibuat

    Reply
    • sabree hussin says

      February 21, 2016 at 11:09 pm

      Betul tu. Kita pun kena ambil kira realiti hidup. Bila dah tolak kos-kos sara diri yang wajib, kena ada lebihan yang mencukupi, sama ada untuk tujuan simpanan atau untuk pelaburan. Kalau nak buat perniagaan, juga perlu ada lebihan dari duit gaji untuk dijadikan modal. Apa pun, buku Lahirnya Seorang Jutawan ni memang satu bahan bacaan yang bagus.

      Reply
  2. Raihanah Ahmad says

    February 23, 2016 at 11:39 am

    sekarang ramai telah buka mata untuk buat kerja sampingan.

    Reply
    • sabree hussin says

      February 24, 2016 at 12:14 am

      Sebenarnya dari dulu lagi patut dah mula lakukan kerja sampingan 😀

      Reply
  3. onlajer says

    March 9, 2016 at 10:07 am

    pergh gayannya aku kena lebih rajin untuk baca buku nih

    Reply

Trackbacks

  1. Bagaimana mengumpul modal untuk memulakan perniagaan pertama anda? - Blog Sabree Hussin says:
    February 17, 2016 at 2:08 pm

    […] Baca juga: Lahirnya Seorang Jutawan: Bagaimana untuk kekal sebagai pekerja dan menjadi jutawan […]

    Reply
  2. 7 Cara Mudah untuk menjadikan kita lebih kaya pada tahun 2016 - Blog Sabree Hussin says:
    February 22, 2016 at 2:53 am

    […] nanti, kita akan dapat manfaatkan di kemudian hari. Azizi Ali pernah menulis dalam bukunya berjudul Lahirnya Seorang Jutawan, jika kita adalah seorang pekerja, di syarikat-syarikat tertentu, kita sentiasa diberi peluang […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?
  • Senarai Laman Web yang boleh digunakan untuk iklankan Bisnes Homestay anda

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in