Umum dah sedia tahu, negara China merupakan sebuah negara yang mampu untuk menawarkan lambakan pelbagai jenis barangan yang boleh diperolehi dengan harga yang murah.
Lebih-lebih lagi sekarang ni, dengan adanya bantuan sambungan internet, kita boleh terus berurus niaga dengan para penjual dari China tanpa perlu susah payah untuk ke negara mereka.
Saya ambil contoh laman web taobao.
Menerusi laman web ini, ada banyak barangan dan produk yang anda boleh beli secara online sahaja. Jika anda tak pandai atau tak ada pengalaman membeli secara online sebelum ini juga tak ada masalah. Sebabnya anda boleh dapatkan panduan membeli barangan dari China secara online dengan selamat dengan merujuk panduan ini.
Panduan ini diberi nama Rahsia Taobao.
Ia membincangkan secara spesifik untuk proses dan tips-tips pembelian menerusi laman web taobao.
Biasanya yang dapatkan panduan ini adalah mereka-mereka yang minat nak dapatkan barangan dari China dalam kuantiti yang banyak.
Mereka nak borong barang dari China sebab mereka nak niagakan semula barang-barang tersebut.
Untuk individu yang saja-saja nak beli satu atau dua barang, mungkin agak jarang yang perlukan panduan ini. Tapi tak ada masalah, kalau untuk tambahkan pengetahuan, apa salahnya dapatkan panduan ini. Setidak-tidaknya, nanti kalau ada kenalan atau saudara mara yang minat nak beli borong produk dari China, mereka boleh rujuk anda terlebih dahulu, kan.
Harga biasanya setanding dengan kualiti
Sebagai manusia biasa, kita memang mudah tertarik dengan harga yang murah yang ditawarkan oleh peniaga-peniaga itu tadi.
AWAS.
Lazimnya, dari segi kualiti, ianya adalah setara dan setanding dengan harga yang ditawarkan. Ramai sebenarnya yang mempunyai mind set yang kurang tepat ketika membeli barangan dari negara China.
Mereka mengharapkan barangan yang dibeli dengan harga murah itu tadi, kualitinya setara dengan barangan yang sama yang dijual dengan harga yang lebih mahal.
Macam mana mereka mampu tawarkan harga yang murah?
Inilah misterinya.
Melainkan anda diberitahu sebaliknya, dan anda telahpun siasat setiap informasi yang diberikan oleh penjual, adalah lebih selamat untuk anda beranggapan bahawa
Setiap produk yang dijual adalah produk TIRUAN kecuali dapat dibuktikan yang ianya bukan produk tiruan
Hanya sebab sesuatu produk itu memaparkan logo Samsung, atau Apple, tak bermakna produk tersebut adalah ORIGINAL daripada kedua-dua syarikat tersebut. Kadang-kadang untuk kes handphone misalnya, yang original hanyalah casing sahaja. Yang lain-lain semuanya PALSU ataupun FAKE.
Barang tiruan… dah tentu boleh dijual dengan harga yang sangat murah.
Untuk situasi dimana barang tersebut bukannya barangan tiruan tetapi pihak penjual masih berupaya untuk menawarkan harga yang rendah, ia boleh dijadi kerana pihak pengilang mengeluarkan produk tersebut dalam kuantiti yang sangat besar. Lagi besar kuantiti yang dihasilkan, ia mampu menurunkan kos untuk penghasilan.
Dalam istilah ekonomi, ia dipanggil Economic of Scale.
Jangan terlalu mudah terpedaya dengan gambar display
Saya berikan contoh gambar produk yang dipaparkan di laman jualan. Lihat gambar dibawah.
Kalau kita lihat dari segi gambar display yang dipaparkan, memang nampak sangat menarik. Tengok dari segi warna jaket, cutting dan sebagainya, dan ditambah pula harganya yang murah, pasti akan menarik peminat-peminat jaket untuk beli produk ini.
Namun realitinya, bila produk tu dah sampai, adakah ianya sama seperti yang diiklankan? Lihatlah hasilnya…
Ada la beberapa part yang nampak macam sama dengan yang dipaparkan pada ruangan display. Tetapi, pada saya la kan… kalau saya yang beli jaket ni, pasti saya sangat kecewa.
Apa lah gunanya dapat beli dengan harga murah, kalau dari segi kualiti ianya sangat menyedihkan!
Jika anda ingin beli barangan dari China secara online untuk tujuan bisnes…
Sekiranya anda seorang yang dah berpengalaman dalam urusan pembelian barangan dari China secara online, anda boleh abaikan sahaja apa yang saya kongsikan ini.
Namun, seandainya ini adalah pengalaman anda yang pertama nak menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan mendapatkan stok terus dari China secara online, anda perlu tahu apa dia jenis-jenis barangan yang anda perlu elakkan untuk jual.
Melainkan anda sanggup untuk ambil risiko produk tak dapat dijual… itu terpulang pada anda.
Inilah sebabnya, dalam Panduan dan Rahsia TaoBao anda akan didedahkan dengan jenis-jenis produk yang confirm laku jika dijual dan ada juga modul yang membincangkan tentang produk yang perlu dijauhi jika nak beli secara online.
Risiko ditipu oleh peniaga yang tidak jujur
Ini satu lagi perkara yang kita perlu berhati-hati. Bukan semua peniaga yang menjual secara online tu baik-baik belaka.
Sedangkan mereka yang tinggal dalam negara kita pun ada yang menipu ketika menjual produk, inikan pula peniaga yang menjual di lokasi yang beribu-ribu KM jauhnya dari kita.
Akhir kata dari saya… berhati-hatilah selalu.
[…] perkongsian saya sebelum ini yang berjudul hati-hati jika ingin beli barang murah dari China, saya ada menyebutkan bahawa kebanyakkan barangan yang dijual dengan harga murah, kualitinya adalah […]