Masalah hutang. Memang pening kepala, hidup tak tenang dan jiwa runsing bila kita ada masalah hutang ni. Setiap masa kita akan dihantui dengan bayang-bayang sendiri. Rasa risau… kalau-kalau ada wakil dari pihak pemiutang datang menghubungi kita untuk menuntut semula hutang-hutang yang kita pernah buat sebelum ni.
Saya selalu terkeliru, antara dua istilah ni, iaitu penghutang dan juga pemiutang. Jika anda pun keliru juga, saya kongsi apa dia definisi bagi kedua-dua istilah ini.
1. Penghutang – Adalah pihak yang membuat pinjaman atau pihak yang berhutang.
2. Pemiutang – Adalah pihak yang memberi pinjaman
Ok katakanlah, sekarang ni anda dah pun ada masalah hutang, dan obviously hutang itu perlu dibayar dan kini anda perlu memikirkan cara pulak untuk bayar hutang tersebut.