Jika anda terlalu fokus pada pemasaran di media sosial Facebook, anda akan terlepas peluang untuk menikmati pengalaman menghasilkan pendapatan menerusi medium blog.
Akan tetapi, jika anda terlalu fokus pada pemasaran di blog, anda juga berkemungkinan untuk terlepas peluang untuk buat pemasaran kepada prospek-prospek anda yang setia di Facebook. Kadang-kadang memang begitu. Kita jadi serba salah dan tak tau nak fokus yang mana satu.
Jadi, apa kata kalau kita tak perlu buat pemilihan. Kali ini kita buat dua-dua serentak! Sambil kita menulis secara aktif di blog, kita kumpul juga pengikut ataupun fan di Facebook.
Anda berminat nak tau apa triknya? MUDAH sahaja. Anda perlukan skrip ini untuk menjayakan strategi yang saya maksudkan ini. Dengan penggunaan skrip tersebut, anda akan dapat lihat satu pop up seperti dibawah akan muncul yang akan “memaksa” pelawat laman blog anda untuk tekan like sebelum dapat membaca catatan penuh yang anda siarkan dalam blog anda.
Adakah cara ini berkesan untuk kumpul likes?