Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Bagaimana tulis blog sambil kumpul likes pada FB Fanpage secara automatik?

July 19, 2015 by sabree hussin 2 Comments

Jika anda terlalu fokus pada pemasaran di media sosial Facebook, anda akan terlepas peluang untuk menikmati pengalaman menghasilkan pendapatan menerusi medium blog.

 

Akan tetapi, jika anda terlalu fokus pada pemasaran di blog, anda juga berkemungkinan untuk terlepas peluang untuk buat pemasaran kepada prospek-prospek anda yang setia di Facebook. Kadang-kadang memang begitu. Kita jadi serba salah dan tak tau nak fokus yang mana satu.

 

Jadi, apa kata kalau kita tak perlu buat pemilihan. Kali ini kita buat dua-dua serentak! Sambil kita menulis secara aktif di blog, kita kumpul juga pengikut ataupun fan di Facebook.

 

Anda berminat nak tau apa triknya? MUDAH sahaja. Anda perlukan skrip ini untuk menjayakan strategi yang saya maksudkan ini. Dengan penggunaan skrip tersebut, anda akan dapat lihat satu pop up seperti dibawah akan muncul yang akan “memaksa” pelawat laman blog anda untuk tekan like sebelum dapat membaca catatan penuh yang anda siarkan dalam blog anda.

kumpul_likes_cara_mudah

Adakah cara ini berkesan untuk kumpul likes?

 

Oh sebenarnya cara ini SANGAT BERKESAN.

 

Kalau anda perasan, sebenarnya ada banyak laman-laman blog yang berkonsepkan berita menggunakan kaedah ini untuk kumpul likes pada fanpage dengan cara yang pantas.

 

Teknik ini menggabungkan kaedah penulisan berita-berita ataupun cerita-cerita yang viral dan panas untuk membangkitkan rasa ingin tahu daripada kalangan pembaca.

 

Anda boleh lihat sendiri pada contoh sample page diatas. Lihat screenshot ya.

 

Jika ini adalah berita tergempar, pembaca pasti akan tekan like kerana dia betul-betul serius nak tau apa sebenarnya berita yang ingin disampaikan. Lagipun, tekan like bukannya kena bayar apa-apa pun. Pelawat anda ramai yang tak kisah setakat nak tekan like.

 

Dengan kaedah ini, lagi kerap anda menulis di blog anda, maka akan jadi lagi banyak likes yang anda boleh kumpul. Sebabnya mudah sahaja, setiap hari blog anda pasti akan dikunjungi oleh pembaca dari laman web search engine. Mereka ini lah yang akan tekan like untuk anda dan seterusnya matlamat pun tercapai.

 

Berlaku pertambahan likes pada fanpage anda, dan anda hanya perlu fokus untuk menulis di blog seperti biasa.

 

Selamat mencuba dan muat turun skrip ini disini.

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Koleksi cara berkesan dapatkan dan tingkatkan likes pada FB fanpage
  2. SamsengFB: Bagaimana skrip ini berfungsi untuk menaikkan likes dan meningkatkan jualan bisnes anda?
  3. Perlu Ke Beli Servis Naikkan FB Likes Untuk Fanpage?
  4. Adakah Anda Perlukan Likes Yang Banyak Untuk FB Fanpage Anda?

Filed Under: Pemasaran Blog Tagged With: kumpul like cara pantas, kumpul like pada fanpage, tambahkan like pada fanpage

Comments

  1. Afzai Afandi says

    October 21, 2015 at 7:58 pm

    Saya belum cuba lagi teknik ini untuk tarik likers..Tapi perasan banyak blog yang gunakan pop up ini. Terima kasih tuan sabree

    Reply
  2. Adzrif Sidek says

    October 21, 2015 at 9:05 pm

    FB fanpage pun saya masih belum buat lagi. Hehe.

    In sha Allah akan cuba teknik ini.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Program Affiliate FWD Takaful – Buat duit dalam industri Takaful
  • 18 Kelebihan Bisnes Online
  • Bina kerjaya dalam bidang jualan untuk jana pendapatan tanpa had!
  • Bagaimana Cara Dapatkan Pembaca Blog Yang Ramai
  • Adakah perniagaan berasaskan runcit menguntungkan?

Recent Comments

  • sabree hussin on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • nak cari mai putrajaya lahabau on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • sabree hussin on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • Fina on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • sabree hussin on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in