Masalah hutang. Memang pening kepala, hidup tak tenang dan jiwa runsing bila kita ada masalah hutang ni. Setiap masa kita akan dihantui dengan bayang-bayang sendiri. Rasa risau… kalau-kalau ada wakil dari pihak pemiutang datang menghubungi kita untuk menuntut semula hutang-hutang yang kita pernah buat sebelum ni.
Saya selalu terkeliru, antara dua istilah ni, iaitu penghutang dan juga pemiutang. Jika anda pun keliru juga, saya kongsi apa dia definisi bagi kedua-dua istilah ini.
1. Penghutang – Adalah pihak yang membuat pinjaman atau pihak yang berhutang.
2. Pemiutang – Adalah pihak yang memberi pinjaman
Ok katakanlah, sekarang ni anda dah pun ada masalah hutang, dan obviously hutang itu perlu dibayar dan kini anda perlu memikirkan cara pulak untuk bayar hutang tersebut.
Saya rasa, sekarang ni hampir setiap orang pasti ada hutang. Macam situasi kita di Malaysia sekarang ni, seawal usia belasan tahun, kita dah diajar untuk buat hutang yang pertama sehingga puluhan ribu ringgit atas tiket nak sambung belajar. Kalau tak sambung belajar, nanti susah pulak nak dapat pekerjaan yang gaji ribu-ribu ringgit.
Pun begitu, tidaklah bermakna, mereka-mereka yang ada degree, yang dah ambik study loan confirm confirm mereka akan dapat pekerjaan yang membayar mereka gaji yang lumayan. Ada juga yang kurang berjaya dan tidak mendapat pekerjaan selari dengan kelayakkan yang ada pada dirinya.
Hutang belajar macam hutang PTPTN ni pada saya masih ok lagi. Sebabnya, ia masih boleh diselesaikan kalau kita ikut formula hutang PTPTN Percuma ini. Tapi disebabkan masih ramai lagi yang tidak didedahkan dengan teknik-teknik ni, maka jadinya ramailah yang kandas dan tak berjaya untuk bayar hutang PTPTN masing-masing.
Untuk kes penjawat awam, seperti yang pernah disiarkan oleh akhbar online sinar mereka mungkin akan berdepan dengan potongan gaji secara paksaan kerana gagal untuk membuat pembayaran balik hutang pinjaman PTPTN.
Kalau mereka mampu bayar, tetapi tak buat bayaran, memang patut mereka dikenakan potongan gaji mandatori. Tetapi, kalau mereka memang tak mampu nak bayar, kemudian dalam keadaan yang tak mampu tu pulak, kena buat potongan gaji mandatori pulak… fuh itu memang satu cabaran tu.
You can not solve financial problem with the same income you create the problem
Masalah kewangan, masalah hutang ni, at the first place datangnya dari kita jugak. Kitalah punca yang spark the problem to ignite. Mudah sahaja, kalau anda ada banyak duit, anda tak perlu susah payah nak buat pinjaman dengan PTPTN. Guna sahajalah duit simpanan yang anda ada untuk sambung belajar.
Kita tengok pulak dari segi konteks hutang kad kredit. Pembaca dan pelawat blog ni, sangat ramai yang ada masalah hutang kad kredit dan mereka ingin selesaikan hutang kad kredit tersebut.
Bercerita dari sudut pengalaman, saya juga bertatih untuk selesaikan bayaran balik hutang kad kredit dan juga hutang-hutang lain yang saya buat along the way.
Stop buat hutang dan start producing more income
Hutang kad kredit ni sangat unik sebenarnya. Pagi ni kita bayar RM200. Malam ni kita dah boleh guna semula kad tersebut sehingga RM200 sebabnya credit balance kita masih ada berbaki RM200, yang kita bayar awal pagi tadi.
Ramai orang yang terperangkap dalam kitaran ni. Siang buat bayaran, tak sampai 48 jam, dah terpaksa guna semula kad yang sama. Bulan depan ulang lagi benda yang sama… dan pada masa yang sama, masih lagi terfikir, sampai bilalah hutang ni akan kekal dan tak akan luput?
Dah tentu anda perlu stop habit yang tak sihat seperti ini untuk menyelesaikan masalah hutang anda tu. Kalau tak, sampai bila-bila pun hutang tak akan selesai, dan silap-silap, hutang tu akan bertambah banyak pulak tanpa anda sedar.
Strategi stop buat hutang ni tak akan berkesan dan mustahil untuk menjadi kalau pada masa yang sama anda tidak menambahkan pendapatan anda.
Bagaimana nak selesaikan masalah hutang yang bertimbun ni dan pada masa yang sama kita dapat bina pendapatan pasif?
Saya andaikan, anda akan gunakan pendapatan pasif yang bakal anda perolehi tu nanti untuk menyelesaikan hutang-hutang anda. Betul tak?
Baru-baru ni, saya didedahkan dengan satu kaedah penjanaan pendapatan inovatif oleh salah seorang kenalan online saya. Beliau adalah seorang Internet Marketer yang kini membangunkan sebuah laman web berkonsepkan live streaming khusus untuk golongan peminat-peminat sukan. Adakah anda peminat sukan? Anda minat suka bola sepak? Tahukah anda, anda sebenarnya boleh menonton siaran sukan bola sepak secara live dari seluruh dunia menerusi live streaming?
Ini dia satu channel yang anda boleh tonton untuk live streaming channel sukan. Klik sini untuk akses laman web live streaming.
Dari pemerhatian saya, jika anda adalah seorang peminat sukan, kaedah penjanaan pendapatan ini sememangnya sangat sesuai untuk anda. Panduan untuk setup sistem buat duit ini juga sangat mudah dan ianya boleh didapati di laman web ini.
Sambil layan live streaming, boleh jugak buat duit dengan channel sukan ni rupanya.
Bawah ni pula adalah screenshot income saya.
Buat masa ni masih lagi $0.00000 kerana ini ialah akaun yang baru dibuat. Masih lagi perlukan banyak kerja keras untuk dapat earning dalam akaun ni. Tak ada masalah pun, sebabnya once ia dah start running, income tu akan terus berjalan sendiri.
Kaedah penjanaan pendapatan dengan method sukan live streaming ni masih lagi dalam peringkat percubaan. Walaubagaimanapun, saya mempunyai keyakinan yang tinggi menerusi cara ni dan saya percaya, satu masa nanti, cara ini akan membuahkan hasil dan akan memberi pendapatan pasif.
Anda pun boleh cuba, sebabnya risiko gagal dalam teknik penjanaan pendapatan ini adalah sangat rendah. Jika anda ingin cuba juga kaedah yang saya sedang gunakan ini, boleh layari laman web ini untuk penerangan yang lebih lanjut.
Semoga berjaya, selamat mencuba dan saya doakan anda jugak bakal bebas dari sebarang hutang.
Noriza Rahman says
Saya setuju, stop buat hutang dan jana pendapatan tambahan untuk naikkan taraf kehidupan keluarga…simpanan amat penting