Cara Hasilkan Pendapatan Dengan Program Pengiklanan Nuffnang

by sabree hussin on March 29, 2014

in Blogging

Program pengiklanan Nuffnang adalah satu permulaan yang baik buat para penulis blog yang baru nak bermula dan ingin menjana pendapatan menerusi blog miliknya. Program pengiklanan ini adalah percuma dan semua penulis blog boleh sertainya.

 

Untuk menyertai program ini, mula-mula sekali anda perlu ada blog atau laman web anda sendiri.

 

Sebaik-baiknya anda bangunkan sebuah laman web berkonsepkan blog sebabnya iklan Nuffnang lebih sesuai dan lebih berpotensi untuk beri pulangan yang lebih lumayan apabila ia disiarkan dalam laman web yang sering dikemaskini seperti blog.

 

Kalau anda nak siarkan pada web statik yang jarang dikemaskinikan, ia kurang sesuai. Jadi cadangan saya, anda pilihlah laman web berkonsepkan blog.

 

Ada banyak platform blogging yang boleh anda pilih. Anda boleh guna wordpress self hosted ataupun blogspot. Nak guna tumblr pun boleh. Namun kalau kita lihat selera pemilihan laman blog, lazimnya mereka akan pilih sama ada nak guna wordpress ataupun blogspot.

belajar buat duit dengan Nuffnang

Laman web Nuffnang boleh dilayari menerusi link http://www.nuffnang.com.my

 

Macam mana nak buat duit dengan Nuffnang?

Cara nak buat duit dengan Nuffnang sangatlah mudah. Anda hanya perlu siarkan iklan Nuffnang dalam blog anda.

 

Ini adalah program pengiklanan. Sebagai pemilik laman blog, anda bertindak sebagai publisher (penyiar) iklan-iklan Nuffnang, dan sebagai balasan, pihak Nuffnang akan bayar anda jika terdapat klik pada iklan yang disiarkan dalam blog anda.

 

Anda hanya perlu dapatkan kod iklan dari laman web Nuffnang, kemudian copy dan paste kod iklan tersebut pada laman blog anda.

 

Ada tiga jenis iklan banner yang anda boleh siarkan dalam blog anda.

 

Pertama : Leaderboard (728 X 90)

Digi Prepaid Mobile Internet

Kedua: Skyscraper (160 X 300)

format iklan nuffnang

Ketiga: Large Rectangle (336 X 280)

contoh iklan Nuffnang

Ada sekurang-kurangnya tiga cara macam mana blogger yang menyiarkan iklan Nuffnang dibayar.

 

Pertama, menerusi Cost Per Click (CPC)

Maksudnya, setiap klik pada iklan yang disiarkan, blogger tersebut akan menerima bayaran. Bayaran dia pula adalah sekitar RM0.10 – RM0.50 untuk setiap klik yang diterima pada banner iklan yang disiarkan. Berikut adalah contoh bayaran yang saya terima.

pendapatan-dengan-nuffnang

Dalam situasi saya, setiap klik yang saya terima pada iklan Nuffnang yang disiarkan dalam blog ini, saya menerima bayaran sebanyak 25 sen.

 

Berikut ni pula adalah tips yang diberi oleh Nuffnang.

CPC campaigns are perks that every nuffnanger gets to enjoy. Whether you blog about tech or about food, CPC ads will generate you earnings as long as your readers click on your ads. Check on your Click-Through-Ratio to check on how well your ads are performing.

 

Untuk dapat lebih banyak pendapatan dari CPC, kena pastikan blog ada banyak pelawat, dan pelawat tersebut dengan suka rela menekan klik pada banner iklan yang disiarkan.

 

Cara kedua, dikenali sebagai Cost Per Unique Visit (CPUV) 

Untuk yang ini, bayaran dikira mengikut berapa ramai pelawat unik yang masuk ke laman blog kita. Formulanya ialah, lagi ramai pelawat (trafik), lagi tinggi potensi pendapatan yang kita boleh hasilkan. Sekiranya anda berjaya dapat kempen seperti ini, pastikan anda menulis dan menerbitkan artikel baru dalam blog anda dengan lebih rajin.

cpuv-nuffnang-buat-duit

Pendapatan anda akan bertambah dengan cepat jika trafik yang anda terima juga adalah tinggi pada waktu tersebut. Jadi, pastikan anda rajin-rajinkan diri ye.

 

Baiklah, berikut ni pula adalah tips yang diberikan sendiri oleh pihak Nuffnang untuk mereka yang ingin tingkatkan lagi pendapatan Nuffnang dengan cara ini.

Advertisers select blogs for CPUV campaigns based on several criteria such as a blog’s target audience, blogging genre and influence. For example, a cosmetics company would be more likely to select a fashion and beauty blog with female readers to advertise on.

Making sure your ads are optimally placed, updating your blogger profile and survey will increase the chances of advertisers noticing your blog and therefore increasing the chances of your blog being chosen for CPUV Campaigns.

 

Dari sini kita boleh tau, yang mana kalau nak buat lebih banyak duit dari kempen CPUV, kena pastikan blog yang ditulis tu adalah relevan pada golongan sasaran tertentu, blog mempunyai genre tertentu dan anda sendiri sebagai penulis blog, perlu ada pengaruh dan ada follower.

 

Cara ketiga ialah sponsored post

Kaedah ini hanya ditawarkan kepada blogger-blogger tertentu dan terpilih sahaja. Biasanya ia ditentukan oleh faktor seperti populariti, trafik, topik blog dan sebagainya. Advertiser sendiri yang akan anugerahkan sponsored post kepada blogger tertentu.

 

Ya, setakat waktu entri ini saya tulis, saya sendiri tak pernah dianugerahkan sebarang sponsored post. Kebanyakkan sponsored post yang ada dalam blog ni, saya perlu cari sendiri atau mereka yang berminat dengan servis pengiklanan yang saya tawarkan. Baca maklumat lanjut disini.

 

Boleh ke jana pendapatan yang lumayan dengan Nuffnang? Ya memang boleh.

 

Salah satu yang memang berjaya adalah blogger RedMummy.

blogred

Pernah satu masa dulu, RedMummy kongsikan bukti cek daripada Nuffnang yang beliau pernah terima. Saya percaya, daripada perkongsian beliau tu, ramai jugak blogger tak kira sama ada yang baru mahupun lama kembali bersemangat nak jadi penulis blog yang serius.

(saya pun tak terkecuali)

red mummy check

Logik ke boleh dapat income macam kat atas ni? Ada yang RM15,304. 53 dan ada juga yang RM13,855.52. Itu terpulang pada anda sama ada nak percaya atau tidak. Saya tak tulis artikel ini atas sebab nak buat anda percaya.

 

Saya sendiri pernah beberapa kali  dapat check daripada Nuffnang. Tapi tak adalah sampai berbelas-belas ribu amountnya 🙂

 

Kalau nak tau berapa yang saya pernah dapat, anda boleh baca artikel saya yang sebelum ini berjudul:

Bagaimana Cara Jana Pendapatan Tanpa Modal Pada Tahun 2014 [klik sini untuk baca]

 

Sekian dulu, terima kasih saya ucapkan kerana anda sudi baca artikel ini.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 5 comments… read them below or add one }

ieta mat sa'ad March 30, 2014 at 2:33 am

Saya baru buang iklan nuffnang sebab siarkan iklan arak dan pompuan seksi. Walhal dah pilih takmo iklan mcmtu… Iklan tu keluar waktu2 mcm ni la….
Biarlah… ada lagi rezqi datang dari lain… Takmo saya, duit bagi keluarga makan minum jadi darah daging. sumber haram….. Wal’iyazubillah…

Reply

mat nor May 10, 2014 at 7:22 am

thank for sharing tips. nice blog and keep on writting

Reply

sabree hussin May 13, 2014 at 3:32 pm

Terima kasih tuan Mat Noor

Reply

M.Syamsid Dhuha June 21, 2015 at 2:48 pm

Tips and info yang sangat berguna . Thanks for sahring 🙂

Reply

sabree hussin June 24, 2015 at 11:11 am

Sama-sama

Reply

Leave a Comment

{ 9 trackbacks }

Previous post:

Next post: