Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Buat duit dengan menjadi seorang penulis bebas

October 29, 2015 by sabree hussin 1 Comment

“Tahukah anda, dengan menulis anda sebenarnya boleh hasilkan pendapatan yang lumayan?”

 

Berapa lumayan? Itu soalan yang kita nak tau.

 

Hmm… kalau disukat dalam matawang kita iaitu RM, saya boleh katakan yang anda berupaya untuk menerima bayaran dari serendah RM0.01 sehinggalah sebanyak RM1,000 (atau mungkin lebih tinggi dari itu) untuk hasil kerja-kerja penulisan anda.

 

buat_duit_dengan_menulisNamun saya agak keliru. Entah kenapa… aktiviti buat duit hanya dengan menulis atau buat duit sebagai penulis ni agak kurang dipopularkan.

 

Kurang mendapat pendedahan dan kurang menerima publisiti.

 

Saya percaya, kat Malaysia ni sahaja ada berjuta-juta orang yang mempunyai kemahiran dan skil menulis.

 

Kalaulah setiap orang memanfaatkan kemahiran menulis yang mereka miliki untuk menghasilkan pendapatan, boleh jadi semua orang yang mempunyai masalah kewangan sedikit sebanyak dapat ringankan bebanan mereka.

 

Sebenarnya kalau kita perhatikan, sejak dari bangku sekolah lagi kita dah didedahkan dengan pelbagai bahan-bahan dan hasil kerja yang bertitik tolak daripada bidang penulisan. Kita belajar dengan bantuan buku teks, novel, cerpen, majalah, akhbar pendidikan dan sebagainya.

 

Kesemua yang saya sebutkan ini adalah tergolong daripada kumpulan harta intelek yang dilindungi oleh akta hak cipta. Sudah tentu, ada seseorang atau sesebuah syarikat yang dapat manfaat sama ada dalam bentuk komisyen, royalti, dan sebagainya daripada bahan-bahan penulisan tersebut.

 

Saya percaya, setiap daripada kita pernah mendapatkan latihan untuk menjadi seorang penulis. Ya… sejak dari sekolah rendah lagi kita telah dilatih untuk memiliki kemahiran dan skil penulisan. Pada waktu itu, matlamat kita mungkin sekadar untuk mendapatkan A dalam peperiksaan atau ujian.

 

Ada antara kita yang menumpukan seluruh tenaga untuk mendapatkan A dalam kertas peperiksaan karangan. Namun apa jadi lepas dah habis sekolah? Kita mula meninggalkan bidang penulisan. Walhal sebelum ni, kita adalah seseorang yang tak ada masalah langsung nak dapatkan gred A ataupun sekurang-kurangnya gred B dalam penulisan karangan.

 

Tetapi selepas bertahun-tahun meninggalkan bidang penulisan, kita terus jadi seperti seseorang yang langsung tak pernah mendapatkan latihan profesional dalam bidang penulisan.

 

Berapa ramai agaknya yang BENCI dengan karangan masa di sekolah?

Mungkin sangat RAMAI. Rasa blank, blur dan rasa stuck bila kena mula menulis. Kalaulah mereka tahu… yang sebenarnya jika mereka menggunakan kemahiran menulis yang mereka miliki untuk sesuatu yang boleh mendatangkan pendapatan, mesti mereka akan mempunyai pandangan yang berbeza sama sekali terhadap bidang penulisan.

 

Secara peribadi, masa di zaman sekolah dulu, satu-satunya perkara yang buatkan saya begitu minat dengan kertas karangan ialah ia adalah kertas yang paling mudah nak score A.

 

Sekarang ni? Saya pun masih minat dengan subjek karangan. Sebabnya, dengan karangan juga lah saya dapat hasilkan banyak pendapatan secara online sahaja. Semuanya saya lakukan hanya dengan menulis. Sama ada menulis artikel review, artikel advertorial, mahupun menulis iklan tentang sesuatu produk.

 

“Jika anda masih bersekolah atau masih belajar, bagaimana cara nak buat duit sebagai penulis?” 

 

1. Hantarkan karya penulisan anda ke akhbar, atau majalah untuk diterbitkan. Ada majalah yang menawarkan upah sehingga RM100 – RM500 untuk karya penulisan yang original dan yang menarik.

 

2. Jika anda masih belajar, nota-nota ringkas yang anda pernah sediakan untuk mata pelajaran tertentu ada nilainya dan boleh jual kepada pelajar lain yang MALAS nak salin nota. Daripada anda bagi percuma, lebih baik anda jual.

 

3. Tawarkan servis untuk menaip semula thesis untuk projek akhir pelajar-pelajar lain.

 

4. Belajar bagaimana untuk menulis iklan, dan hasilkan iklan yang bagus untuk mempromosikan produk tertentu secara online sahaja. Jika ada jualan, anda akan dapat komisyen.

 

5. Anda suka menulis diari atau jurnal? Apa kata anda menulis blog seperti yang saya dan ramai lagi kawan-kawan penulis blog lain yang buat. Selain sebagai satu cara mudah untuk meluahkan perasaan dan release tension, blogging juga sangat berkesan untuk buat duit tambahan.

 

Anda nak pelajari alternatif lain untuk buat duit dengan jalan penulisan. Adakah anda bersedia untuk mendapatkan pulangan sehingga RM1,000 – RM2,000 setiap bulan hanya dengan bekerja sebagai seorang penulis?

 

Ilmu ini boleh didapati hanya dengan melaburkan RM37 yang anda miliki ke jalan ilmu. Klik sini untuk dapatkan RAHSIA tersebut.

 

Akhir kata, saya ucapkan selamat menjana pendapatan sebagai seorang penulis!

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Apa beza antara kerja sebagai seorang Translator dengan seorang Interpreter?
  2. Bagaimana cara mudah buat duit dengan menulis di blog?
  3. 11 Petanda bahawa anda sebenarnya adalah seorang penulis yang BAGUS
  4. Kaya Dengan Rumah – Cara menjadi kaya dengan menggunakan duit orang lain

Filed Under: Karier & Kerjaya Tagged With: belajar menulis iklan, Buat duit menulis, pelajar buat duit menulis, tips buat duit untuk pelajar

Trackbacks

  1. Terima kasih cikgu! Cikgu adalah jurulatih penulisan saya yang pertama – Blog Kerjaya Penulis says:
    August 17, 2017 at 1:40 am

    […] atas sebab tu, saya memilih untuk jadi seorang penulis bebas. Pada saya, menjadi seorang penulis bebas ni, saya bebas untuk menulis tentang apa sahaja yang saya […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kenapa pilih untuk buat bisnes homestay?
  • Tiket masuk ke Zoo Negara
  • Apa sebenarnya Punca & Faktor kemiskinan?
  • Apa perlu buat selepas join PG Mall Consumerchant
  • Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay

Recent Comments

  • zue on Lepas SPM tak nak sambung belajar?
  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in