Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan

by sabree hussin on February 13, 2016

in Buku & Bahan Bacaan

Perolehi lebih banyak wang tanpa perlu bekerja lebih kuat! Ya, anda boleh jika anda seorang Tuan Rumah Jutawan. Menjadi Tuan Rumah Jutawan adalah satu cara untuk menjana kekayaan yang telah teruji sejak turun temurun. Ia menghasilkan pendapatan yang lumayan dan ramai yang telah menjadi kaya-raya melaluinya.

 

azizi_ali_tuan_rumah_jutawan Buku berjudul Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan ini adalah buku  tulisan Azizi Ali.

 

Beberapa hari kebelakang ini, saya sempat membaca dua buah buku dalam topik pelaburan hartanah. Antaranya buku berjudul

(1) Kaya Dengan Rumah – Cara menjadi kaya dengan menggunakan duit orang lain

(2) Bijak Melabur Edisi Rumah Lelong – Pembongkaran Rahsia Jutawan Rumah Lelong

 

Nah… buku ini saya lihat sebagai buku yang sangat baik dan cantik untuk melengkapkan equation tentang bagaimana untuk menjadikan pelaburan dalam hartanah suatu pelaburan yang menguntungkan.

 

Sewakan rumah tersebut. Bukan cara tuan rumah amatur, tetapi sewakan mengikut cara, formula dan strategi seorang tuan rumah Jutawan. Menarik, kan?

 

Rumah adalah keperluan asas yang perlu dimiliki oleh setiap individu. Mula-mula sekali, untuk hidup seseorang itu perlu makan dan minum. Kos untuk mendapatkan makanan ada yang mahal, ada yang murah. Namun, secara umumnya, mahal atau murah sesuatu makanan tu, tidaklah begitu penting. Asalkan ianya mengenyangkan dan boleh membantu meneruskan kelangsungan hidup sudah cukup baik.

 

Kedua, setiap manusia perlu ada rumah untuk mereka tinggal di dalamnya. Kita perlu ada dinding di kiri dan kanan kita. Kita perlu ada lantai untuk dijadikan tempat kita berpijak dan bumbung untuk kita berteduh di dalamnya. Semua orang WAJIB mempunyai rumah sebagai tempat berteduh dan tempat berlindung.

 

Tak kiralah sama ada rumah tersebut dibeli sendiri, disewa dari tuan rumah, ataupun ditumpang dari sesiapa yang sudi untuk menumpangkan rumah tersebut.

 

Membaca buku Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan dapat membuka minda kita untuk melihat pelaburan rumah sewa dari perspektif pemilik rumah ataupun tuan rumah. Nyatalah, mencari penyewa untuk mendiami rumah yang ingin disewakan tak jauh bezanya dengan ingin mencari seorang pekerja.

 

Penyewa tersebut mestilah seorang yang

(1) Mempunyai personaliti dan disiplin yang baik

(2) Mempunyai kemampuan untuk membayar rumah yang bakal disewa tersebut

(3) Ini juga bermakna penyewa tersebut perlu ada pekerjaan tetap supaya kita tahu dia tak terlibat dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang untuk membayar sewa

(4) Berkeupayaan untuk membayar dua bulan sewa sebagai cagaran sekuriti

(5) Mereka menyewa untuk diri mereka sahaja, bukannya untuk disewakan secara beramai-ramai

 

Banyaknya. Macam mana kita nak tau sama ada bakal penyewa akan mempunyai kriteria-kriteria seperti di atas? Jawapan yang diberi oleh Azizi mudah sahaja.

 

Lakukan sesi interview atau temuduga. Sama macam nak mengambil pekerja, kan? Dari proses tersebut, macam-macam perkara yang kita boleh tahu daripada bakal penyewa kita.

 

Malahan Azizi Ali juga mencadangkan supaya bakal penyewa mengisi borang permohonan sewa yang didalamnya bakal penyewa perlu memberikan maklumat-maklumat seperti

(1) Maklumat tempat kerja sekarang

(2) Maklumat tempat rumah sewa yang terdahulu

(3) Kenapa berpindah dari tempat sewa yang lalu

(4) Maklumat tuan rumah yang terdahulu sebagai rujukan

 

… dan ya, bila kita dah minta kesemua maklumat ini, kita perlu bertindak untuk melakukan proses verifikasi sebelum kita menerima seseorang itu untuk menyewa hartanah ataupun rumah kita.

 

Antara nilai tambah yang anda akan dapati apabila memiliki buku ini ialah

 

(1) Anda akan memperolehi salinan contoh perjanjian sewa (tenancy agreement) yang anda boleh guna pakai untuk urusan penyewaan rumah anda. 

Perjanjian sewa ini pastinya dapat melindungi hak-hak anda sebagai pemilik rumah sewa sekiranya berlaku apa-apa masalah di kemudian hari. Kesilapan yang biasa dilakukan oleh tuan rumah ialah menggunakan perjanjian sewa yang terlalu umum. Akibatnya, jika berlaku sebarang isu di masa akan datang, dan perkara tersebut tidak tercatat pada perjanjian, ia bakal mengundang konflik.

 

(2) Anda akan memperolehi contoh senarai semak yang perlu diisi oleh bakal penyewa dan anda sebelum penyewa masuk ke rumah. Ini akan banyak memudahkan kerja-kerja anda ketika penyewa nak keluar dari rumah sewa

Antara senarai semak yang perlu di isi ialah senarai inventori, dan senarai kerosakkan

 

(3) Notis keluar rumah 

Ia memberi maklumat penuh kepada penyewa terhadap apa yang perlu dilakukan sebelum ingin keluar dari rumah. Sesetengah penyewa tak tau apa prosedur sebenar untuk keluar rumah apabila mereka ingin berpindah ke tempat lain. Notis keluar rumah ini pasti sangat membantu

 

(4) Borang permohonan sewa

Umpama borang permohonan kerja. Bakal penyewa perlu memberikan maklumat peribadi, maklumat tempat kerja, maklumat tempat atau rumah sewa terdahulu, dan memberi beberapa nama sebagai rujukan

 

Buku ini mengandungi 182 muka surat dan sarat dengan ilmu-ilmu yang anda perlu tahu sebelum ingin menjadi seorang tuan ramah yang buat duit dengan hasil duit sewa. Untuk memudahkan anda mendapatkan naskhah buku ini, saya cadangkan anda buat tempahan secara online sahaja di laman web Bookcafe. Boleh klik sini untuk buat tempahan.

 

Anda tak akan menyesal kerana mendapatkan buku ini. Buku ini memang bagus untuk dibaca. Baiklah, saya nak sambung baca buku lain pula dalam topik pelaburan hartanah ni. In Shaa Allah, nanti saya kongsikan buku-buku lain pula yang saya dah baca.

 

Semoga bermanfaat.

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: