Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Apa untungnya dengan menjadi ahli Jobdirumah?

March 14, 2016 by sabree hussin 26 Comments

“Jobdirumah ni boleh dipercayai ke? … atau sebenarnya laman web jobdirumah ni ada mengandungi unsur-unsur penipuan yang sengaja disembunyikan atau yang tak diketahui oleh orang lain?”

 

Seingat saya, topik tentang jobdirumah ni betul ke tak, scam atau boleh dipercayai, saya dah pernah cover sebelum ni dalam blog ni. Jadi, jika ada mana-mana pembaca dan pelawat blog ni yang masih ada lagi pertanyaan berhubung isu tersebut, boleh baca artikel saya yang kat bawah ni ya.

Klik untuk baca: Jobdirumah SCAM! Kenapa orang kata Jobdirumah ni scam? Ini penjelasannya…

bekerja_dari_rumah

 

Dalam catatan kali ni, saya cuma nak cerita tentang apa untungnya kalau anda jadi ahli laman web Jobdirumah.

 

Saya percaya, mereka yang menyertai laman web Jobdirumah, masing-masing menanam harapan untuk dapat bekerja dari rumah. Maknanya, bukan saja-saja join, atau join sebab nak jadi kaya dengan cepat, sebaliknya sebab nak bekerja, dan dibayar mengikut hasil kerja yang disiapkan.

 

Bila kita kata bekerja ni, faham-faham je la. Tak semestinya kita akan sentiasa dapat kerja-kerja yang kita suka setiap masa. Adakalanya, kerja yang ada kita tak berapa suka dan tak berapa selesa nak buat. Tapi, kalau dah nama pun kerja, macam mana pun dah tentu kita kena buat dan siapkan jugak.

 

Jadi beginilah lebih kurang dalam situasi bekerja dari rumah. Istimewanya, bila bekerja secara online ni, kita ada pilihan sama ada nak terima sesuatu pekerjaan itu ataupun tidak. Kalau rasa kerja tu macam susah, dan macam kurang sesuai, kita ada pilihan untuk tak payah ambik kerja tu.

[Read more…]

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: jobdirumah betul ke, jobdirumah boleh percaya ke, jobdirumah penipu, jobdirumah scam, jobdirumah tipu, penipuan jobdirumah

Ada yang kata Jobdirumah ni scam, tetapi…

November 21, 2015 by sabree hussin Leave a Comment

Baru-baru ni, saya ada tulis sebuah artikel yang berjudul “Jobdirumah SCAM! Kenapa orang kata Jobdirumah ni scam? Ini penjelasannya…”

 

Siap je artikel tu, saya meneruskan pencarian maklumat tambahan di Google. Manalah tau kalau-kalau saya ada terlepas pandang, atau mungkin ada beberapa blog yang pernah menulis tentang Jobdirumah dan membincangkan tentang perkara yang sama iaitu sama ada ianya scam ataupun tidak.

 

Maka dengan tak semena-mena saya terjumpa laman web ini.

bukti_jobdirumah_scam

Tetapi sayang… Saya betul-betul kecewa lepas dah baca entri tersebut. Nak tau kenapa?

[Read more…]

Filed Under: Jobdirumah Tagged With: betul ke jobdirumah, jobdirumah penipu, jobdirumah scam, jobdirumah tipu

Jobdirumah SCAM! Kenapa orang kata Jobdirumah ni scam? Ini penjelasannya…

November 20, 2015 by sabree hussin 6 Comments

“Saya nak try Jobdirumah, tapi masih was-was. Macam mana ya? Ada sesiapa yang boleh bantu saya? Saya juga nak tau, sama ada jobdirumah ni ok ke tak? Kalau ada sesiapa yang pernah try benda ni, boleh tolong guide saya? Saya takut kena scam atau terjoin program yang menipu!”

 

Lalu saya pun terus ke laman web search engine google dan mula menaip kata kunci “jobdirumah scam” di ruangan carian. Saya nak lihat, kalau-kalau ada sebarang feedback, catatan mahupun perkongsian dari mana-mana individu yang pernah kena tipu dengan jobdirumah.

laman_web_utama_jobdirumah

Saya teliti satu per satu laman-laman web yang membincangkan tentang topik ini. Perkara pertama yang saya buat, saya eliminate ataupun singkirkan mana-mana laman web milik blogger yang saya kenali. Sebabnya saya tahu, para blogger ini sebenarnya bukannya sedang membincangkan tentang sama ada jobdirumah ni scam ataupun tidak, sebaliknya mereka sedang berusaha mempromosikan program jobdirumah dengan memanipulasikan kata kunci “jobdirumah scam” itu tadi.

 

Seterusnya, carian saya telah membawa saya ke laman web berkonsepkan forum, yang mana menerusi laman web ini, pengguna forum itu sendiri akan berbincang sesama ahli bagi mengetahui sama ada sesuatu program itu scam atau tidak.

 

Jadi, bagi merungkai misteri bagi persoalan sama ada “jobdirumah ni scam atau tidak” saya telah pun meringkaskan dan menyenarai pendek beberapa persoalan yang sering bermain dalam fikiran mereka-mereka yang minat nak bekerja dari rumah sama ada secara part time atau full time, namun dalam hati mereka masih ada rasa was-was dan bimbang kalau-kalau kena tipu.

 

Jom kita lihat kenapa ada yang kata jobdirumah adalah program scam?

[Read more…]

Filed Under: Jobdirumah Tagged With: jobdirumah penipu, jobdirumah scam, jobdirumah tipu, kena tipu dengan jobdirumah

Salah faham tentang cara buat duit dengan jobdirumah

July 15, 2015 by sabree hussin Leave a Comment

Konsep buat duit dengan jobdirumah sebenarnya mudah dan ringkas sahaja. Walaubagaimanapun, ramai juga sebenarnya yang salah faham dengan cara sebenar bagaimana nak buat duit dengan jobdirumah.

 

Kalau kita perhatikan laman web utama jobdirumah, semua informasi telahpun diberikan secara terperinci.

jobdirumah_com_utama

 

Tiada satu informasi pun yang tertinggal ataupun yang disembunyikan. Saya percaya, jika anda ambil masa sekurang-kurangnya 15 – 20 minit untuk membaca satu per satu apa yang dipaparkan di laman web utama Jobdirumah, anda dah boleh agak… apa sebenarnya yang ditawarkan oleh pihak jobdirumah dan bagaimana ia dapat bantu anda untuk jana lebih banyak pendapatan tambahan.

 

Ramai orang mempunyai mindset dan cara bekerja yang salah dengan Jobdirumah. Tak kiralah sama ada mereka ini baru nak join, sudah join atau masih belum join lagi. Ada antara mereka yang beranggapan, bekerja dari rumah adalah suatu shortcut untuk mereka jana kekayaan dengan lebih mudah.

 

Tidak. Ia bukan begitu.

[Read more…]

Filed Under: Jobdirumah Tagged With: buat duit dengan jobdirumah, jobdirumah tipu, salah faham jobdirumah

Adakah Jobdirumah Cuba Menipu Pelanggan-pelanggannya?

December 30, 2014 by sabree hussin 12 Comments

Jobdirumah.

Program latihan yang mengajar para pelanggannya strategi dan teknik sebenar bagaimana nak buat duit dari rumah. Sebut je nama program jobdirumah, saya percaya ramai yang tahu tentang program ini.

Malahan tak kurang ramainya yang pernah terfikir sama ada nak join atau tidak program latihan ini.

Biasalah… Hati berbelah bahagi. Konon-kononnya takut kena tipu, takut benda ni adalah skim penipu atau skim cepat kaya yang diada-adakan bagi mengeksploitasi sifat tamak haloba yang terdapat dalam diri setiap insan.

Padahal terang-terang dah dinyatakan, program jobdirumah adalah program latihan yang mengajar cara-cara buat duit dari rumah dengan memilih pekerjaan yang benar-benar membayar. Takut-takut, nanti anda tersalah pilih job. Kerja dah siap, tapi bayaran tak ada pulak.

Sebab itu anda perlukan panduan.

Dan panduan tersebut disediakan oleh Pihak Jobdirumah

buat_duit_dengan_jobdirumah

Tapi biasalah…

Orang masih tetap tak puas hati. Masih tetap nak bertanya, sama ada betul atau tidak Jobdirumah ini menawarkan peluang pekerjaan?

Jawapannya tidak!

[Read more…]

Filed Under: Produk Tagged With: hutang kad kredit, jobdirumah penipu, jobdirumah tipu

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • Kenapa nak join Bisnes Netwok Marketing?
  • Panduan “Survival Guide” dalam Bisnes Multi Level Marketing @ Network Marketing
  • 7 Jenis bisnes rendah risiko, modal rendah dan mudah untuk dilakukan
  • Jom buat duit sebagai Usahawan Buku dengan Program Dropship Bookcafe

Recent Comments

  • sabree hussin on Cara bina Ayat Iklan untuk promosi produk Perfume
  • sabree hussin on Bagaimana cara mudah buat duit dengan menulis di blog?
  • sabree hussin on Kerja dari rumah untuk student lepasan SPM? Ada ke?
  • Mohamad Rahmad bin Saad on Kerja dari rumah untuk student lepasan SPM? Ada ke?
  • Hakikat sebenar yang perlu dilalui apabila anda ingin jadi penulis online dan jana pendapatan - Sabree Hussin Dot Biz on Masalah writers block dalam kalangan penulis blog dan cara selesaikannya

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut