Bijak Melabur Edisi Rumah Lelong – Pembongkaran Rahsia Jutawan Rumah Lelong

by sabree hussin on February 12, 2016

in Buku & Bahan Bacaan

“Cuba anda imbas kembali memori masa lalu… Agak-agaknya, hingga ke saat ini, dah berapa kali agaknya anda terjumpa iklan berkenaan dengan Rumah Lelong?”

 

Pasti lebih dari sekali. Betul? Biasanya, iklan-iklan mengenai rumah lelong ni akan ditampal di tiang-tiang elektrik berdekatan dengan traffic light. Jadi, sambil-sambil tunggu lampu isyarat bertukar ke warna hijau, kita pasti akan terbaca iklan mengenai rumah lelong.

 

Apa pendapat anda tentang rumah lelong?

 

bijak-melabur-edisi-rumah-lelongJujurnya… saya langsung tak ada idea, apa benda sebenarnya rumah lelong ini. Bagaimana rupa bentuknya dan adakah ianya bagus untuk orang biasa seperti saya atau pun tidak.

 

Kalau ada yang bertanya pada saya tentang rumah lelong, bagus ke tak? Macam mana nak beli? Bahaya ke tak beli rumah lelong… lagilah saya akan blurr.

 

Namun, dalam pembacaan yang saya buat dalam topik pelaburan, (sebelum ni saya lebih banyak baca mengenai topik pelaburan emas) perkataan rumah lelong pasti akan muncul sekali dua. Ia seolah-olah mencadangkan supaya disamping melabur dalam logam berharga, kita juga perlu melabur dalam hartanah… dan salah satu hartanah yang sangat-sangat digalakkan ialah hartanah yang di lelong.

 

Maksudnya, melabur untuk dapatkan rumah lelong. Ia dijual dibawah market price dan boleh dijual semua mengikut market price. Ah… itu bila kita cerita secara ringkas. Sudah tentulah, kalau nak melabur dalam Rumah Lelong ni, kita masih lagi perlukan informasi, pengetahuan, strategi tambahan supaya duit yang kita keluarkan tak lebur.

 

Atas sebab itu juga la, bila saya nampak je buku ni, Bijak Melabur Edisi Rumah Lelong, saya terus ambik dan baca.

 

Terdapat sekurang-kurangnya dua cara bagaimana nak buat duit dengan Rumah Lelong. Yang pertama, kita beli dengan harga diskaun (harga lelong) kemudian kita terus jual semula rumah tersebut mengikut harga pasaran. Sudah tentu, pada waktu ini kita perlu keluar belanja untuk mencantikkan dan membaik pulih mana-mana yang perlu.

 

Cara kedua pula adalah dengan menyewakan rumah tersebut.

 

“Saya biasa dengar, rumah lelong ni selalunya tak cantik, ada banyak kerosakkan dan perlu kos yang tinggi untuk baik pulih, betul ke?”

 

Kalau anda baca buku Bijak Melabur Edisi Rumah Lelong ni, topik tersebut ada dibincangkan. Malahan, menurut penulis, sebagai pelabur baru, kita kena siap sedia untuk sebarang kos-kos berkaitan baik pulih yang perlu kita hadapi.

 

Sebab itu, sebelum kita bid untuk dapatkan sesebuah rumah lelong tu, lihat dulu rumah tersebut dan bawa bersama kontraktor atau individu yang berpengalaman untuk membuat pengiraan secara anggaran terhadap kos baik pulih yang mungkin perlu dikeluarkan.

 

Jika kos terlalu tinggi, maka boleh lepaskan sahaja rumah tersebut dan carilah rumah lain.

 

Bab 4 dalam buku ni ada menceritakan tentang Langkah-langkah pembelian rumah lelong. Jadi, buat bakal-bakal pembeli sekalian, bolehlah jadikan buku ini sebagai salah satu rujukan. Ringkasnya, ini yang anda perlu lakukan jika minat dengan rumah lelong.

 

(1) Lihat senarai rumah lelong

 

(2) Dapatkan dokumen POS (proclamation of sales) dan COS (condition of sales) dari pihak pelelong rumah tersebut.

 

(3) Buat lawatan tapak (site visit)

 

(4) Buat anggaran kos baik pulih terhadap rumah tersebut

 

(5) Semak hutang tertunggak

 

(6) Membuat carian di pejabat tanah

 

(7) Membuat keputusan setelah mengambil kira kos-kos berkaitan

 

(8) Tetapkan had bidaan

 

(9) Pegang teguh pada had bidaan

 

(10) Bawa duit yang cukup pada hari lelongan dijalankan (sebaik-baiknya bawa lebih)

 

(11) Tandatangan kontrak jualan (contract of sale)

 

(12) Memohon pinjaman perumahan

 

(13) Tandatangan surat tawaran pinjaman perumahan

 

(14) Mula masuk ke rumah lelong yang berjaya dibeli

 

Nah… bila kita amati step by step ni, nampaknya ia bukannya sesukar mana, betul tak? Baiklah, namun jika anda minat untuk dalami ilmu pelaburan rumah lelong ni, anda mungkin perlukan rujukan yang lebih mendalam lagi disamping memerlukan bahan-bahan rujukan yang lebih up to date.

 

Untuk itu hanya belajar dari buku mungkin masih belum cukup. Jadi, apa kata anda baca juga ebook yang dikeluarkan oleh penulis yang sama. Ebook tersebut boleh di muat turun di sini.

 

Kelebihan ebook berbanding buku, dah tentu ebook akan selalu dikemaskinikan apabila perlu.

 

Baiklah, saya nak baca buku lain pulak berkaitan topik hartanah ni… and by the way, buku ni tak dijual di laman web bookcafe. Sayangnya. Anda kena cari ditempat lain.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 2 comments… read them below or add one }

Sudirman Salleh February 22, 2016 at 10:24 am

Saya dah memilikinya. Good info untuk yang baru nak cuba memiliki rumah lelong. Ringkas dan padat. Saya kasi 4/5 bintang untuk buku nie.

Reply

sabree hussin February 22, 2016 at 10:57 am

Terbaik tuan Sudirman. Saya setuju. Buku Bijak Melabur Edisi Rumah Lelong ni memang terbaik.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: