Bisnes berkonsepkan network marketing, atau seringkali juga digelar dengan istilah Multi Level Marketing bukanlah satu cabang perniagaan yang asing di negara kita. Konsep perniagaan ini antara yang menjadi pilihan dan pastinya telah melahirkan ramai usahawan yang berjaya.
Jika anda suka membaca buku-buku berkaitan dengan kewangan dan perniagaan, anda pasti pernah terbaca ada penulis yang turut mengesyorkan pembaca untuk menjalankan bisnes berkonsepkan networking secara sambilan bagi tujuan menghasilkan pendapatan tambahan. Bisnes dengan konsep ini disyorkan kerana ianya boleh dilakukan secara part time, tidak memerlukan modal yang besar dan tak memerlukan kepakaran yang tinggi untuk dijalankan.
Semua orang boleh sertai bisnes MLM, namun begitu bisnes MLM bukan untuk semua orang.
Ya, memang ada ramai individu yang berjaya menghasilkan income yang lumayan menerusi bisnes ini. Namun disebalik cerita-cerita kejayaan yang sering dikongsikan oleh para leader MLM diatas pentas, sebenarnya terdapat ramai individu yang merupakan ahli biasa yang sebenarnya tak berjaya dalam bisnes ini.
Cuma cerita orang gagal ini, memang agak jarang dikongsikan. Lagipun siapa yang nak dengar kisah mengenai orang gagal?
Topik kali ini, saya nak fokus mengenai kisah orang gagal.
Saya percaya, tak ada siapa yang menyertai sesuatu bisnes dengan satu perancangan untuk gagal. Apa yang ada adalah individu yang gagal merancang dan tak tahu, apakah perkara-perkara yang boleh menyebabkan dia gagal dalam bisnes yang bakal dijalankan ini.
Justeru, perkongsian ini bukanlah untuk merendah-rendahkan orang yang akan gagal dan yang telah gagal. Sebaliknya saya tulis artikel ini supaya anda lebih waspada dan jelas, apakah perkara-perkara yang anda perlu berikan perhatian, jika anda tak mahu gagal dalam bisnes, spesifically bisnes network marketing.
Jadi… apa sebenarnya yang buatkan ramai yang GAGAL dalam bisnes network marketing ni?
Dari pemerhatian, pembacaan dan juga pengalaman peribadi saya sendiri, saya dapat rumuskan yang sebenarnya faktor seseorang itu gagal dalam bisnes MLM atau bisnes networking ini sebenarnya berpunca daripada 5 sebab besar ini, iaitu
(1) Faktor syarikat MLM
(2) Masalah pada produk yang dijual
(3) Sistem dan strategi pemasaran
(4) Faktor ekonomi
(5) Salah diri sendiri
Saya akan ulas satu per satu, supaya anda boleh faham dengan jelas apa yang saya cuba sampaikan.
Faktor syarikat MLM
Saya ada dua soalan yang saya ingin anda sama-sama fikirkan jawapannya.
Pertama, tahukah anda, ada berapa banyak syarikat di Malaysia yang menggunakan sistem MLM dalam operasi perniagaannya? Termasuk syarikat tempatan dan juga syarikat global. Tahu tak jawapannya?
Kedua, tahukah anda, ada berapa banyak syarikat yang menawarkan pelan pemasaran seumpama MLM, namun ia tak dikategorikan sebagai syarikat MLM?
Untuk dapatkan maklumat tersebut, kita boleh buat carian di internet. Jika di peringkat global, kita boleh dapatkan maklumat berapa banyak syarikat MLM yang wujud menerusi laman web directsellingnews.com dan jika anda ingin mengetahui maklumat mengenai syarikat MLM di Malaysia, boleh rujuk laman web KPDNHEP.
Sila pastikan nama syarikat yang anda ingin sertai tersenarai di kedua-dua laman web tersebut, atau setidak-tidaknya tersenarai di salah satu laman web yang saya kongsikan. Jika tak tersenarai, besar kemungkinan ia merupakan sebuah program yang akan scam ahlinya.
Dari semakkan yang saya lakukan, sebenarnya terdapat beratus-ratus syarikat MLM yang kita boleh sertai, dan setiap syarikat beroperasi dalam industri yang berbeza. Ada yang fokusnya kepada makanan tambahan, produk kesihatan, perkakasan dan kelengkapan rumah dan sebagainya.
Terdapat juga syarikat yang tak didaftarkan sebagai syarikat MLM atau direct selling, tetapi syarikat ini menawarkan sistem imbuhan yang hampir sama dengan sistem MLM kepada mereka yang minat untuk jadi ejen. Persamaan yang saya maksudkan adalah dari segi pembayaran dan struktur sistem komisen, iaitu kita boleh menerima overiding komisen dari rangkaian pelanggan yang berdaftar dibawah kita.
Setiap pelanggan yang kita berjaya dapatkan akan jadi downline level 1 kita. Jika pelanggan tersebut berminat nak jadi ejen sama seperti kita, pelanggan yang dia berjaya cari itu pula akan jadi downline level 2 kita.
Ada beberapa contoh yang saya boleh kongsikan disini, antaranya
1. Klikjer
Ini merupakan sebuah syarikat yang menjual pelbagai jenis panduan dalam bentuk ebook. Anda boleh daftar secara percuma sahaja disini.
Saya juga telah menulis beberapa artikel mengenai program klikjer dalam blog ini.
2. Samurai Wifi
Seperti namanya, ini merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan sambungan internet kepada mereka yang ingin travel ke luar negara.
3. Adhance
Adhance menyediakan perkhidmatan carian pekerjaan kepada mereka yang masih belum mempunyai kerja atau yang bercadang untuk menukar tempat kerja.
4. Meniaga
Meniaga.my merupakan sebuah apps yang dibangunkan oleh Rafizi Ramli bagi membantu para peniaga memasarkan produk jualan mereka dalam lingkungan radius 10KM dari tempat dia berada.
5. PG Mall
Ini pula merupakan sebuah laman web online e-commerce yang menjual pelbagai jenis produk.
Apa yang buatkan sistem ini menarik ialah kita bukan sahaja boleh mendapat upah hasil daripada kerja promosi yang kita lakukan, malahan kita juga ada peluang untuk dapatkan overiding komisen daripada hasil jualan dari rangkaian yang kita bina.
Kalau belum pernah sertai program PG Mall, boleh join disini.
Jika anda perlukan maklumat lanjut mengenai program ini, boleh baca artikel saya berjudul buat duit dengan PG Mall disini.
Kenapa saya tekankan mengenai jumlah syarikat MLM?
Kebiasaannya, bila bercakap mengenai peluang bisnes MLM, kita tak digalakkan untuk join banyak syarikat dalam satu masa. Malah ada juga syarikat MLM yang meletakkan polisi dimana ahli tak dibenarkan untuk join syarikat lain, dan jika diketahui keahlian anda boleh ditamatkan serta merta.
Ada beberapa sebab kenapa ianya begitu.
1. Akan ada conflict of interest
2. Sukar untuk fokus
Seseorang yang betul-betul minat nak menceburkan diri dalam bisnes seumpama ini hanya disarankan untuk join satu syarikat sahaja dalam satu-satu masa. Kemudian bila dah join, fokus dan usahakan bisnes tersebut hinggalah nampak hasilnya. Kalau kita dah lakukan yang terbaik dan selepas itu kita tak berjaya, maka pada waktu itu bolehlah kita pertimbangkan untuk tinggalkan sahaja syarikat ini dan cari peluang lain.
Tapi saya tahu, ada juga yang join lebih dari satu syarikat, tapi menggunakan nama orang lain. Sebagai contoh, join guna nama suami, isteri atau ibu. Anda memang boleh berbuat demikian, cuma diakhirnya anda yang kena buat semua perkara.
Buat kajian syarikat
Saya amat mengesyorkan untuk anda lakukan background check sebelum buat keputusan untuk join mana-mana syarikat yang menawarkan peluang untuk buat duit melalui kaedah pemasaran berbilang peringkat atau MLM ini.
Antara perkara-perkara yang kita nak tahu sebelum join adalah seperti berikut
(1) Sudah berapa lama syarikat beroperasi
Kalau syarikat masih baru, ia bukan satu idea yang bagus untuk terus join. Memang betul, ada sesetengah ejen yang beriya-iya mempromosikan peluang untuk jadi yang terawal. Tapi… tunggu dulu!
Syarikat yang masih baru, masih belum teruji dan terbukti dari segi kemampuannya untuk bersaing dengan syarikat-syarikat lain yang sudah sekian lama bertapak dipasaran.
Anda perlu ambil perhatian terhadap persoalan-persoalan berikut. Setidak-tidaknya anda perlu mempunyai jawapan bagi persoalan tersebut.
(2) Apakah produk-produk yang dikeluarkan oleh pihak syarikat?
Adakah syarikat tersebut hanya mengeluarkan satu jenis produk sahaja, atau terdapat beberapa rangkaian produk? Kalau syarikat tersebut hanya ada satu produk sahaja untuk dipromosikan, ianya agak sukar untuk dapatkan jualan. Kebiasaannya syarikat yang hanya ada satu produk, adalah syarikat yang mensasarkan kelompok pelanggan yang sangat spesifik.
(3) Selain itu, kita juga nak tahu, siapakah target market untuk sesuatu produk yang dikeluarkan oleh syarikat
Kalau wakil syarikat kata, produk ini sesuai untuk semua orang, itu satu petanda bahawa anda perlu berhati-hati. Tiada satu produk yang sesuai untuk semua. Setiap orang ada keperluan dan kemahuan yang berbeza. Satu produk tak mungkin dapat memuaskan hati semua orang.
Tapi kalau pihak syarikat kata produknya adalah untuk semua orang, sama ada dia tak faham pelanggan, atau sebenarnya dia sendiri ada agenda yang tersembunyi, dan ia bukan satu agenda yang baik untuk anda.
(4) Adakah produk yang dikeluarkan oleh syarikat betul-betul berkesan?
Kalau pihak syarikat kata produknya boleh jimatkan penggunaan petrol, kita nak tahu berapa banyak penjimatan yang bakal diperolehi. Dengan syarat penggunaan mestilah sama, baru kita tahu sama ada penjimatan yang berlaku betul-betul disebabkan oleh penggunaan produk atau sebaliknya.
Ini ada pulak yang kata, “dulu sebelum guna alat ini, saya isi minyak seminggu RM100… tapi setelah guna alat ini, saya isi minyak RM70 sahaja minggu ini…”
Walhal pada minggu yang dia isi minyak sikit sahaja tu, dia sebenarnya tak pergi kemana-mana dan banyak luangkan masa dirumah sahaja.
(5) Adakah produk yang dijual oleh syarikat merupakan produk yang diterima oleh orang awam.
Seterusnya kita juga perlu tahu, apakah respon dan feedback dari pelanggan yang pernah mendapatkan produk tersebut. Adakah mereka benar-benar puas hati dengan produk?
Atau adakah mereka langsung tak pernah gunakan produk, sebaliknya mereka hanya beli produk semata-mata sebab nak join sistem buat duit? Ini juga merupakan satu petanda untuk kita lebih berhati-hati.
(6) Adakah syarikat mampu untuk membayar komisen on time kepada ahli yang layak menerima komisen
Saya ada pengalaman menyertai syarikat yang baru dilancarkan. Oleh kerana saya mempunyai senarai database pelanggan yang agak besar, saya dapat daftarkan downline baru dalam masa yang agak pantas. Tak sampai sebulan, saya berjaya dapatkan lebih kurang 50 orang direct downline dibawah saya.
Walaubagaimanapun, pihak syarikat tidak terus membuat bayaran komisen kepada saya pada bulan seterusnya, sebaliknya mereka minta diberikan masa 6 bulan untuk buat bayaran. Sampai masanya, syarikat tersebut gulung tikar dan komisen saya akhirnya tak dibayar. Ya, buat kerja yang sia-sia mempromosikan syarikat yang masih baru dalam dunia perniagaan.
Sampai ke hari ini, saya masih rasa bersalah mengajak kenalan untuk sertai syarikat yang akhirnya bermasalah seperti ini.
(7) Adakah syarikat mempunyai strategi pemasaran lain selain hanya bergantung 100% kepada sistem MLM
Kemudian kita juga perlu lihat dari segi usaha yang dijalankan oleh pihak pengurusan syarikat itu sendiri. Adakah mereka juga ada menggunakan billboard, artikel write up di media perdana, dapatkan liputan dari stesen TV dan sebagainya.
Memang betul, matlamat sistem MLM adalah untuk menjimatkan kos pemasaran, namun tak bermakna syarikat hanya bergantung harap kepada sistem ejen MLM semata-mata. Mereka juga perlu lakukan sesuatu, seperti membina channel Youtube, FB Fanpage, dan sebagainya. Bukannya semuanya 100% mengharap kepada usaha dari ejen semata-mata.
(8) Adakah terdapat sebarang isu sensitif yang bakal ditimbulkan oleh pengasas dan juga pemilik syarikat.
Isu sensitif ini berkaitan dengan agama, kaum, ideologi politik, penggunaan bahan yang bukan organik, penindasan terhadap golongan tertentu dan sebagainya. Sesebuah bisnes sebaik-baiknya tak dipengaruhi dan dikaitkan dengan sebarang isu.
Sebagai contoh jika pengasas syarikat memang membina syarikat bagi tujuan mengembangkan agama tertentu, (contohnya agama kristian) dan kita pula bersungguh-sungguh mempromosikan syarikat tersebut, kita akan terpalit dengan impak negatif.
Faktor Produk
Oleh kerana faktor produk ini merupakan salah satu faktor yang penting, jadi apa kata kita luangkan masa untuk bercakap soal produk (atau servis) yang dihasilkan atau yang dijual oleh syarikat. Produk inilah yang sebenarnya yang kita perlu jual atau beli, untuk menjadi ahli dan menyertai sistem bisnes networking yang dianjurkan oleh pihak syarikat.
Dalam apa-apa jenis perniagaan, matlamatnya adalah untuk meraih keuntungan. Saya harap anda jelas dengan perkara ini. Bagaimana cara untuk buat untung? Jawapannya adalah dengan cara menjual produk atau servis. Produk yang sangat bagus sekalipun pasti tak akan terjual dengan sendirinya, tanpa adanya usaha pemasaran yang dilakukan.
Kaedah MLM, networking, atau network marketing hanyalah cara untuk produk tersebut dipasarkan dan akhirnya boleh sampai kepada pengguna. Dalam konteks bisnes MLM, anda adalah seorang ahli dan anda juga merupakan seorang pengguna (pelanggan). Sedangkan dalam lain-lain perniagaan, pelanggan mereka boleh sahaja membeli produk tanpa perlu daftar sebagai ahli.
Sesetengah pengamal bisnes MLM, mereka mengatakan bahawa ahli tak perlu buat jualan. Pada saya, kenyataan ini tak berapa tepat dan ianya sekadar marketing gimmick semata.
Kalau matlamat kita join bisnes ini, adalah untuk buat duit, kita wajib buat jualan. Atau setidak-tidaknya, kita perlu lakukan suatu usaha pemasaran yang akhirnya membuatkan ada orang membuat pembelian. Hanya apabila berlaku pembelian, barulah kita layak untuk menerima imbuhan.
Tapi kalau anda terima bulat-bulat, kenyataan “ahli tak perlu buat jualan” dan anda memilih untuk tunggu sahaja, tanpa buat apa-apa setelah jadi ahli, alamatnya memang anda tak akan dapat sebarang income apabila join bisnes ini.
Oh ada sedikit pengecualian. Melainkan kalau anda mempunyai upline yang sangat baik hati dan sudi untuk mendapatkan downline bagi pihak anda. Dalam situasi ini, anda memang tak perlu buat apa-apa. Hanya perlu join dan tunggu sahaja rangkaian anda berkembang dan terima sahaja sebarang imbuhan yang terhasil kelak.
Mungkin timbul persoalan, kenapa bisnes ini perlu buat gimik seperti ini? Kenapa ia tak berterus terang sahaja, seperti mana lain-lain jenis perniagaan yang ada diluar sana? Saya pun tak ada jawapannya, cuma saya berpendapat, ianya dilakukan semata-mata untuk menarik perhatian dan menarik minat golongan yang cuba disasarkan.
Siapa golongan yang biasa dijadikan sasaran untuk menyertai bisnes MLM?
Selalunya orang yang akan dijadikan sasaran adalah golongan pelajar, suri rumah, guru, dan mereka yang ingin cari extra income namun tak ada masa yang banyak untuk buat bisnes ini.
Sebenarnya senarai diatas bukanlah golongan sasaran yang betul-betul baik untuk difokuskan. Saya akan sentuh sedikit topik mengenai siapa sebenarnya golongan sasaran yang betul untuk bisnes MLM ini. Jadi, silalah teruskan pembacaan ya.
Jatuh dan bangun sesebuah perniagaan, amat berkait rapat dengan produk atau servis yang ditawarkan. Kalau produknya bagus, besar kemungkinan syarikat boleh pergi jauh, dengan syarat perlu ada pasukan pemasaran yang bagus yang mampu untuk hasilkan jualan. Produk yang bagus tak akan terjual dengan sendirinya, jika tiada orang yang melakukan kerja pemasaran.
Namun, kalau produk tak bagus, tak guna kalau ada pasukan pemasaran yang bagus. Lambat laun, produk dan syarikat tersebut tetap akan ditolak oleh pengguna. Pelanggan terdahulu tak akan membuat belian ulangan (repeat buying) setelah terbeli produk yang tak bagus.
Pernah tak anda terbeli produk yang tak bagus sebelum ini? Mungkin ada antara pembaca yang ada pengalaman sedemikian. Adakah selepas anda terbeli produk yang tak bagus itu tadi, esok lusa anda beli lagi sekali produk tu?
Perhatikan betul-betul produk yang ditawarkan oleh syarikat. Pastikan dengan sebetul-betul yakin, bahawa produk tersebut adalah lebih baik berbanding lain-lain produk seumpamanya yang sedia ada dipasaran. Ini penting untuk membantu kita dalam mendapatkan pelanggan baru yang mungkin minat untuk mencuba produk syarikat.
Dalam kerja-kerja pemasaran yang kita bakal jalankan, kita mahukan bakal pelanggan mengubah tabiat mereka dan mencuba produk yang dikeluarkan oleh syarikat MLM yang kita promosikan pula. Sudah tentu, bila kita nak membuat recommendation, kita mesti syorkan satu produk baru yang lebih baik berbanding produk yang biasa digunakan oleh bakal pelanggan.
Tak logik kan, kita nak suruh orang berhenti guna produk yang biasa dia guna, dan sebagai ganti, dia perlu tukar kepada produk baru yang lebih teruk kualitinya serta lebih mahal harganya, berbanding produk yang biasa dia gunakan. Tak masuk akal, kan?
Dalam membuat kerja promosi, kita memang tak boleh lari dari membuat perbandingan produk. Kita akan bandingkan kelebihan produk yang kita promosikan berbanding lain-lain produk yang sama tapi dikeluarkan oleh syarikat yang berbeza. Walaupun kita tak sebut nama produk dan jenama secara spesifik, namun kita akan tetap melakukan perbandingan.
Kalau produk kita bagus, bolehlah kita buat teknik perbandingan ini. Tapi kalau produk kita hampeh, berani nak buat kaedah perbandingan macam ni? Silap-silap kita sendiri menyesal sebab join syarikat yang seumpama ini.
Mari kita bayangkan empat senario yang mungkin anda akan temui berkaitan dengan syarikat MLM, iaitu
(1) Syarikat mempunyai produk yang sangat bagus, dan menggunakan sistem MLM
(2) Syarikat mempunyai produk yang biasa-biasa, dan menggunakan sistem MLM
(3) Syarikat mempunyai produk yang langsung tak berguna, dan menggunakan sistem MLM
(4) Syarikat tak mempunyai produk dan menggunakan sistem MLM
Kita bincangkan satu per satu.
(1) Syarikat mempunyai produk yang sangat bagus dan menggunakan sistem MLM
Kalau kita temui syarikat yang menepati ciri ini, kita sangat beruntung. Kita sebagai ejen juga tak rasa terbeban untuk mempromosikan produk keluaran syarikat.
Dalam keadaan ini, kita boleh katakan syarikat memilih untuk memasarkan produknya melalui sistem network marketing, adalah disebabkan mereka tak mahu membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi tujuan pengiklanan.
Ataupun kita boleh katakan yang pihak syarikat memilih untuk berkongsi keuntungan (share profit) dengan para pengguna dan pelanggan yang menyokong produk dan bisnes syarikat. Daripada pihak syarikat bayar mahal-mahal kepada satu dua pihak bagi tujuan pengiklanan, lebih baik syarikat kongsi keuntungan dengan para pelanggan setia yang menyokong bisnes syarikat.
Jadi dekat sini, kita boleh nampak bahawa pihak pengurusan syarikat sebenarnya mempunyai niat yang sangat murni, ingin membantu orang lain turut sama menjana pendapatan.
Dengan ini lebih ramai orang akan dapat manfaat daripada menggunakan produk syarikat. Ada dua manfaat yang ketara iaitu manfaat dari segi kewangan, sebab boleh jana pendapatan dan satu lagi manfaat daripada penggunaan produk.
(2) Syarikat mempunyai produk yang biasa-biasa, dan menggunakan sistem MLM
Pada pandangan saya, kebanyakkan syarikat MLM tergolong dalam kelompok ini. Produk yang mereka tawarkan tidaklah begitu luar biasa, dan hakikatnya alternatif bagi produk mereka boleh diperolehi dengan sangat mudah dipasaran.
In fact, selama ini kita boleh hidup tanpa sebarang masalah, walaupun tak pernah tahu dan tak pernah menggunakan produk mereka. Tiba-tiba muncul wakil jualan syarikat ini, dan mula membuat kerja-kerja pemasaran dengan ayat-ayat pemasaran seolah-olah kita sangat-sangat perlukan produk mereka.
Oleh sebab produknya biasa-biasa sahaja, dan dari segi kualiti ia mungkin setara dengan produk-produk lain yang ada diluar sana, kita boleh katakan bahawa syarikat ingin mengajak pengguna untuk jana pendapatan hanya dengan mengubah jenama produk. Kualiti hidup pengguna juga tak akan berubah terlalu banyak, namun pada kali ini, mereka berpeluang untuk jana pendapatan tambahan.
(3) Syarikat mempunyai produk yang langsung tak berguna, dan menggunakan sistem MLM
Untuk syarikat dalam kategori ketiga ini, anda perlu lebih berhati-hati.
Mereka yang tak berhati-hati, selalunya akan jadi mangsa syarikat yang seumpama ini. Syarikat ini selalunya menawarkan produk yang langsung tak berguna, tapi ianya dipersembahkan kepada kita seolah-olah ianya sangat ajaib!
Sebelum itu, apakah yang saya maksudkan dengan produk yang langsung tak berguna disini? Ada beberapa ciri yang saya perhatikan, iaitu
1. Produk yang lebih kurang sama sangat mudah didapati dipasaran
Cuba buat carian di laman web seperti Lazada, Shopee, PG Mall, atau buat carian di kedai-kedai yang menjual barangan import dari negara China. Besar kemungkinan produk yang sama atau lebih kurang sama boleh ditemui dengan mudah dan harganya juga mungkin lebih murah.
2. Ada terlalu banyak alternatif
Alternatif yang saya maksudkan disini, bukan semata-mata dari jenama yang berbeza, malahan kalau kita tak menggunakan langsung produk tersebut juga tak ada sebarang masalah. Kita masih boleh dapat manfaat yang sama dari produk lain.
Saya pernah lihat ada orang yang mempromosikan produk vitamin C yang agak mahal harganya. Dalam copywriting promosi tersebut, ditekankan seolah-olah vitamin C keluaran syarikat mereka sangatlah hebat, hinggakan boleh membantu menghilangkan kesan parut, jerawat dan mencantikkan wajah dalam masa yang begitu singkat.
Sedangkan vitamin C tidaklah menunjukkan kesan yang begitu cepat. Lagi satu, vitamin C ni kita boleh perolehi melalui pengambilan buah-buahan dan juga sayuran. Bukan semata-mata melalui supplement sahaja.
3. Tiada sebarang bukti keberkesanan produk tersebut
Tiada kajian klinikal, jurnal atau apa-apa bukti yang menunjukkan produk tersebut memang mempunyai kesan seperti mana yang dipromosikan. Kebiasaannya produk berkaitan bidang perubatan dan kesihatan. Kononnya kalau mengamalkan produk yang dihasilkan oleh syarikat, ia boleh menyembuhkan sebarang penyakit kritikal, termasuklah kanser.
Kalau individu yang sihat yang mengamalkan produk tersebut, dia akan terhindar dari sebarang penyakit kritikal. Sebenarnya orang yang sihat, kalau dia tak amalkan produk syarikat juga belum tentu akan terkena penyakit kritikal selagi mana dia mengamalkan gaya hidup yang sihat.
4. Produk hanya mempunyai testimoni dari pengguna
Anehnya, yang mengatakan produk tersebut betul-betul berkesan hanyalah pengguna, yang sebenarnya merupakan ahli. Saya khuatir mereka ini cakap yang produk tersebut berkesan semata-mata sebab nak dapatkan jualan sahaja.
5. Harga produk lain yang lebih kurang sama boleh diperolehi dengan harga yang murah
Saya ingin bawa contoh produk jenis essential oil. Boleh lihat kepada bukti dibawah.
Produk ini ada pelbagai harga. Ada yang murah (harga RM1.03) dan ada juga yang agak mahal. Jika produk Essential Oil yang kita jual harganya agak mahal, sedangkan ada alternatif yang murah harganya, bagaimana anda ingin yakinkan orang ramai untuk menggunakan produk jenama syarikat yang anda wakili?
Tapi produk yang murah ini tiada jaminan keberkesanan dan boleh diragui tahap ketulenannya.
Ianya bukannya 100% essential oil, sebaliknya adalah campuran sebatian minyak sintetik. Lagi satu, kalau minyak yang ada campuran, ianya tak mempunyai khasiat yang sama seperti produk yang mengandungi 100% minyak esen.
Ya, ada betulnya argument tersebut. Anda mungkin tahu perkara tersebut sebab anda memang telah berada dalam bidang tersebut. Anda mungkin telah membaca banyak buku rujukan mengenai essential oil, terapi menggunakan minyak tersebut dan banyak lagi.
Tapi, adakah prospek anda tahu semua maklumat tersebut? Bagi mereka, kalau ada yang murah, kenapa perlu bazir duit untuk beli yang mahal! Atau ada juga yang akan kata, selama ini hidup saya okay je tanpa essential oil, kenapa sekarang nak kena guna produk ini pula?
6. Kita sendiri tak akan beli produk tersebut
Kalau bukan sebab adanya sistem MLM, marketing plan dan compensation plan, kita sendiri tak akan sesekali produk tersebut. Apa yang menjadikan produk tersebut menarik hanyalah pada compensation plan sahaja. Kalau bukan sebab ada peluang buat duit, memang jangan harap kita nak beli produk tersebut.
(4) Syarikat tak mempunyai produk dan menggunakan sistem MLM
Kebanyakkan peserta yang merupakan kaki MLM tegar memang sertai bisnes MLM sebab nak buat duit semata-mata. Mereka ini memang tak pernah kisah dan ambil tahu mengenai produk. Bagi mereka, sama ada program tersebut ada produk ataupun tidak, itu tak penting. Apa yang lebih penting ialah, mesti boleh buat duit.
Sekiranya anda tergolong dalam kelompok ini, saya doakan semoga anda sedar bahawa gaya pemikiran seperti ini sebenarnya tak betul. Anda mendedahkan diri anda kepada risiko kewangan yang besar, dan apa yang anda promosikan ini sebenarnya lebih menjurus kepada skim piramid.
Apabila masyarakat diluar sana sudah mula celik dengan perbezaan antara bisnes MLM dengan skim piramid, sampai satu tahap apa yang anda promosikan itu nanti akan ditolak dan akhirnya anda yang akan rugi besar.
Pada hari ini, kita sebenarnya sedang berhadapan dengan masyarakat yang pintar dan mempunyai akses kepada maklumat. Kita perlu anggap bahawa prospek kita adalah seorang yang bijak dan mampu untuk mencari sendiri maklumat yang diperlukan walaupun tanpa bantuan kita.
Saya juga berpandangan, teknik seperti “jom ikut pergi makan” atau “jom teman pergi meeting (meeting lewat malam)” adalah satu teknik lapuk yang langsung tak berguna dewasa ini. Tapi kalau masih ada yang merasakan teknik tersebut pasti akan berjaya, saya kira dia hanya menipu diri sendiri.
Sistem & Strategi Pemasaran
Bisnes ini memang tak sesuai untuk kita promosikan kepada ahli keluarga, saudara mara, kawan-kawan dan sebagainya. Saya pernah dengar dalam satu sesi sharing, ada penceramah yang menggunakan pendekatan seperti memaksa kita daftarkan ahli keluarga, saudara mara dan orang-orang yang terdekat dengan kita.
Logiknya? Mereka ini adalah individu yang rapat dengan kita. Oleh sebab kita sedang mempromosikan sesuatu yang sangat hebat, yang mampu mengubah masa depan, mereka inilah antara individu yang perlu kita bawa untuk sama-sama menuju ke puncak kejayaan.
“Kita ada benda bagus, janganlah simpan seorang. Kongsikan dengan orang lain juga, dan kalau mereka tak nak join, paksa, atau diam-diam kita tolong daftarkan nama mereka. Nanti bila dah mula dapat hasil, percayalah, mereka ini mesti akan berterima kasih kepada kita.”
Lalu kita yang mendengar ini pun mula membayangkan, satu hari nanti ahli keluarga kita, saudara mara kita akan datang kepada kita, memuji-muji kita sebab satu masa dulu kitalah yang beriya-iya nak daftarkan mereka. Mereka mengucapkan terima kasih yang tak terhingga dan rasa sangat terhutang budi dengan kita sebab tindakan kita mendaftarkan mereka!
Tapi, betul ke cara pemikiran seperti ini? Of course cara pemikiran seperti ini tak betul! Itu cuma angan-angan semata-mata. Memang seronok kalau perkara tersebut betul-betul terjadi. Tapi, jangan seronok lama sangat. Kalau setakat nak berangan sejam dua, itu masih okay lagi. Tapi selepas itu, kita kena semak semula pendapat tersebut, dan mula menggunakan logik akal, fakta dan juga hujah yang lebih kuat.
Ingat, upline kita ni orang bisnes. Matlamat mereka adalah nak buat duit, nak buat untung sahaja. Kita jangan terima bulat-bulat apa yang dia katakan, seolah-olah ianya merupakan satu wahyu.
Sudah tentu, kita memang boleh bercerita tentang produk, tentang pelan pemasaran syarikat dan sebagainya. Tapi kalau sampai nak wajibkan ahli keluarga kita kesemuanya join sebagai ahli, untuk apa? Cuba fikirkan, siapa sebenarnya yang untung bila kita daftarkan semua family members dalam bisnes ini?
Adakah kita yang untung? Ya, mungkin ada sedikit keuntungan kepada kita, sebab kita akan jadi upline kepada seluruh ahli keluarga kita yang kita daftarkan. Tapi apa seterusnya? Besar kemungkinan rangkaian kita tu tak akan berkembang pun, sebabnya mereka ini hanya akan daftar sebagai ahli sahaja. Mereka tak akan membeli produk dan tak akan mengembangkan rangkaian juga.
Atau, adakah semua ahli keluarga kita yang untung? Most likely jawapannya adalah tak. Famili kita mungkin tak tahu menahu pasal produk syarikat, pelan pemasaran dan sebagainya. Mereka ini bukan dalam kategori orang-orang yang memerlukan produk syarikat, ataupun berminat dengan pelan pemasaran syarikat.
Mereka setuju untuk daftar pun mungkin sebab nak support kita, itu sahaja.
Satu lagi, cuba kita bayangkan situasi ini. Kita telahpun daftarkan semua ahli keluarga kita dibawah kita. Kemudian kita kata kepada ahli keluarga kita, untuk mereka daftarkan ahli keluarga juga. Isunya? Semua ahli keluarga dah berdaftar dibawah kita. Siapa lagi yang masih tinggal? Nak tak nak, mereka perlu cari orang luar juga.
Atau adakah upline kita yang bagi cadangan tersebut yang untung besar? Hati saya kuat mengatakan, ia hanya akan menguntungkan upline-upline kita semata-mata. Upline bukan sekadar dapat kita sebagai downline, malahan kita telah bawa masuk sejumlah orang untuk join sama-sama sebagai downline dia. Untung besar ni! Kira macam beli satu percuma lima!
Dalam bisnes jenis MLM, atau network marketing, sebenarnya terdapat tiga jenis kelompok individu yang sesuai untuk kita sasarkan.
1. Individu yang merupakan pengguna bagi produk yang sama
Jika syarikat yang kita ingin join menjual produk barangan kesihatan, kita dapatkan prospek dalam kalangan mereka yang juga merupakan pengguna produk kesihatan. Individu seperti ini sudah mempunyai rutin dan tabiat memakan supplement dan memang seorang yang peka dari aspek kesihatan.
Oleh itu kita hanya perlu memberi penjelasan, sejauh mana kebaikkan produk yang dijual oleh syarikat berbanding lain-lain jenama yang ada diluar sana. Pada sisi pengguna pula, mereka hanya perlu bertukar jenama tanpa perlu mengubah rutin dan tabiat pemakanan mereka.
2. Individu yang berminat untuk cari extra income
Kita mencari individu yang tak berpuas hati dengan kedudukan kewangan semasa dan sanggup untuk melakukan kerja tambahan bagi tujuan menjana pendapatan tambahan. Individu seperti ini lebih terbuka dengan peluang-peluang yang ada disekitar mereka, cuma di pihak kita, perlulah berikan penerangan yang sebaiknya.
Jika dia merasakan sistem bisnes MLM bagus untuk dia, dia akan join. Jika dia merasakan, bisnes MLM tak sesuai untuk dia, masih ada banyak lagi yang dia boleh cuba, misalnya berniaga online menggunakan sistem dropship, buat duit sampingan sebagai penulis, berdagang saham atau matawang kripto dan banyak lagi.
Apa yang pasti individu seperti ini selalunya terbuka untuk mendengar penerangan, cuma kita tak perlulah sampai nak memaksa dia untuk join bisnes kita.
3. Individu yang memang merupakan pengguna dan sedang mencari extra income
Kelompok ketiga ini merupakan jenis prospek yang sangat bernilai. Mereka ini agak jarang untuk ditemui, namun mereka memang ada. Mereka akan join bisnes kita, sebab dia merasakan produk kita sangat bagus dan dia sendiri merupakan pengguna. Pada masa yang sama, mereka ini juga akan membuat kerja promosi.
Sekiranya mereka tak berjaya dapat downline sekalipun, mereka ini tetap dapat banyak manfaat dari penggunaan produk. Sebab itu, faktor produk adalah faktor yang sangat penting dan tak boleh dianggap sebagai benda kecil.
Kebanyakkan syarikat yang menganjurkan bisnes MLM diluar sana beroperasi dalam bidang kesihatan. Mereka mengeluarkan produk-produk seperti supplement, produk pelangsingan badan, produk penjagaan kebersihan dan sebagainya.
Kita andaikan sesebuah syarikat MLM ingin mempromosikan produk air teh yang mampu untuk membantu menguruskan badan. Cara penggunaannya sangat mudah, iaitu dengan membancuh serbuk teh ini dengan air dan boleh terus minum.
Kita sedia maklum, diluar sana memang terdapat ramai orang yang mempunyai berat badan berlebihan dan obesiti. Namun persoalannya ialah, adakah mereka yang dikategorikan sebagai obesiti ini ingin menguruskan badan? Pernah tak anda kenal dengan seseorang yang berbadan gemuk, namun sekali pun dia tak pernah fikir untuk kuruskan badan. Dia selesa dengan keadaan dirinya. Bagi dia, tak ada sebab untuk dia kuruskan badan.
Atau ada juga keadaan yang mana seseorang itu mempunyai berat badan berlebihan. Namun, dia tak minat untuk menggunakan produk menguruskan badan. Dia lebih percaya kepada melakukan aktiviti fizikal untuk kuruskan badan. Biar lambat kurus, asalkan lebih sihat.
Apabila kita benar-benar faham, siapa sebenarnya target pelanggan kita, apa keperluan dan kemahuan mereka, dari situ kita akan mula nampak yang sebenarnya ahli keluarga kita sebenarnya tak menepati profil tersebut. Kalau kita betul-betul nak berjaya dalam bisnes ini, kita kena buat seperti mana yang dilakukan oleh ramai usahawan diluar sana.
Kita kena berfikir sebagai seorang usahawan sebenar! Pelanggan kita ada diluar sana. Mereka ini adalah individu yang memang memerlukan dan menggunakan produk yang kita bakal promosikan. Berhenti melihat ahli keluarga kita atau rakan-rakan kita sebagai prospek.
Ya, tak salah untuk bercerita mengenai produk dan juga peluang untuk bina pendapatan kepada mereka. Sebaik-baiknya, biarlah mereka yang bertanya. Bukannya kita yang terhegeh-hegeh sampai ke tahap memaksa untuk ajak mereka join ke dalam bisnes yang kita sertai.
Jadi disini, faktor tak memahami topik pemasaran, boleh menjadi salah satu sebab kenapa kita akan gagal dalam bisnes ini. Jika betul kita nak berjaya dalam bisnes seumpama ini, atau lain-lain jenis bisnes yang ada diluar sana, kita perlu memandang keluar dan bukannya sibuk mengejar ahli keluarga dan sanak saudara kita sahaja.
Ya, anda kena belajar cara untuk mendapatkan prospek dari kalangan individu yang anda sendiri tak kenali. Tak perlu nak risau sebab sekarang ini, kita boleh sahaja buat kerja-kerja pemasaran secara dalam talian sahaja. Ada banyak platform media sosial yang kita boleh gunakan bagi membantu kita mendapatkan prospek.
“Tapi saya tak suka gunakan akaun Facebook personal saya untuk tujuan buat bisnes…”
“Facebook saya untuk tujuan interaksi dengan ahli keluarga, saudara mara dan kawan-kawan. Tak kanlah saya nak jadikan FB saya ni sebagai tempat untuk berniaga. Saya sendiri tak suka bila ada kawan saya yang asyik buat post meniaga dekat FB, tak kan tiba-tiba saya pun kena buat benda yang saya tak suka…”
Tahukah anda, orang seperti ini memang betul-betul wujud. Dia memang cukup tak selesa nak meniaga menggunakan FB dia. Wajarkah untuk kita terus memaksa dia berniaga guna platform tersebut?
“Syarikat tempat saya bekerja ni sebenarnya ada polisi yang tak membenarkan stafnya berniaga. Kalau saya berniaga juga menggunakan FB saya, nanti kantoi la… tak pasal-pasal nanti saya kena panggil dengan HR, macam mana?”
Ada juga individu yang tak boleh buat kerja sampingan selain kerja hakiki, kerana itu merupakan polisi syarikat. Justeru, apa yang kita perlu lakukan dan bagaimana untuk kita bantu individu seperti ini?
Oleh yang demikian, saya berpandangan untuk kita pergi jauh dan berjaya dalam bisnes ini, kita perlu mempunyai strategi dan sistem pemasaran kita sendiri. Sistem tersebut kita perlu miliki, atau at least kita ada perancangan untuk memiliki sistem tersebut, sebelum kita nak terus join bisnes seumpama ini.
Tapi saya tak perlukan sistem-sistem seumpama ini. Saya lebih selesa bertemu dengan prospek dan terangkan kepada mereka apa yang mereka bakal perolehi jika menyertai bisnes ini bersama dengan pasukan saya.
Ya anda mungkin tak perlukan sistem seperti ini, tapi bagaimana pula dengan ahli dalam rangkaian anda? Mampukah mereka bergerak sendiri? Mampukah mereka melakukan apa yang anda lakukan? Dalam bahasa mudahnya ialah, mampukah ahli dalam rangkaian anda menduplikasi apa yang anda lakukan supaya mereka juga berupaya untuk dapatkan hasil yang serupa dengan apa yang anda berjaya hasilkan?
Sesetengah individu yang boleh kita katakan sebagai seorang leader dalam bisnes ini, selalunya mereka ini akan laburkan sejumlah wang untuk menghasilkan sistem pemasaran mereka sendiri. Sama ada sistem tersebut dalam bentuk software, apps, ataupun laman web.
Salah satu sistem yang saya biasa jumpa adalah sistem yang dipanggil sebagai sistem Autodownline seperti ini.
Sistem seumpama ini bukanlah satu jaminan yang anda pasti akan berjaya, sebaliknya ia hanyalah untuk membantu dalam proses merekrut ejen atau downline baru.
Kalau ada yang menyangka dengan menggunakan sistem seumpama ini, dengan secara pasti, confirm akan berjaya, itu merupakan satu pemikiran yang silap.
Faktor ekonomi
Ini juga merupakan satu lagi punca yang boleh memberi impak terhadap perjalanan kita dalam bisnes ini.
Ada beberapa perkara yang kita nak lihat dalam konteks ekonomi ini. Pada asasnya, jika dalam sesuatu tempat itu kegiatan ekonomi dan perniagaan berjalan dengan sangat rancak, ini akan membuatkan masyarakat tidak memerlukan peluang perniagaan berkonsepkan MLM.
Jika masyarakat sudah mempunyai pengetahuan yang baik dalam perniagaan internet, sama ada berkaitan dengan blogging, live streaming, affiliate marketing, online e-commerce, dropshipping dan sebagainya, ini memberikan peluang yang luas untuk mereka jana pendapatan.
Jika masyarakat sudah celik berkaitan topik perdagangan saham, matawang kripto, crude palm oil dan sebagainya, ini juga boleh membuatkan seseorang itu tak lagi memerlukan bisnes MLM. Buat apa susah payah mencari prospek, sedangkan proses jual beli boleh dilakukan melalui Exchanger dan semua ini boleh dilakukan melalui smartphone ataupun komputer riba sahaja.
Oleh yang demikian, kita juga perlu sedar bahawa keadaan sudah berubah. Bisnes MLM bukan lagi bersaing sesama syarikat MLM semata-mata, namun pada masa sama ia juga bersaing dengan lain-lain cabang perniagaan yang mampu memberi peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan.
Untuk mencari seseorang yang betul-betul minat dan akan memberikan usaha 100% dalam bisnes MLM semakin sukar dewasa ini. Kalau satu masa dulu, sewaktu kita masih belum ada banyak pilihan, mungkin ia tak sesukar sekarang ini.
Faktor diri sendiri
Sengaja saya letakkan faktor diri sendiri sebagai faktor yang terakhir. Almaklumlah, memang agak jarang untuk kita terus kata, sesuatu kegagalan itu berpunca daripada diri sendiri. Seboleh-bolehnya kita akan kata semua tu sebab salah orang lain, salah ekonomi, salah produk, salah kerajaan, salah parti pembangkang dan sebagainya.
Bagaimana diri sendiri boleh jadi punca kegagalan? Ada beberapa sebab, antaranya
(1) Tak fokus dalam bisnes
Mentang-mentanglah bisnes MLM ini boleh dilakukan secara sambilan, saya dapati ramai juga yang buat bisnes ini secara sambil lewa. Dia daftar sebagai ahli, kemudian langsung tak ada sebarang tindakan. Dia tak membeli barang, dan dia juga tak mencari pelanggan baru untuk dijadikan sebagai downline.
Kemudian pada satu masa, dia sibuk mencari peluang lain untuk buat duit. Sedangkan dia belum pernah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk jayakan bisnes yang dia dah join.
(2) Mudah tertarik dengan perkara lain
Bila orang kata bisnes networking ni bagus, dia pun kelam kabut jadi yang terawal nak join.
Kemudian bila muncul pula individu lain, yang kata jadi ejen dropship bagus, jadi ejen affiliate senang, jadi online seller, jadi kripto trader boleh buat duit cepat, dia mula hilang fokus dan terus kejar peluang baru. Apa yang ada di tangan tak diusahakan dengan sehabis baik, dia dah sibuk nak cari peluang baru.
(3) Cuba untuk jadi PERFECT sebelum nak mula
Dalam bisnes ini, kita boleh terus mula walaupun kita cuma mempunyai sedikit pengetahuan dalam bidang perniagaan. Sebenarnya kita tak perlu tunggu jadi betul-betul pakar untuk buat bisnes ni, sebabnya kita boleh belajar sedikit demi sedikit sambil kita buat bisnes ni.
(4) Tak melakukan kerja-kerja yang boleh mendatangkan pendapatan
Kalau dalam konteks bisnes MLM ini, apakah kerja atau perkara yang bila kita buat, kita akan dapat jana pendapatan? Agak-agak boleh teka tak jawapannya?
Jawapan dia ialah, daftarkan ahli baru dalam rangkaian kita. Tak kiralah walau hebat macam mana sekalipun strategi, mahupun copywriting yang kita mampu hasilkan, kalau kita tak berjaya daftarkan sesiapa dalam rangkaian kita, itu tetap tak memberi sebarang makna.
(5) Ada masalah untuk konsisten
Konsisten ini adalah sesuatu yang cukup mudah untuk disebutkan tapi sukar untuk dilaksanakan. Ada orang dia cuma mampu konsisten untuk seminggu sahaja. Minggu pertama join memang dia cukup bersemangat. Namun lama kelamaan semangat tersebut mula luntur. Lebih-lebih lagi kalau usaha yang dia lakukan tak mendatangkan sebarang hasil.
(6) Terdesak mahukan jualan
Bisnes ini memang langsung tak sesuai untuk mereka yang terdesak perlukan duit. Ia lebih baik kalau boleh dilakukan secara santai-santai. Kita buat bisnes ini, bukan dalam keadaan kita memang sangat-sangat perlukan duit.
Actually prospek kita boleh tahu dan boleh rasa, kalau kita ni sebenarnya memang tengah terdesak perlukan duit. Dari cara layanan pun mereka akan perasan yang kita bukannya bersungguh-sungguh nak bantu dia berjaya, tapi kita sebenarnya cuma minat dengan duit dia semata-mata.
(7) Tak sabar nak jadi kaya
Bisnes networking sebenar, MEMANG LAMBAT NAK KAYA.
Dari pembacaan yang saya lakukan, saya dapati banyak penulis yang mengatakan kebanyakkan bisnes konvensional, seperti kedai makan, dobi, kedai runcit dan sebagainya, akan gulung tikar pada tahun ketiga. Jika perniagaan ini dapat survive pada tahun ketiga, ia mungkin akan bankrap pada tahun yang kelima.
Saya baca info tersebut dari banyak buku-buku tentang perniagaan. Itulah yang biasanya akan berlaku dalam bidang perniagaan. Adakah maklumat tersebut boleh dipercayai? Saya syorkan anda buat sendiri pemerhatian. Jika ada perniagaan yang baru buka disekitar anda, sama ada perniagaan tersebut perniagaan dobi, bisnes burger, bisnes homestay dan sebagainya, cuba perhatikan berapa lama pemilik bisnes tersebut mampu untuk bertahan dengan model perniagaan tersebut.
Ada tak orang yang mampu bertahan buat bisnes jual burger selama bertahun-tahun? Kalau ada, berapa ramai yang mampu?
Tetapi, orang yang buat network marketing, dia mengharapkan keajaiban. Ah… mereka nak cepat kaya dan nak tengok hasilnya dengan sepantas yang boleh.
Sebab tu, bila dua bulan atau tiga bulan dalam bisnes ni, langsung tak dapat sale, terus QUIT. Give Up. Surrender. Dah tentulah dia tak akan kata ini semua salah dia. Ini semua salah pasaran, salah prospek, salah kerajaan, salah ekonomi dan yang paling biasa sekali ialah, ini semua salah UPLINE.
(8) Tak fokus mempelajari dan mengusai teknik pemasaran yang berkesan
Sesetengah orang menggunakan kaedah psikologi bagi tujuan memasarkan peluang buat duit dalam bisnes ini. Kalau kita perhatikan posting yang dilakukan di media sosial, kita akan terbaca ayat-ayat seperti
“Sampai bila nak bekerja makan gaji?”
“Bila lagi nak bawa mak ayah pergi haji?”
“Seronokkan bila kita ada time freedom dan financial freedom, kita boleh beli apa sahaja dan travel kemana sahaja…”
Cara ini tak salah. Cuma persoalannya, sampai bila nak gunakan pendekatan seumpama ini? Sampai satu masa, orang akan mula bosan dengan posting yang kita hasilkan. Posting seperti itu seolah-olah nak merendah-rendahkan orang yang mencari rezeki dengan cara makan gaji dan seperti nak kata yang bisnes ini adalah bisnes yang paling hebat yang wujud atas muka bumi ini.
Sebenarnya kita perlu kurangkan bergantung kepada teknik marketing seperti itu. Hakikatnya orang menyampah dengan pendekatan seperti merendah-rendahkan kehidupan orang lain. Ada baiknya anda belajar, bagaimana cara untuk menghasilkan konten yang lebih baik, konten yang disukai oleh golongan yang kita sasarkan, dan teknik-teknik pemasaran lain yang lebih baik.
(9) Tak melabur untuk perkembangan diri sendiri
Orang seperti ini, tak ada cukup ilmu untuk bergerak sendiri dan mengatur strategi untuk berjaya dalam bisnes ini. Akhirnya dia akan terpaksa bergantung kepada orang lain. Siapa orang lain yang dimaksudkan itu? Sudah tentulah upline.
Dia mengharapkan semua perkara akan disediakan oleh upline. Upline kena ajar skil pemasaran, upline kena sediakan segala material pembelajaran, upline perlu sediakan bahan pemasaran dan semua perkara mesti disediakan oleh upline. Eh, betul ke mindset seperti ini?
Kalau dia dapat upline yang memang proaktif, tak ada masalah. Tapi bagaimana kalau dia dapat upline yang agak slow? Upline yang sememangnya nak buat bisnes ini secara santai-santai sahaja. Ini akan menjadi satu masalah kepada diri dia. Akhirnya dia pun akan terikut rentak si upline dan akhirnya dia sendiri akan mula tinggalkan bisnes ini.
(10 Suka menjadikan perkara yang mudah jadi susah
Bisnes MLM, network marketing, ataupun bisnes referral ni sebenarnya sangat mudah. Kadang-kadang tu, kita sendiri yang suka menjadikan bisnes yang mudah ini jadi susah.
Ada orang tanya,
“Apa yang perlu saya lakukan selepas dah join bisnes ni?”
Sebenarnya mudah sahaja.
Pertama, mula beli produk yang dijual oleh syarikat.
Kedua, gunakan produk yang kita dah beli itu tadi.
Ketiga, mula bercerita mengenai produk yang kita telah gunakan.
Dari langkah yang ketiga itu, biasanya akan ada orang yang berminat nak tahu dengan lebih lanjut. Peranan kita selepas itu adalah membuat penerangan kepada mereka yang minat nak tahu dengan lebih lanjut ini.
Kalau kita dah buat langkah yang ketiga, namun masih belum ada sesiapa yang berminat, jangan mengalah. Teruskan berkongsi cerita, sampailah ada yang minat nak tahu dengan lebih lanjut.
“Tapi, saya tak ada duit nak beli produk syarikat. Saya memang betul-betul nak buat duit, cuma saya tak ada modal untuk beli produk syarikat. Apa saya perlu buat?”
Dalam situasi ini, ia sebenarnya bergantung kepada polisi sesebuah syarikat MLM itu sendiri. Ada syarikat yang meletakkan syarat, ahli perlu buat pembelian dalam masa 12 bulan setelah mendaftar menjadi ahli. Jika dalam tempoh masa tersebut ahli gagal untuk membuat sebarang pembelian, keahlian akan dilucutkan secara automatik.
Namun, ada juga syarikat yang langsung tak meletakkan syarat sedemikian. Kalau anda nak buat pembelian amatlah digalakkan. Namun, jika anda tak berminat nak beli sebarang produk, juga tak menjadi masalah.
Ada ke syarikat yang seperti ini? Langsung tak meletakkan syarat untuk beli barang? Eh mestilah ada. Kalau anda rajin buat pembacaan dan mungkin buat sedikit kajian, anda akan temui syarikat yang menepati profil seperti ini.
Kalau nak tahu syarikat yang saya boleh cadangkan, ialah PG Mall.
Ada beribu-ribu jenis produk yang anda boleh promosikan. Setiap pelanggan baru yang anda berjaya perkenalkan untuk membeli belah di PG Mall akan menjadi pelanggan anda untuk seumur hidup, dan anda akan dapat komisen (dalam bentuk cash back) setiap kali pelanggan tersebut membuat pembelian.
(11) Tak bersungguh-sungguh apabila menemui teknik yang berkesan
Pada satu hari, anda telah mempelajari satu teknik pemasaran yang agak baru dan anda tak pernah menggunakan teknik tersebut selama ini. Kemudian bila anda menggunakan teknik tersebut, anda berjaya dapat downline!
Kita namakan teknik tersebut sebagai content marketing. Anda pun rasa seronok sebab selama ini anda sangkakan tak ada siapa yang akan jadi downline anda. Tapi setelah anda menukar teknik pemasaran, anda berjaya dapatkan downline yang pertama.
Jadi apa masalahnya? Masalahnya ialah bila anda dah berjaya jumpa teknik yang boleh bantu anda berjaya, anda tak bersungguh-sungguh untuk gunakan teknik tersebut dengan lebih agresif.
(12) Tak mempunyai sebab yang kuat untuk berjaya
Sebenarnya saya sendiri pernah rasa menyampah bila dengar sesi perkongsian dari leader MLM yang mengatakan punca sebenar kenapa kita gagal dalam bisnes ini adalah kita tak mempunyai SEBAB yang cukup besar dan kuat untuk terus konsisten melakukan bisnes ini.
Kita tak mempunyai BIG WHY untuk kita bergerak maju dalam bisnes ini. Apakah big why anda untuk berjaya dalam bisnes ni?
Adakah sebab anak-anak? Sebab nak ubah kehidupan jadi lebih baik?
Walaupun bunyinya agak klise, namun saya akui, ada benarnya. Orang yang tak ada sebab yang kuat, termasuk saya, pasti tak akan buat bisnes ini dengan bersungguh-sungguh.
(13) Tak buat research sebelum buat keputusan untuk join bisnes
Ini juga boleh menjadi sebab kenapa anda ditakdirkan untuk gagal dalam bisnes ini. Anda tak buat kajian yang betul mengenai bisnes yang bakal anda ceburi.
Anda tak buat kajian mengenai latar belakang syarikat.
Ada tak kaji pelan pemasaran.
Anda tak buat kajian mengenai produk.
Anda tak membuat kajian mengenai mood dan sentimen bakal prospek terhadap bisnes yang bakal anda ceburi.
Saya faham, mereka yang dipaksa untuk join bisnes seumpama ini selalunya memang tak sempat nak buat kajian. Mungkin sebab mereka ini dijanjikan dengan kekayaan pantas sebab itu tak ada masa nak buat sebarang kajian. Rupa-rupanya dia telah join skim piramid, instead of menyertai perniagaan network marketing yang sebenar.
(14) Tak gunakan produk yang dipromosikan
Ini juga merupakan salah satu sebab kenapa anda bakal gagal dalam bisnes ini. Kalau anda gunakan produk yang anda promosikan tu, dah tentu anda boleh menjadi seorang yang “pakar” tentang produk yang anda promosikan. Tapi disebabkan anda sendiri tak pernah guna produk yang anda jual, banyak perkara yang anda tak tahu mengenai produk anda sendiri.
Bila orang tanya tentang produk, anda langsung tak tau nak jawab. Jawapan terbaik adalah daripada pengalaman penggunaan sendiri. Dari situ anda boleh hasilkan sebuah cerita yang mempunyai kredibiliti, kerana ia berasal daripada pengalaman sebenar.
Adakah anda ditakdirkan untuk GAGAL dalam bisnes networking
Mujurlah… kita tak boleh ramal apa yang bakal berlaku di masa akan datang. Kita tak tau apa akan terjadi kepada diri seseorang dan sama ada dia akan berjaya ataupun tidak dalam bisnes yang diceburinya.
Apa yang kita boleh buat ialah, lakukan yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang terbaik juga. Itu sahaja yang kita boleh lakukan.
Bermakna, setiap hari kita perlu do something untuk buat pemasaran, tak kiralah sama ada pada waktu tu kita dah dapat pelanggan ataupun belum. Just do it.
Kalau marketing pun tak nak buat, itu bukan salah bisnes kenapa anda tak dapat sebarang sale. Itu sebab anda yang tak buat kerja. Tak kiralah walau apa pun alasan yang anda nak bagi, dalam bisnes ni, kalau anda tak buat kerja, memang jangan haraplah anda nak dapat hasilnya.
Bisnes ni senang. Kitalah yang selalu jadikan ia susah. Apapun jika anda bercadang atau sedang menjalankan bisnes ini, saya doakan semoga ada akan beroleh kejayaan.
Leave a Reply