Kenapa ramai yang GAGAL dalam bisnes Network Marketing?

by sabree hussin on July 21, 2015

in Tune Talk Tone Excel

Tone Excel juga adalah tergolong dalam bisnes jenis networking ataupun network marketing.

 

Saya melihat ke member area untuk salah satu akaun yang saya miliki di Tone Excel. Saya scroll down dan lihat satu per satu, status pelanggan yang saya perolehi di Level 1. Mengejutkan. Ramai betul yang statusnya EXPIRED.

 

Bila simkad dah expired, secara automatik pengguna tersebut terkeluar daripada bisnes ini. Jika dia masih berminat untuk buat bisnes simkad Tone Excel ini, mahu ataupun tidak, dia kena daftar semula simkad yang baru. Sama ada menerusi upline yang sama ataupun menerusi upline yang berbeza.

laman web percuma untuk promosi bisnes Tone Excel

 

Saya tak pasti, sama ada wujud ke orang yang bila dah gagal dengan upline pertama, bila dia nak bermula semula, dia akan mulakan dengan upline yang sama. Hmm… ini jarang berlaku. Percubaan kali kedua, biasanya pengguna ini akan cari upline lain yang dipercayai boleh bantu dia.

 

Saya pun tak faham sikap sesetengah ahli ni. Sendiri yang lemah, tiba-tiba upline yang salah pulak. Upline tak ajar, upline tak support, upline tak tunjuk itu ini begitu begini. Semuanya salah upline. Padahal upline tu ok je dan steady je dapat komisyen setiap bulan dari Tone Excel. Dia je yang expired simkadnya. Pun masih lagi nak kata ini semua salah upline.

 

Jadi… apa sebenarnya yang buatkan ramai yang GAGAL dalam bisnes network marketing ni?

 

Kalau anda perasan, saya dah sebutkan satu SEBAB kenapa anda akan gagal dalam bisnes ni. Ianya apabila anda terlalu bergantung harap pada upline. Anda mengharapkan upline anda untuk buat serba serbi untuk anda. Upline kena buat kelas, upline kena sediakan material pembelajaran, upline kena sediakan sistem autodownline, upline kena tolong close kan pelanggan…. ah… semuanya upline kena buat.

 

Diri sendiri tak perlu buat apa-apa ke? Mana boleh macam tu. Bisnes ni bisnes anda. Upline anda dah lakukan yang terbaik untuk psiko anda untuk join bisnes ni. Tugas dan tanggungjawab dia dah selesai. Kini, kalau anda nak buat bisnes ni, sama ada anda duplikasi apa yang upline anda buat ataupun anda belajarlah cara pemasaran yang lebih sesuai dengan jiwa anda.

 

Kadang-kadang saya terfikir, kalaulah saya boleh transfer everything yang ada kat kepala saya ni kepada downline saya, kan bagus. Ibarat macam pendrive. Boleh main transfer file dengan mudah. Sayangnya, ia bukan berfungsi seperti itu.

 

Apa yang saya tahu, adalah hasil daripada pembelajaran, dan pengalaman. Saya baca pelbagai buku tentang pemasaran, buku tentang pengurusan perniagaan, strategi bisnes, MLM dan sebagainya. Kemudian bila saya dah faham beberapa perkara, saya terus praktikkan untuk perolehi pengalaman. Ia bukannya datang dengan tiba-tiba.

 

Kalau boleh tiba-tiba terus jadi pandai, WOW untungnya saya.

 

Tak gunakan produk yang dipromosikan

Ini bukti paling ketara. Kalau anda gunakan produk yang anda promosikan tu, dah tentu tak akan berlaku kes-kes simkad expired ni. Anda sendiri tak nak guna simkad yang anda promosikan, kemudian anda mengharapkan orang lain nak guna.

 

Bila orang tanya, dah lama pakai simkad ni? Line dia macam mana? Mahal ke murah?

 

Anda langsung tak tau nak jawab. Jawapan terbaik adalah daripada pengalaman penggunaan sendiri. Dari situ anda boleh hasilkan sebuah cerita yang mempunyai kredibiliti, kerana ia berasal daripada pengalaman sebenar. Tapi sayang, disebabkan anda tak pernah pakai simkad tu, anda cuma boleh gebang dengan orang yang bertanya tu.

 

Tak sabar nak kaya

Bisnes networking sebenar, MEMANG LAMBAT NAK KAYA.

 

Kebanyakkan bisnes konvensional, seperti kedai makan, dobi, kedai runcit dan sebagainya, akan gulung tikar pada tahun ketiga. Jika perniagaan ini dapat survive pada tahun ketiga, ia mungkin akan bankrap pada tahun yang kelima.

 

Ini bukan saya yang kata. Saya baca info ni dari banyak buku-buku tentang perniagaan. Itulah yang biasanya akan berlaku dalam bidang perniagaan. Tetapi, orang yang buat network marketing, dia mengharapkan keajaiban. Ah… mereka nak cepat kaya dan nak tengok hasilnya dengan sepantas yang boleh.

 

Gila.

 

Sebab tu, bila dua bulan atau tiga bulan dalam bisnes ni, langsung tak dapat sale, terus QUIT. Give Up. Surrender. Dah tentulah dia tak akan kata ini semua salah dia. Ini semua salah pasaran, salah prospek, salah kerajaan, salah ekonomi dan yang paling biasa sekali ialah, ini semua salah UPLINE.

 

Adakah anda ditakdirkan untuk GAGAL dalam bisnes networking Tone Excel?

Mujurlah… kita tak boleh ramal apa yang bakal berlaku di masa akan datang. Kita tak tau apa akan terjadi kepada si polan dan si polan dan sama ada dia akan berjaya ataupun tidak dalam bisnes yang diceburinya.

 

Apa yang kita boleh buat ialah, lakukan yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang terbaik juga. Itu sahaja yang kita boleh lakukan.

 

Bermakna, setiap hari kita perlu do something untuk buat pemasaran, tak kiralah sama ada pada waktu tu kita dah dapat pelanggan ataupun belum. Just do it.

 

Kalau marketing pun tak nak buat, itu bukan salah bisnes kenapa anda tak dapat sebarang sale. Itu sebab ko yang tak buat kerja. Tak kiralah walau apa pun alasan yang anda nak bagi, dalam bisnes ni, kalau anda tak buat kerja, memang jangan haraplah anda nak dapat hasilnya.

 

Bisnes ni senang. Kitalah yang selalu jadikan ia susah.

 

Cuma nak cerita peluang dan menfaat kat orang ramai, itupun ramai yang tak boleh nak buat? Kalau anda seorang yang kuat dan bercita-cita tinggi, dan tak gentar dengan ujian jatuh bangun dalam berniaga. Jom ikut saya kita buat duit dalam bisnes ni. Daftar secara percuma sahaja dulu kat sini.

 

Saya jumpa anda di member area!

 

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: