Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Buku panduan memborong dari China yang patut anda baca?

January 7, 2016 by sabree hussin 3 Comments

Adakah anda ingin memborong produk-produk dari China, namun sampai sekarang anda masih tak tau, kat mana anda boleh rujuk dan belajar cara-cara untuk melakukannya?

 

Saya ada berita baik untuk anda! Setakat hari ini, saya dah temui dua buah buku yang ditulis oleh mereka yang memang dah biasa ke negara China untuk membeli pelbagai produk untuk diniagakan semula di negara kita.

 

Buku panduan pertama: Panduan memborong di China

borong_di_china Klik: Panduan Memborong di China

 

“Panduan lengkap memborong dengan keuntungan sehingga 600%”

 

Kita semua sedia maklum, bahawa barangan dari China sememangnya murah-murah belaka. Maka tak hairanlah bagaimana negara China mampu menjadi sebuah negara besar yang mempunyai kuasa ekonomi yang sangat kuat.

 

Mereka bukan sahaja memiliki tenaga kerja yang begitu ramai, jumlah penduduk yang banyak, malahan mereka juga mampu untuk menghasilkan pelbagai produk yang berkualiti dengan kos buruh yang begitu murah.

 

Dalam perkongsian saya sebelum ini yang berjudul hati-hati jika ingin beli barang murah dari China, saya ada menyebutkan bahawa kebanyakkan barangan yang dijual dengan harga murah, kualitinya adalah setanding dengan harga yang ditawarkan.

 

Namun begitu, untuk mengatakan semua peniaga di China akur pada formula yang sama adalah kurang tepat. Hanya mereka yang dah biasa berulang alik dari Malaysia ke China dan dah faham betul ragam peniaga di sana sahaja yang boleh bantu anda, macam mana nak dapatkan produk yang berkualiti tinggi namun dengan harga yang cukup rendah.

 

Tak rugi anda baca buku ini.

 

Buku panduan kedua: Borong di China: Ingat senang ke?

panduan_borong_dichina

Klik: Borong di China: Ingat senang ke? 

 

Senang ke susah nak borong barang di China ni? 

 

Membaca perkongsian pengalaman dari penulis sendiri, iaitu Norisham Kadmin, membuatkan saya sendiri merasakan yang kerja-kerja memborong di China tidaklah sesukar mana!

 

Semua orang boleh lakukannya… dengan syarat anda ada ilmu, kemahuan dan mempunyai minat yang begitu mendalam dalam bidang keusahawanan. Negara China yang digambarkan dalam buku ini, suasananya tidaklah begitu asing jika nak dibandingkan seperti di Malaysia.

 

Di negara kita, kita juga ada tempat-tempat yang menarik dan best untuk tujuan borong. Antaranya yang biasa saya sendiri pergi ialah di Kenanga Wholesale City dan GM Klang. Kedua-dua tempat ini juga menawarkan harga yang cukup murah, dengan syarat kita beli borong!

 

Kalau setakat beli satu atau dua unit, memanglah harganya tak semurah mana.

 

Kedua-dua tempat yang saya sebutkan ni pun saya dah rasa ianya sangat murah! Cuba bayangkan kalau kita dapat pergi terus ke China dan memborong di sana?! Saya percaya, kebanyakkan barangan yang dijual di Kenanga dan juga di GM Klang juga ada yang berasal dari China.

 

Pada pandangan saya la kan… jangan terus pergi ke China sebelum anda baca kedua-dua buku ini. Jadikan isi kandungan dalam kedua-dua buku ini sebagai persediaan untuk anda mulakan ekspedisi memborong ke China.

 

Untuk pengetahuan anda, harga bagi kedua-dua buku ini juga SANGAT MURAH. Tak sampai RM20 pun untuk setiap satu. Kalau beli kedua-dua buku sekali dan baca pun anda tak rugi, malahan anda dapat tahu serba sedikit pengalaman penulis yang dah biasa memborong di China.

 

Anda boleh beli sama ada secara online (lebih mudah) atau boleh juga dapatkan di kedai-kedai buku berdekatan anda.

 

Selain itu, jika anda berminat untuk pelajari bagaimana cara untuk memborong barangan dari China dengan selamat tanpa perlu bersusah payah nak ke negara China, anda boleh klik sini.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Borong Di China: “Ingat Senang Ke?”
  2. Tips membeli barang dari laman web Borong dari China dengan selamat
  3. Lubuk Dropship & Supplier Dari China
  4. 40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia

Filed Under: Buku & Bahan Bacaan Tagged With: buku panduan borong di china, panduan borong di china, panduan terbaik memborong di china

Comments

  1. titan says

    January 8, 2016 at 2:01 am

    Okeh.

    kalau jumpa buku ni kat kedai, leh la beli.

    Reply

Trackbacks

  1. Kenapa Rahsia Taobao harganya "Mahal"? - Sabree Hussin Dot Biz says:
    February 17, 2016 at 12:32 pm

    […] Baca juga:Buku panduan memborong dari China yang patut anda baca? […]

    Reply
  2. Borong Di China: "Ingat Senang Ke?" - Blog Sabree Hussin says:
    February 18, 2016 at 6:12 pm

    […] Baca juga: Buku panduan memborong dari China yang patut anda baca? […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Tiket masuk ke Zoo Negara
  • Apa sebenarnya Punca & Faktor kemiskinan?
  • Apa perlu buat selepas join PG Mall Consumerchant
  • Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay
  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu

Recent Comments

  • zue on Lepas SPM tak nak sambung belajar?
  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in