Sistem buat duit automatik. Adakah ia benar-benar wujud, ataupun ia hanyalah imaginasi semata-mata. Jika ia benar-benar wujud, bagaimana rupa bentuk sistem tersebut? Bagaimana ia berfungsi sehingga mampu untuk menghasilkan duit kepada pemiliknya secara automatik?
Paling penting, adakah sistem ini boleh dimiliki oleh semua orang, ataupun hanya orang-orang tertentu sahaja yang LAYAK untuk memilikinya? Seperti mana kekayaan dunia, yang hakikatnya lebih banyak berlegar dalam kalangan orang tertentu sahaja, adakah sistem buat duit automatik ini juga sama seperti itu sifatnya?
Saya percaya, setiap orang ada pendapat dan pandangan tertentu mengenai sistem buat duit automatik ini. Pendapat saya, boleh jadi langsung tak sama seperti yang anda bayangkan. Dari pemerhatian saya, sebenarnya sistem buat duit automatik ini boleh wujud dalam pelbagai bentuk.
Sebagai contoh, duit yang kita simpanan dalam akaun tabung haji. Duit tersebut, jika kita biarkan tanpa berusik, setiap tahun kita akan dapat bonus dari pihak Tabung Haji. Bonus-bonus tersebut adalah duit yang terhasil dengan sendirinya tanpa memerlukan campur tangan dari kita. Kita ada duit, kita simpan di Tabung Haji, kemudian kita biarkan. Seterusnya duit kita tu sendiri yang akan terus menerus menghasilkan duit tambahan kepada kita secara automatik.
Cuba bayangkan sekiranya anda mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dalam akaun Tabung Haji. Setiap tahun, anda memperoleh bonus sekurang-kurangnya 8%. Ini bermakna setiap tahun anda akan dapat RM8,000 tambahan. Jika dibiarkan bertahun-tahun lamanya, simpanan anda sebanyak RM100,000 tersebut akan terus beranak dan terus bertambah jumlahnya! Wow!