Soalan:
Salam tuan sabree, saya local student baru 20 y/o plan nak start bukak bisnes online. Actually memang dah start pun, saya tengah cari tips nak deal dengan supplier dari China & saya dah usha laman web alibaba.com. Boleh saya nak tanya tips camna nak berurusan dengan mereka? (Takut kena tipu)
Sebenarnya… saya TAK PERNAH langsung beli sebarang produk dari laman web Ali Baba. Namun begitu, saya sedia maklum, yang laman web Ali Baba ni memang terkenal sebagai salah sebuah laman web yang membolehkan kita membeli barangan dari China dengan harga yang murah.
Sebelum ini, saya biasa beli dari laman web DHGate.com
Ini pula laman web Alibaba
Kedua-dua laman web ini menawarkan dua fungsi yang lebih kurang sama. Ia membantu kita sebagai pembeli untuk mendapatkan produk-produk dari negara China tanpa perlu bersusah payah nak lakukan persediaan untuk ke negara China.
Sekarang ni, semuanya mudah. Hanya dengan melayari laman web tersebut, kita dah boleh borong pelbagai barangan dari China. Harganya? Juga agak murah. Anda boleh lihat sendiri kedua-dua laman web tersebut untuk meneliti berapa harga yang ditawarkan.
Selamat ke kalau beli barang dari China? Tak ada risiko kena tipu ke?
Memang ada perbezaan yang ketara lebih-lebih lagi kalau kita beli secara online, berbanding dengan kalau kita beli terus ke China.
Salah satu risikonya ialah, barangan yang kita tempah tu mungkin tak sama seperti yang kita mahukan.
Apa yang saya biasa lihat, para penjual atau pembekal dari China ni, mereka agak jarang menunjukkan stok barangan yang mereka jual. Kalau ada gambar sekalipun, selalunya gambar tersebut adalah gambar yang sama seperti yang digunakan oleh lain-lain penjual.
Kalau ada 10 penjual, kesemua 10 penjual ni gunakan stok gambar produk yang sama. Pelik kan! Apa susah sangat ke mereka ni (penjual dari China) nak tunjukkan gambar real dan stok produk yang mereka miliki? Itu mereka sahaja yang tahu.
Risau dengan penipuan yang melibatkan pembayaran dan pemindahan wang?
Ini satu kerisauan yang memang munasabah. Bukan anda seorang sahaja yang risau kalau benda ni berlaku, malahan ada beribu-ribu orang di serata dunia yang fikirkan hal yang sama dan risau kalau-kalau benda ni terjadi kat mereka.
Maka untuk menangani masalah penipuan berkaitan dengan kewangan, maka diwujudkan secure payment.
Satu akaun eskrow akan diwujudkan terlebih dahulu. Sebarang pembayaran akan dimasukkan ke akaun eskrow. Bermakna, duit yang anda bayar, masih belum diterima kepada penjual. Apabila penjual dah post barang yang anda tempah, dan barang tersebut telah sampai kepada anda dengan selamat dan anda puas hati, barulah pihak yang menguruskan akaun eskrow ini akan serahkan bayaran anda kepada penjual dari China itu tadi.
Katakanlah anda kurang bernasib baik dan tak sengaja telah berurusan dengan penjual yang kurang jujur dan tak menepati kriteria yang anda mahukan, tetapi bayaran dah pun dibuat, anda sebenarnya boleh request untuk dapatkan refund.
Ini ciri-ciri keselamatan berkaitan dengan pembayaran.
Sebenarnya apa yang biasa berlaku ialah dari segi produk yang ditempah. Ye la… bukan semua peniaga di China tu faham bahasa Inggeris. Kadang-kadang, pembeli yang berurusan dengan mereka pun tak faham sangat bahasa Inggeris, itu yang buatkan berlaku miscommunication selalu.
Sebelum ni, kalau saya nak beli sebarang produk, saya akan berhubung dengan penjual terlebih dahulu. Saya akan kenalpasti, penjual yang mana satu yang
1. Mudah untuk dihubungi dan boleh layan pelanggan
Ini penting, sebab kita ada banyak benda nak tanya. Kalau penjual pun macam malas nak jawab soalan-soalan kita, buat apa kita nak bagi duit kat dia.
2. Penjual FAHAM bahasa kita
Ini untuk memastikan penjual boleh berikan produk seperti yang kita mahukan. Biasanya, kalau simple English memang tak ada masalah. Nak tak nak, mereka memang kena belajar bahasa Inggeris sebabnya pembeli datang dari seluruh dunia.
3. Boleh bagi gambar yang unik dan lain dari yang lain
Berkenaan dengan gambar produk, sebenarnya mereka memang boleh beri. Cuma hanya kepada pelanggan atau bakal pelanggan yang benar-benar serius sahaja. Cubalah minta dan biasanya anda akan dapat.
Baiklah, sebelum saya tamatkan perkongsikan kali ini, saya nak share kepada anda sebuah laman web yang memberikan servis yang seumpama dengan DHGate dan juga Ali Baba. Nama laman web ini ialah Taobao.
Apa kelebihan laman web ini?
Baik. Untuk pengetahuan anda, jika anda ingin membeli di laman web ini, ada satu panduan LENGKAP yang anda boleh rujuk. Nama panduan tersebut ialah Rahsia TaoBao.
Kalau untuk lain-lain laman web borong dari China, saya tak jumpa lagi panduan khas, khusus dan spesifik untuk laman web tersebut. Tapi kalau TaoBao memang dah ada panduan dia. Jadi untuk orang yang masih baru dan agak kurang pengalaman pun boleh beli di Taobao dengan selamat selepas baca dan lihat panduan yang diberikan.
Untuk muat turun panduan TaoBao boleh klik sini.
Baiklah, semoga membantu.
Adda says
Salam.. blh bagi link taobao.com ? Sb i search website tu xjmpa ?? tq
sabree hussin says
Wasalam, betul la tu link dia. Web taobao ni dalam tulisan cina 😀
khairul says
Salam, boleh tak guide sy cara beli dr China? saya mmg serius nk beli borong tp tak berani
sabree hussin says
Wasalam, saya syorkan tuan rujuk panduan ini jika ingin serius dalam bisnes jenis borong dari China secara online. Klik ke –> http://www.sabreehussin.com/borong-taobao
khairul says
tapi kena beli dulu ebook tu , rujuk laman web tu rasanya belum cukup..
sabree hussin says
Ini adalah panduan yang paling lengkap tentang borong dari China yang ada dipasaran sekarang. Saya juga pernah baca dan beli beberapa buku dan ebook lain dalam topik yang sama sebelum ini. Kalau nak panduan dalam bentuk buku, setahu saya memang tak ada. Atau mungkin ada, cuma saya tak pernah nampak. Biasa saya singgah ke MPH, Popular, atau Kinokuniya memang tak jumpa buku yang cerita pasal borong barang dari China secara online.
Kalau buku tentang pergi ke China untuk borong, itu memang saya biasa jumpa.
Tadi tuan Khairul kata perlukan guide untuk beli dari China, jadi saya berpendapat cara paling mudah adalah dengan rujuk panduan tersebut. Semuanya telah diterangkan dalam satu panduan.
Boleh tengok-tengok dulu website tu dan lihat apa informasi yang ditawarkan dalam ebooknya. Jika rasa info yang ditawarkan masih belum cukup, tak apa boleh cuba cari dari sumber lain.
Kali pertama saya beli barang dari China, saya juga tak rujuk panduan. Guna je teknik cuba jaya.
Saya buat macam ni je.
1. Buka mana-mana laman web yang jual barang dari China.
2. Pilih produk.
3. Pilih seller.
4. Tanya macam-macam kat seller tu sampai betul-betul puas hati.
5. Cuba order barang dari dia.
6. Sebagai permulaan, order dalam kuantiti yang sikit sahaja dulu.
7. Lihat berapa lama barang sampai, cara pembungkusan dan sebagainya.
8. Bila barang sampai dan dah yakin, baru perlahan-lahan naikkan jumlah order.
Ini cara yang saya guna.
Kalau cuma nak borong sekali dua, atau cuma nak beli sikit, tak ada masalah guna kaedah ini. Tapi kalau nak serius dalam bisnes macam ni, rasanya tak salah untuk laburkan sikit duit untuk cari ilmu.
Info percuma mungkin ada banyak kalau rajin sikit google, tapi mungkin tak lengkap dan kena rujuk banyak web. Saya sendiri cuma dapat bantu mana yang mampu sahaja. Untuk berikan panduan selengkap panduan ini –> http://www.sabreehussin.com/borong-taobao memang saya tak dapat buat.
Perlukan masa yang panjang untuk buat research dan nak taip lagi.
Apa pun, terpulang pada tuan.
Aiman S says
Kalau order dari DHgate tu ada dikenakan extra charges ke tak semasa kita terima barang tu?
sabree hussin says
Saya cuma bayar seperti yang tertera di website sahaja, semasa buat tempahan. Tak ada pulak caj tambahan.