UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Ini sebab kenapa saya pilih untuk beli barang online di Lazada

January 3, 2016 by sabree hussin Leave a Comment

Pada satu hari, saya menerima panggilan telefon dari nombor yang tak dikenali. Mula-mula saya ingatkan pelanggan saya yang call rupanya sangkaan saya silap.

“Hello, saya dari Lazada ni. Ada orang tak dekat rumah? Dalam sepuluh minit lagi saya nak datang hantar barang.”

 

Ini satu perkara yang patut diberikan pujian kepada syarikat kurier yang digunakan oleh pihak Lazada. Setiap kali mereka nak hantar barang, mereka akan call dulu. Ala-ala nak buat appointment dengan penerima barang gitu. Kalau ada orang kat rumah, barulah dia akan hantar barang tu. Kalau tak ada orang, dia akan simpan dulu dan akan cuba hantar pada masa lain. Mungkin hantar pada lewat petang, hari yang sama.

lazada-logo

Kebiasaannya, bila kita beli barang secara online, kita memang akan sertakan nombor telefon kita untuk dihubungi. Mana-mana syarikat kurier yang call dulu pelanggan sebelum buat penghantaran, memang terbaik.

 

Cuma sayangnya, bukan semua syarikat kurier seperti itu. Bukannya kita tak berikan nombor telefon, ada beri tapi mereka memilih yang senang. Tak nak call dulu sebelum hantar barang.

 

Ini yang biasa berlaku bila syarikat kurier buat penghantaran, penerima tak ada kat rumah, ataupun tak sesiapa kat rumah untuk sambut barang yang dihantar tu. Kesudahannya? Pelanggan akan dapat barang yang ditempah lebih lama daripada masa yang sepatutnya.

 

Kadang-kadang kita pergi ke rumah jiran kita sekejap je. Itu pun sebab nak hantar lauk. Waktu tu lah syarikat kurier datang hantar barang dan barang tersebut tak bersambut. Barang tak diserahkan kepada pelanggan, dan hanya notis yang ditinggalkan di hadapan pintu rumah.

 

Sila ke pusat pengambilan barang di alamat sekian-sekian… Kan menyusahkan tu. Kita beli barang online sebab nak mudah, akhirnya kita pulak disusahkan dengan hal-hal remeh temeh macam ni. Kena pergi pusat pengambilan barang pulak. Kalau kita ada transport ok la… kalau tak ada? Dah kena tunggu kita ada transport.

 

Saya cuma nak kata, syarikat kurier… tolonglah jangan sombong sangat. Apabila pelanggan membeli belah secara online, mereka dikenakan bayaran untuk shipping. Bukannya percuma. Jika pelanggan tak bayar kos penghantaran sekalipun, tetap ada seseorang yang akan tanggung kos penghantaran tersebut. Mungkin si penjual. Ditolaknya sedikit daripada keuntungan yang terhasil dari transaksi yang berlaku.

 

Tak ada yang percuma dalam dunia ni. Termasuk kos penghantaran.

 

Jadi, bila pelanggan beli barang, dan penjual menggunakan khidmat syarikat kurier untuk hantar barang yang dipesan oleh pelanggan tu, cubalah buat betul-betul. Bolehkan wujudkan suasana menang-menang? Penjual dapat bisnes, syarikat kurier dapat bisnes, dan pelanggan yang membuat pembelian tu dapat barang. Semua orang boleh dapat kegembiraan masing-masing.

 

Tak lama lepas tu saya dapat panggilan dari nombor yang sama sekali lagi.

“Hello encik, saya ada dekat depan apartment encik sekarang ni. Boleh encik turun bawah sekarang untuk ambik barang yang encik beli tak?”

 

Dalam hati saya saya berbisik, “apa hal pulak aku yang nak kena turun. Selalu ok je korang naik atas, kali ni nak suruh aku turun pergi ambik sendiri pulak. Apa kes?”

 

“Sorry tak boleh. Saya tengah kerja sekarang ni. Tolong bawak naik atas ya.”

 

Saya suspek, si tukang hantar ni mesti malas nak bawak naik barang tu. Sebabnya? Barang tu beratnya lebih kurang 17KG! 

 

fussie-cat-scented-litter-enchanted-roseInilah dia barang yang saya beli. Pasir untuk kucing jenama Fussie Cat.

 

Anda boleh klik sini kalau anda juga perlukan produk ni.

 

Saya senyum sendiri.

 

“Habis tu korang ingat kenapa aku beli benda alah ni online? Sebab berat la… apa lagi. Aku pun malas nak angkut benda ni naik lif kot…”

 

Kalau sebelum ni, saya memang akan beli di kedai pet shop yang terdekat dengan rumah saya. Tapi itu lah, biasanya pada hari yang sama, saya juga akan shopping barang-barang dapur jugak. Nak bawak pasir lagi, barang dapur lagi… berat tu.

 

Sebab tu barang-barang macam ni, yang saya rasa agak susah nak dibawa dan diangkat, saya lebih suka beli online je. At least bila saya beli online, ada juga orang yang akan tolong angkatkan.

 

Ada orang yang tolong angkatkan, ada orang yang tolong hantarkan sampai ke depan pintu. Siapa yang tak nak? Jadi, kalau anda juga nak beli barang secara online, saya cadangkan anda pun beli kat laman web Lazada ini.

 

Saya biasa tengok, ibu-ibu banyak juga yang beli pampers untuk anak-anak kat laman web tu jugak. Murah katanya. Especially bila beli banyak.

 

Baca juga artikel berikut:

  1. 10 Sebab kenapa saya pilih wordpress self hosted sebagai platform penulisan blog
  2. Bisnes Network Marketing – Kenapa saya pilih untuk join bisnes ini?
  3. 5 Barang yang paling saya suka dalam kotak Lazada Box of Joy
  4. 10 Sebab Kenapa Saya Guna Autoresponder Aweber

Filed Under: Personal Tagged With: beli barang online, kenapa beli di lazada, laman web lazada

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu
  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in